" Kamu boleh tengok-tengok dulu kejap lagi. Fahrin dan Kyle akan sambung siasat dimana lokasi-lokasi lain. Manakala, yang lain akan pergi jalankan misi kecuali Alya. Dia masih tidak sembuh sepenuhnya. Masuk kawasan diorang, tahan semua yang ada. Rampas dadah-dadah tu." Sambungnya lagi.

" Saya taknak ada apa-apa yang boleh rosakkan misi kita. Saya nak misi ini tamat sebelum Tuan Nizam balik dari Sabah. Saya taknak gagal untuk kali ini. " Pesan Tuan Suhaimi.

Mereka semua mengangguk.

" Misi kamu bermula hari Khamis, iaitu lusa lah. Yang akan mengetuai kamu ialah Rezza. Disebabkan kita kehilangan Dyna, jadi Rezza akan dibantu oleh Ayie kerana Alya akan sentiasa berada di pejabat bersama-sama team Biro." Ujar Tuan Suhaimi. Rezza mengangguk tanda faham.

" Baiklah, untuk hari ini dan esok, saya nak kamu bersedia dahulu. Rancangan untuk misi ini ada dalam file tu. Baca dan fahamkan. Bincang sesama kamu. Pastikan tiada yang tercedera. " Kata Tuan Suhaimi.

" Kamu boleh mulakan kerja kamu. Semoga berjaya. " Kata Tuan Suhaimi. Dia terus melangkah pergi meninggalkan mereka.

Selepas melihat kelibat Tuan Suhaimi hilang, Rezza terus mencapai file misi yang diletakkan di atas meja mensyuarat itu.

Dia membuka file itu lalu membacanya. Satu persatu helaian diselak.

" Zahrul Zackry" dia membaca nama yang tertera disitu.

" Ketua sebenar si Zackry tu.. kenapa Fahrin kata bukan? " Soalnya sendiri. Hanya dia sahaja yang mampu mendengar.

" Rezza " tegur Ayie. File yang dipegang Rezza terus terlepas dari tangannya dan terjatuh kerana dia sedikit terperanjat.

" Kau kenapa? Kau ok? " Soal Ayie.

" Ok.. kau yang tegur tiba-tiba, terkejut aku " kata Rezza.

" Terkejut apa nya? Aku tegur aje.. " soal Ayie.

" Yee laa.. aku tengah tengok rancangan untuk misi ni.. terkejut sikit la sebab tengah fokus. " Kata Rezza. Dia mengambil semula file yang terjatuh tadi.

" Ouhh sorry hehe " kata Ayie.

" It's okay.. jum laa buat kerja " kata Rezza. Mereka terus menyambung kerja mereka.







            Jam menunjukkan pukul 5 petang. Fahrin mengemas barangnya. Dia mahu pulang kerumah selepas penat bekerja.

" Aku balik dulu " kata Fahrin kepada Kyle.

" Ya pergi la" jawab Kyle.

" Kau tak nak balik lagi? " Soal Fahrin.

" Kejap lagi.. " jawab Kyle.

" Okey " Fahrin terus berjalan meninggalkan Kyle yang sedang tekun melakukan kerjanya.

Fahrin tiba di rumah agam milik Rafeeq. Dia memarkir keretanya lalu terus melangkah masuk ke dalam.

" Dyna... ! " Jerit Fahrin untuk memanggil Dyna.

Dyna yang mendengar jeritan Fahrin terus menghentikan perbuatannya.

" Bapak aa kalau boleh panggil biar satu Malaysia dengar terus. " Kata Dyna perlahan.

Dia terus melangkah mengikuti suara Fahrin.

" Dyna ! " Jerit Fahrin selepas melihat Dyna yang datang menghampiri dia.

" Jangan jerit la. Aku tak pekak lagi. Kau waktu kecik dulu telan speaker masjid eh? Sekali mic. " Marah Dyna.

" Hehe mungkin aa " kata Fahrin selamba. Dyna pasrah, dia menjeling Fahrin.

" Nak apa terjerit-jerit macam kambing kelaparan ni? " Soal Dyna.

" Kitorang dah dapat misi. Tuan Suhaimi tu nak kitorang pergi semua lokasi Black Haisumi beroperasi and tangkap pekerja-pekerja dekat sana." Kata Fahrin.

" Aikk? Dia nak tangkap pekerja sendiri? Opss lupa, maksud aku rakan sekerja dia sendiri. " Soal Dyna.

" Itu yang aku pelik. Ni file misi, aku ada buat salinan. Kau siasat la dulu. " Kata Fahrin sambil menghulurkan file Kes mereka.

" Bila korang pergi menyusup masuk tu? " Soal Dyna lagi.

" Lusa, aku tak ikut. Rezza, Darwish, Sarah dan Ayie aje yang ikut. " Kata Fahrin.

" Alya? " Soal Dyna.

" Tak ikut juga.. kan luka dia belum sembuh sepenuhnya. " Jawab Fahrin. Dyna mengangguk tanda faham.

" Rezza sekarang partner dengan siapa? " Soal Dyna.

" Ayie.. kenapa? Rindu? " Fahrin merenung kedalam anak mata Dyna untuk mencari kejujuran.

" Tak lah. Saja tanya. " Kata Dyna.

" Ceh kalau rindu cakap aje la.. pergi jumpa dia " kata Fahrin.

Dyna tidak menghiraukan kata-kata Fahrin. 'Hari-hari aku jumpa dia, cuma dari jauh aje la' kata Dyna didalam hati.












Jumpa dia?

Hari-hari?

Dari jauh?

Untuk apa?
😱🤔

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now