" Hm.. aku rasa selesa. Aku rasa happy bila aku bercakap dengan dia. Bila aku tak bercakap dengan dia, aku akan rasa rindu. Bila dia marah, aku akan rasa bersalah sangat. Aku rasa hati aku tenang bila dekat dengan dia.. kalau jadi apa-apa dekat dia, aku mesti risau, gelabah, takut aku akan kehilangan dia. " Ujar Rezza. Cuba untuk menerangkan kepada Arsyad.

" Sah, kau jatuh cinta dengan dia. " Kata Arsyad.

" Tapi... "

" Apa tapi? " Soal Arsyad.

" Takde apa " jawab Rezza.

" Huh. Kau dah bagitau dia perasaan kau? " Soal Arsyad lagi.

" Belum.. "

" Kenapa tak bagitau? Call dia sekarang bagitau dia.. lambat nanti kau menyesal." Kata Arsyad.

" Ye tapi... " Ragu-ragu Rezza ingin menjawab.

" Tapi lagi? Takde tapi.. cepat la bagitau dia.." arah Arsyad.

" Hmm.. dia dah pergi.. " kata Rezza sayu.

" Pergi mana? Kahwin? Ada boyfriend? Tunang? Ke pergi London? " Soal Arsyad bertubi-tubi.

" Dia dah meninggal.. dia pergi tinggalkan aku.. tanpa aku sempat mengungkapkan rasa hati aku. " Jawab Rezza.

Arsyad tergamam mendengar jawapan Rezza.

" Aku dah terlambat.. aku mengaku, aku rindukan dia.. aku menyesal sangat sebab jatuh cinta lambat. Kenapa mesti sekarang? Kenapa dia tinggalkan aku disaat aku dah jatuh cinta? " Soal Rezza, air mata jantannya mengalir membasahi pipinya. Arsyad tidak mampu berkata apa-apa.

" Aku rindukan suara dia.. aku rindu layanan dingin dia kepada aku.. aku rindukan semua tentang dia.. aku rindu nak bergurau dengan dia... Aku rindu cara dia layan lawak bodoh aku.. sakitnya hati aku bila aku tak sempat ungkapkan rasa hati aku." Kata Rezza lagi.

" Sorry sebab tanya.. aku tak tahu.. Tapi ingat Rezza, akan ada pelangi selepas hujan. Doa yang baik-baik sahaja." Pujuk Arsyad lembut.

Arsyad cuba untuk menenangkan Rezza. Dia tahu perangai sebenar Rezza. Seorang yang sentiasa gembira selalu. Jarang sekali Rezza akan menangis.

Nasib baiklah di restaurant itu tidak ramai orang. Pelanggan yang lain berada sedikit jauh dari mereka.

   Selepas 5 minit Arsyad menenangkan Rezza, akhirnya Rezza berhenti menangis.

" Sorry bro.. sebab susahkan kau nak pujuk aku ni.. " kata Rezza sambil mengelap air matanya.

" Takpe.. tak salah kalau kita nak menangis. Kita cuma manusia biasa. Perasaan takut, sedih, marah memang berada dalam diri kita. Kalau kau rasa dengan menangis dapat menenangkan hati kau, menangis aje bro.. terkadang kita tak ada orang yang boleh dengar luahan hati kita, dengan menangislah kita dapat lepaskan semua rasa sedih dalam diri kita." Kata Arsyad, lembut.

" Hm.. jum la aku teman kau pergi tempat yang kau nak pergi tu " kata Rezza. Arsyad mengangguk.

Mereka berdua terus pergi ke tempat yang sudah dijanjikan. Rezza cuba untuk menenangkan hatinya. Dia tidak mahu menyusahkan Arsyad kerana dirinya.











                     
                     

                        Dyna melangkah turun satu persatu tangga di rumah itu untuk pergi ke dapur. Dari pagi dia tidak makan. Perutnya sudah berbunyi minta diisikan.

Kelihatan Rafeeq yang sedang menjamah makanan dengan seleranya.

" Uishh sedapnyeee " kata Dyna sebaik sahaja dia melihat makanan yang terhidang di atas meja makan itu.

" Terkejut cek " kata Rafeeq sedikit terkejut dengan Dyna yang tiba-tiba datang.

" Hehe.. beli mana ni? " Soal Dyna.

" Beli? Sam masak tadi.. sebelum dia pergi hospital" kata Rafeeq.

" Ouh.. dia pergi tengok Zackry eh? " Soal Dyna.

" Iyee.. "

" Khai mana? " Soal Dyna lagi.

" Taktau la.. dari semalam tak nampak. Last Raf nampak dia dekat hospital. " Jawab Rafeeq.

" Ouhh.. Raf tak kerja ke? " Soal Dyna.

" Tak.. esok baru kerja " jawab Rafeeq, lembut. Dyna mengangguk tanda faham.

" Duduk la makan " kata Rafeeq.

Dyna terus mengambil pinggan lalu mencedok nasi. Dia duduk untuk bersama-sama menikmati makanan yang sudah terhidang.

" Semalam Fahrin ada datang " kata Rafeeq.

" Dia kata apa? " Soal Dyna.

" Dia menangis, rindukan Dyna. Banyak la dia mengadu.. kesian Raf tengok dia.. dia betul-betul sedih tu.. bila Dyna nak berterus terang dengan dia? Kesian dia.. "

" Hmm.. tunggu la 2 atau 3 hari lagi.. Dyna taknak bagitau dia supaya orang tak syak dia. Raf pun tahu dalam team kitorang ada pengkhianat. Orang tu tahu Fahrin rapat dengan Dyna.. " kata Dyna.

" Ya.. tapi tak semestinya Dyna kena biarkan dia menangis macam tu.. kesian dia.. Dyna tahu kan Dyna aje orang yang rapat dengan dia. Jadi, bagi dia kehilangan Dyna mesti berat untuk dia terima. Jujur la dengan dia.. kalau pasal pengkhianat dalam team Dyna tu kita masih boleh berjaga-jaga." Kata Rafeeq, lembut.

" Hmm.. Dyna akan bagitau dia.. tapi bukan sekarang. " Kata Dyna.

" Yee.. tapi jangan lama-lama. Dyna tahu kan perasaan hilang orang yang kita sayang.. " kata Rafeeq.

Dyna mengangguk sambil tersenyum nipis. Dia sangat mengetahui perasaan apabila kehilangan orang yang disayangi. Kerana dia sudah pernah merasakan hal itu. Kehilangan ibu bapanya dan kehilangan tunangnya. Dia pernah hilang arah apabila kehilangan penyebab dia bahagia dahulu.








                      Tuan Suhaimi mencapai Telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang. Panggilan diangkat.

" Ya? " Kedengaran suara seseorang disebalik Telefon.

" Aku ada rancangan. Aku nak naik pangkat, aku pun tahu kau nak jadikan Black Haisumi satu-satu organisasi yang mengedar dadah di negara ni. Kau juga nak jadikan Black Haisumi sebagai pembuat dadah terbaik dunia kan? " Kata Tuan Suhaimi.

" Jadi? " Soal orang itu.

" Aku akan tunaikan impian kau, tapi aku nak kau dengan team kau buat sesuatu untuk kau. " Kata Tuan Suhaimi.

" Apa yang aku akan dapat? " Soal orang itu lagi.

" Impian kau akan tercapai, dan aku akan berjaya naik pangkat. Barulah diri kau tak kantoi kan? Dan kau boleh teruskan buat kerja kau dengan amannya. " Kata Tuan Suhaimi penuh sinis.

" Aku akan fikir dulu.. " kata orang itu.

" Baik.. tapi jangan lambat. Lepas korang bercuti aku akan terus mulakan rancangan aku tu.. " kata Tuan Suhaimi.

Panggilan dimatikan. Tuan Suhaimi tersenyum penuh sinis.
                  

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now