B A B 1 2

1.9K 177 7
                                    

"Aku terima nikahnya, Nur Afrin Baheera Binti Azlan dengan mas kahwin sebanyak RM200 ringgit tunai."

Shafiq Ammar mengeluh kecil tatkala teringat akan peristiwa yang berlaku di rumah sewanya pada tiga bulan yang lalu. Sehari sebelum dia pulang ke kampung halamannya. Dia tiada niat untuk merahsiakan perkahwinan ini. Niat asalnya, dia hendak memberitahu perkara ini sejurus dia sampai ke rumah.

Namun, dia juga terkejut dengan berita pernikahan di antara abang dan Bunga Anggerik Nathalia. Dia mengeluh kecil. Hanya Shazrin Ammar sahaja yang tidak tahu akan perkahwinan drastik ini. Semua ini berlaku dengan pantas. Dia di perangkap!

"Fiq." Panggil suara wanita itu dengan lembut.

Suara yang amat dia kenali, Afrin Baheera. Dia mendongak sedikit tatkala melihat gadis itu sudah melabuhkan punggung di depannya.

"Sampai bila, kita nak berpura-pura seperti orang asing?" soal Afrin Baheera dengan suara yang kendur.

Dia juga mangsa keadaan di sini. Bukan hanya Shafiq Ammar sahaja. Tetapi dia juga. Ya, dia salah kerana terlalu percayakan kata-kata rakan rumah sewanya. Katanya, Shafiq cedera parah ketika bermain futsal malam itu. Dan, lelaki di depannya ini hendakkan dia untuk merawat luka itu.

Nyatanya, semua itu adalah perangkap untuk dia dan Shafiq Ammar.

"Sampai kau mengaku, yang kau perangkap aku. Kau dengan kawan kau sama je perangai, bangsat." Kata Shafiq Ammar sinis.

Suaranya tidak seperti orang marah. Tetapi, lebih kepada kecewa dan terkilan. Dia akui, dia cintakan Shafiq. Tetapi, dia juga perlu sedar bahawa lelaki sebeku Shafiq Ammar tidak akan pernah walaupun sekali memandang dirinya. Kerana ulah orang lain, dia yang harus terima akibatnya.

"Shafiq Ammar bin Abdullah! jaga mulut awak. Saya tak pernah perangkap awak. Saya tak semura itu!" Kata Afrin dengan nada tegas membela dirinya.

Jika bukan dia yang membela diri. Siapa lagi yang hendak membela dia?

"Just leave, aku tak suka tengok muka kau." Kata Shafiq Ammar pula.

Muka beku itu jelas tidak senang akan kehadiran isteri yang terpaksa dia nikahi. Manakala, Afrin Baheera baru sahaja angkat punggung untuk bangun dan keluar dari cafe itu. Namun, suara suaminya yang membeku itu membuatkan dia niatnya terbatal.

"Kita cuti empat hari. Kemas pakaian kau, ikut aku balik kampung." Kata Shafiq Ammar lagi.

Afrin Baheera yang tadinya sugul. Kini, bertukar menjadi bahagia. Dia menatap suaminya seakan tidak percaya dengan kata-kata yang baru sahaja dia keluarkan.

"Abang aku perlu tahu tentang ini. Kalau boleh, aku tak nak susahkan abang dengan masalah aku ni. Tapi, dia abang yang dah besarkan aku. Abang sebahagian daripada nyawa aku, tanpa abang. Aku pun mati. Abang tu dari dulu berkorban untuk aku dan kakak-kakak aku. Aku ni dah malukan dia, aku yakin dia mesti kecewa. Tapi, Afrin aku tak kejam itu nak rahsiakan pernikahan kita ni dekat dia." Kata Shafiq Ammar menahan getar di setiap perbicaraannya.

Dia kalah jika melibatkan abang. Dia sudah terlalu banyak melukakan hati Shazrin Ammar. Andai sahaja, abang tahu akan perkahwinan ini kerana di tangkap khalwat. Dia yakin, abangnya sangat kecewa dengan dirinya. Kerana, didikan agama yang abang berikan kepadanya sudah terlalu cukup. Allah, maafkan Fiq abang...

SYARAT BAHAGIA | COnde histórias criam vida. Descubra agora