B A B 1 5

3.2K 208 5
                                    

Shafiq Ammar sedikit mendongak memandang langit yang hitam pekat di hiasi dengan bintang-bintang agar terlihat lebih cantik. Bahkan, bulan yang terang melengkapi dada langit itu. Dia mengukir senyum tawar. Kedua matanya terpejam. Tiba-tiba peristiwa di rumah sewanya itu menjelma semula seakan putaran rakaman di kotak memorinya. Sesali perkara yang sudah terjadi. Tiada guna bukan?

Malam itu, Shafiq Ammar sangat kelelahan kerana baru sahaja pulang bermain futsal bersama-sama rakan fakultinya. Dia merebahkan diri di atas sofa lalu memejamkan kedua matanya untuk merehatkan diri bagi menghilangkan rasa penat untuk seketika.

Baru sahaja dia ingin terlelap. Namun, perkara itu terbantut ketika dia mendengarkan bunyi loceng yang bertalu-talu seakan memaksa dia untuk membuka pintu rumah. Bersama rasa malas, dia bangun lalu membuka pintu dengan muka yang marah.

"Afrin?" kata Shafiq Ammar sambil mengerutkan kedua dahinya.

Pelik dengan kehadiran si senior. Sudahlah, dia hanya memakai seluar pendek sahaja. Bahkan, badannya juga tidak berbaju. Hanya berseluar pendek sahaja semata-mata. Dia mengecilkan kedua mata ketika melihat seniornya seakan kaku menatap dirinya.

"Afrin Baheera, what are you doing here? kau cari apa dekat rumah aku ni malam-malam buta?" kata Shafiq Ammar lagi dengan suara yang sedikit keras.

Kedua tangannya di bawa ke dada. Seraya satu keningnya terangkat. Aneh akan sikap si wanita itu.

"A-awak tak sakit?" soal Afrin Baheera dalam keadaan yang sedikit gagap.

Terhambur tawa si lelaki ketika mendengar kata-kata yang terkeluar daripada mulut si wanita. Sakit? takkanlah hanya kerana itu, wanita di depannya ini beria-ria datang ke sini? Sangat tidak logik perkara itu. Langsung tidak. Alasan seperti apa itu?

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now