Fahrin membaca mesej tersebut. Dia terus bergegas mengikut arahan itu.

Dia tiba di pintu hadapan wad vip yang sudah diberitahu. Tiba-tiba, dia berasa tidak sedap hati. Bagaikan ada perkara yang besar bakal berlaku sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam wad itu.

Dia mengetuk pintu wad itu lalu melangkah masuk ke dalam. Kelihatan seseorang yang sangat dikenalinya terbaring di atas katil.

" Zackry? " Soal Fahrin. Dia ingin memastikan apa yang dilihatnya.

Zackry terus memandang ke arah Fahrin selepas melihat kelibat Fahrin masuk ke dalam wad itu.

" Dyna!... Best friend kau dah sampai!.. " jerit Zackry sebaik sahaja ternampak Fahrin.

" Dyna? " Soal Fahrin lagi. Dia tidak tersalah dengar kan?

Dyna terus melangkah keluar dari bilik air di dalam wad itu selepas mendengar Zackry memanggilnya.

" Haii, miss me? " Tegur Dyna sebaik sahaja dia melangkah keluar lalu ternampak Fahrin. Dia terus menghampiri Fahrin.

Fahrin tergamam. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Sosok tubuh Dyna berada betul-betul dihadapannya. Tiada luka, calar atau cacat cela di wajah Dyna, bagaikan Dyna tidak terkena letupan bom.

" Dy Dyna? " Soal Fahrin tergagap-gagap.

" Kenapa muka kau macam nampak hantu ni? " Soal Khai yang baru sahaja masuk ke dalam wad itu diikuti Rafeeq dan Sam.

" Ye aku laa siapa lagi? " Kata Dyna sambil tersenyum.

Air mata Fahrin terus bertakung selepas mendengar kata-kata Dyna. Dia terus memeluk Dyna.

" Woiiii kenapa kau peluk adik aku?! " Jerit Khai apabila Fahrin memeluk Dyna.

Fahrin tidak menghiraukan kata-kata Khai. Dia tetap memeluk Dyna lalu air matanya jatuh membasahi pipinya.

" Help... " Kata Dyna. Dia terkaku sebaik sahaja Fahrin memeluknya.

" Aku ingat kau dah pergi tinggalkan aku.. " kata Fahrin, sayu.

" Aku takkan tinggalkan kau dan aku takkan pernah tinggalkan kau.. " kata Dyna, lembut.

" Kenapa kau tipu aku yang kau dah mati.. aku rindukan kau tahu tak.. " Fahrin mengadu kepada Dyna.

" Sorry.. aku tak berniat nak buat kau sedih.. aku minta maaf sangat-sangat.. aku cuma taknak kehilangan kau.." pujuk Dyna, lembut.

" Jangan tinggalkan aku lagi.. kau aje sahabat aku.. aku tak boleh tanpa kau.. please jangan tinggalkan aku " air mata Fahrin turun lebih deras.

" Aku janji aku takkan tinggalkan kau lagi.. maafkan aku yaa.. jangan nangis, aku tak suka tengok kau nangis.." pujuknya lagi.

" Kalau kau nangis,nampak hodoh." kata Dyna, selamba.

Khai dan Zackry ketawa sedikit selepas mendengar kejujuran Dyna.

" Jahat. " Kata Fahrin.

Fahrin terus melepaskan pelukkannya. Dia menyeka air matanya menggunakan tangan.

" Kau ok? Tak kena bom? Tak cedera? " Soal Fahrin bertubi-tubi kerana risau.

" Aku ok.. lagipun aku sempat keluar" kata Dyna.

" Macam mana kau keluar? " Soal Fahrin.

" Macam ni.. " Dyna menceritakan semua yang terjadi ketika dia berada di dalam bangunan sewaktu misi berlansung dan bagaimana cara dia keluar.

" Ouhh... Tapi kenapa mesti sekarang? Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal? " Soal Fahrin, sayu.

" Sorry.. pengkhianat dalam team kita, aku dah tahu siapa dia.. aku taknak dia syak apa-apa sebab kau rapat dengan aku.. and dia juga dah tahu yang aku ada kaitan dengan Eiman dan Zackry " jawab Dyna.

" Hmm... " Fahrin mengeluh perlahan.

" Aku buat ni supaya kau tak tercedera.. aku tahu bangunan tu cuma perangkap.. sorry eh.. " rayu Dyna, dia tidak mahu Fahrin bersedih lagi.

" Ye.. tapi jangan buat lagi " kata Fahrin. Dyna mengangguk sambil tersenyum.

" Tapi siapa pengkhianat tu? " Soal Fahrin.

" Ada dua orang.. satu tu ketua sebenar Black Haisumi. Satu lagi aku rasa Tuan Suhaimi tu minta dia perhatikan aku.. aku taktau dia ada kena mengena atau tak. " Kata Dyna.

" Ouhh siapa? " Soal Fahrin. Dyna terus memberitahu kepada Fahrin siapa orang yang telah mengkhianati mereka.

" Seriously? " Soal Fahrin sedikit terkejut.

" Ya.. dia dalang sebenar. Bersembunyi disebalik kerja dia. Tuan Suhaimi tu pula mesti boleh bantu dia untuk cover dia supaya tak kantoi. " Kata Dyna.

Rafeeq, Sam, Khai dan Zackry hanya mendengar Fahrin dan Dyna bersembang.

" Jadi apa rancangan kau? Kau takkan berhenti kan? " Soal Fahrin.

" Aku masih berfikir lagi.. aku takkan berhenti selagi diorang tak kantoi. " Jawab Dyna.

" Nice.. that's my girl" sampuk Khai yang mendengar kata-kata Dyna.

" Aku perlukan pertolongan kau Fahrin" kata Dyna kepada Fahrin.

" Apa tu? " Soal Fahrin.

" Disebabkan aku takkan masuk kerja.. jadi aku perlukan kau untuk bagitau aku apa misi korang. Aku juga nak kau perhatikan Tuan Suhaimi dengan dua orang tu" kata Dyna.

" Bolehh.. " kata Fahrin.

" Apa Dyna nak buat dulu? " Soal Rafeeq yang hanya diam mendengar dari tadi.

" Nak pergi jumpa orang yang perhatikan Dyna. Dyna nak tanya dia kenapa dia selalu perhatikan Dyna." Jawab Dyna.

" Bahaya laa.. " sampuk Khai, risau.

" Tak.. aku tengok budak tu macam terpaksa aje.." sampuk Zackry pula.

" Yaa.. so Dyna slow talk dulu dengan dia... Tak mungkin dia sengaja nak buat macam tu.. " kata Dyna.

" Boleh.. tapi take care " kata Sam.

" Ya betul " kata Rafeeq bersetuju dengan kata-kata Sam. Dyna mengangguk perlahan sambil tersenyum.

" Ye la.. " kata Khai.

" Jum la makan, kitorang ada beli makanan sikit tadi " kata Rafeeq.

Terus bersinar mata Fahrin selepas mendengar tentang makanan.

Mereka semua terus menjamah makanan bersama-sama.















Yeayy! Fahrin dah tak sedih"
 

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now