Bab 42

21 2 0
                                    

Jam digital pada dindingnya dikerling. Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Dia menggagahkan diri untuk bangun walaupun badan masih terasa penat. Rambutnya diraup ke belakang dan mulutnya menguap sekali. Dia mengerling sekilas ke arah Cristy yang membelakangi nya. Seterusnya, langkah dipanjangkan masuk ke dalam kamar mandi. Cristy terjaga menyedari kehangatan yang setia memeluknya sejak pagi telah hilang. Kedengaran pancuran air yang dibuka, tahulah Cristy bahawa sang suami mandi nak pergi kerja.

'Kenapa dia tak kejutkan aku? Bukan seorang isteri sepatutnya selalu ada depan mata time suami pergi kerja ke?'

Cristy menggeleng. Mengabaikan kata hati.

Beberapa minit berlalu, bunyi pancuran itu sudah tiada. Tak lama, keluarlah tubuh tegap itu keluar dari kamar mandi. Wajah Cristy membahang malu. Terkebil-kebil matanya apabila bertembung dengan anak mata Dez.

'Mantap body dia, dahlah ada six pack' Puji Cristy disela mengada dalam hati.

Kalau orang lain, pastinya akan beralih pandang tapi tidak pada perempuan bernama Cristy. Dia menatap dari bahu, alangkah terkejutnya dirinya. Masih banyak luka yang baru. Dia yakin pasti lelaki itu sengaja bergaduh dengan anak buahnya untuk melampias marah. Perasaan tertanya-tanya kuat meresap dalam hati. Kakinya tidak segan turun katil menuju ke arah Dez.

"Too handsome for you, honey?" Goda Dez saat Cristy dah berdiri di depan matanya.

Jari telunjuknya diangkat membelai lembut bahu kanan lelaki itu tepat di mana tatto singa Itali begitu sempurna biarpun ekspresi wajah itu agak suram dan menakutkan. Singa itu menggambarkan sedang melihat ke dalam matahari yang bersinar dari awan. Keseluruhan warna itu hitam dan kelabu. Benar-benar terlihat rupa yang realistik.

"Two lions?"

"Yeah."

Pusing tubuh, Dez tunjuk bahu kirinya pada Cristy dan tidak lupa belakang telapak tangannya.

"Do tattoos hurt?"

Anak matanya terpaku pada leher mulus lelaki itu. Ukiran namanya dan Dez di sana.

"No, not at all."

Tok! Tok! Tok!

Muncul Adli di sana membawa beg kertas berisi pakaian lengkap milik Dez dan tidak lupa, earrings yang selalu lelaki itu beli.

"Hai semua!"

Tanpa dosa, Adli bagi lambaian selamat pagi. Dez memutar mata bosan dengan tingkah Adli yang cukup tidak sopan masuk bilik tanpa mengetuk terlebih dahulu.

"I'm half naked." Dez memberitahu tegas.

Harapnya Adli akan faham tapi sayang, lain jawapan yang Adli bagi.

"So kau nak aku buat apa? Tarik tuala kau bagi kau full naked?"

Membulat mata Dez. Belumpun sempat nak pukul, Adli sudahpun menjerit kecil berlari keluar dari wad itu.

"Abang dengan Adli memang selalu macam tu ke?"

Urat malu Dez nampaknya dah tak ada. Mudah sekali lelaki itu menyarung pakaian kerjanya di depannya. Tanpa disuruh, Cristy merapat.

"Ris tolong." Dibalas dengan anggukan.

Situasi mereka jauh sekali seperti dalam novel. Kalau orang lain akan bersweet-sweet dengan isteri tapi tidak pada lelaki bernama Dez. Dia hanya fokus pada telefon di tangan bukan pada Cristy.

"Bukan lagi baik kalau abang tengok muka Ris berbanding telefon?"

Automatik, Dez simpan telefon miliknya dalam poket kemeja setelah selesai Cristy butangkan semua.

"Urgent."

Cristy paling muka arah lain tatkala Dez pakai seluar di depannya. Membahang kemerahan mukanya kerana perasaan malu.

"Dah siap pakai seluar?"

"Hmm."

Cristy hela nafas lega. Dia pusing tubuh semula tapi ada yang aneh dari anak matanya. Apa yang sedang dilakukan Dez? Pakai earrings?

Mendapat idea, bibirnya terkutik senyum manis. Dia melangkah setapak, dua tapak, tiga tapak dan beberapa tapak lagi sehingga ia berdiri betul-betul di depan Dez.

"Abang tahu tak...."Suaranya dileretkan merengek manja.

"Abang nampak handsome tanpa earrings." Puji Cristy penuh tersirat.

Cristy menanggalkan kedua earrings yang dipakai Dez. Dez tidak bergeming. Tidak berkelip anak mata itu menatap seraut wajah menggoda milik Cristy. Cristy jengket kaki menyamai tinggi Dez 190 cm itu dan...

Cup! Cup!

Kedua daun telinga itu dikucup sayang.

"Jangan pakai earrings lepas ni. Okay?"

Kakinya diturunkan, sempat dada itu dibelai lembut sebelum dia menghilang masuk ke dalam kamar mandi. Dez menatap lama pintu itu. Air liur ditelan kasar. Sedar tak sedar, kedua telinganya sudah berona merah kerana malu. Bukan itu saja, malah kedua pipinya juga sama.

"We-well, i-i have to go now." Disela gagap Dez berujar.

Dia berdehem sekali. Seraya itu, keluar dari wad itu. Pintu ditutup rapat tanpa bunyi. Earrings diamond stud yang ada di tangannya ditatap seketika. Memikirkan sesuatu, dia terus buka camera. Dia menatap dirinya sendiri tanpa earrings.

"Handsome?"

Lama dia tengok muka sendiri. Tak dapat sembunyi, senyum di bibirnya sedikit timbul sepertinya pujian itu memberi impak baik pada dirinya.

"Kau memang handsome, siapa cakap tak handsome?" Sepertinya sengaja Adli kuatkan sound suaranya. Entah bagaimana lelaki ini bisa muncul.

Dez menggelabah. Dia melekapkan jari telunjuknya pada bibir tapi Adli bukanlah seorang yang mendengar kata. Bukan?

"Kenapa? Kau tak nak pakai earrings dah ke?"

"Shhh! Shut up, will you?" Bisik Dez cukup mereka saja mendengarnya.

"Why-"

Cepat-cepat Dez tarik lengan Adli agar keluar dari hospital. Mereka masuk ke dalam kereta. Seraya itu, keluar dari kawasan hospital itu menuju ke office milik Dez.

"Apa yang nak malu sangat dengan tak pakai earrings? Sepatutnya kau berbangga tau! Sekurang-kurangnya kau dah berubah untuk menjadi makin handsome. Bukannya acah-acah malu macam kau ni hodoh!" Dez menilik earrings diamond stud sepintas lalu diberi pada Adli.

"The only reason I'm wearing earrings is since my mother made me. I'm not a big fan of them."

Adli tertegun. Lidahnya seakan kaku. Sebegitu sayangnya Dez pada Cristy sehingga perkara yang disukai sekelip mata dibuang dari hidupnya. Setahu Adli, earrings barang yang paling dia suka dan tidak akan pernah lupa untuk pakai. Banyak koleksi earrings di rumah nya. Tapi tiada siapa pun yang dapat menjangka, semuanya boleh berubah hanya kerana perempuan yang bernama Cristy. Hebat bukan?

"You've changed."

"Love is what changes us."

Sebaik sahaja ternampak lampu isyarat berwarna merah di hadapan. Adli memperlahankan kereta sebelum kereta berhenti.

"Love can change a person the way a parent can change a baby awkwardly. And often with a great deal of mess."

"Why did you choose her?"

Kereta mula dipandu semula oleh Adli bila lampu isyarat sudah bertukar warna hijau. Adli membelok ke simpang kanan dan kereta bergerak secara perlahan menyusuri jalan itu.

"She changed the way i saw the world."

Adli mengerling Dez di sebelahnya. Matanya masih sihat tapi benarkah tadi dia nampak senyuman dari bibir Dez?

Sedangkan lelaki itu sukar sekali untuk senyum. Hebat cinta dari Cristy. Dapat merubah segalanya tentang Dez.

The Dez (COMPLETE) ✅Where stories live. Discover now