" Assalamualaikum warahmatullah..."Usai memberi salam kedua.Aku bergegas bangkit dari duduk dan mengemas tempat solat aku.
Sudah hampir dua bulan setelah aku tamat SPM.Rambut aku yang sudah mencecah paras bahu aku ikat dengan gaya messy bun.Aku masih lagi tiada pekerjaan.Bukan niat ingin menganggur tetapi aku memang sukar nak keluar dan bertemu dengan orang .Inikan pula hendak berpakaian formal dan bertemu orang besar seperti Mr atau Ms . Interviewer ? Pada orang lain,itu mungkin perkara yang boleh diselesaikan dalam jangka masa yang pendek tapi tidak pada aku.Memikirkannya saja buat aku takut !
Aku melangkah ke arah laci meja solek dibilikku.Aku ambil jam dan kacamata di dalam laci almari sebelum mengambil kasut yang berada dibawah meja solek itu.Aku memakai jam dan kacamata yang sudah aku lap sedikit menggunakan kain yang tersedia dalam box tersebut.Aku melirik sedikit ke arah waktu yang terpapar di skrin jam tersebut.Waktu menunjukkan pukul 6.50 am.Nafas dalam kutarik memenuhi paru - paru pinjaman Tuhan ini.Kemudian,aku menukar pakaian biasaku tadi kepada pakaian sukan.Aku bawa kasut merah jambu berjenama Al - A'bibas itu menuju ke tingkat bawah.Tingkat 1.
" Wazzup ! My beautiful treadmill ! " Aku menjerit perlahan kerana barang ini baru sahaja sampai semalam.Please don't think i'd go outside.
Aku menempah barang ini sebulan yang lepas.Selepas insiden aku berbual dengan Ibu.Macam mana aku tahu masa dah mencecah sebulan ? Sebab tarikh aku buat tempahan barang ini dengan tarikh barang ini muncul dihadapan rumah aku adalah tarikh yang sama.Abang yang tolong hantarkan barang ini ke rumah aku pun abang yang sama aku jumpa beberapa bulan lepas.Jumpa dekat luar ? Tak,sama juga.Jumpa masa abang ni hantarkan barang aku iaitu kasut sukan yang aku sedang pegang sekarang ni.Kasut sukan ini berjenama Al - A'bibas dan berwarna merah jambu.Ibu kata Pak Cik Mat yang tolong receive - kan kasut ni dari abang courier tu.Aku mungkin ada tapi dibelakang Pak Cik Mat ketika itu.Memerhati abang courier tersebut dari belakang.Semuanya aku bank - in sebab lebih mudah dan pantas.
" T - terima kasih abang. " Aku memberanikan diri bersuara menunduk sedikit sambil menggenggam baju putih Pak Cik Mat dari belakang.Anehnya,suara aku seperti tenggelam membuatkan suara aku kedengaran sedikit lunak dari biasanya.Pak Cik Mat dan abang courier itu hanya tersenyum memandangku.Bukannya membalas senyuman mereka,aku malah merasa janggal dan cuak dengan keadaan itu.Aku memandang genggaman tangan aku pada baju Pak Cik Mat,tanpa aku sedari genggaman aku menjadi kuat dan telah merenyukkan sedikit baju Pak Cik Mat.
' Sorry Pak Cik Mat,i'm really sorryy ! 'Desis hatiku.Aku angkat semula kepalaku.
"Sama - sama adik manis ~ " Abang courier itu membalas.
'HUH ? I'M SOGGHY ? '
Mata aku terbuka luas mendengar ayat itu.Aku mengangkat sedikit kepalaku dan melihat Pak Cik Mat dan abang courier itu tertawa kecil sebelum abang itu beredar dari kawasan rumah kami.Aku memandang Pak Cik Mat yang tersenyum memandang aku.
" Far ? Bilanya kamu nak guna treadmill tu ? " Teguran Pak Cik Mat itu mengejutkanku.Aku menghalakan pandangan ke arah Pak Cik Mat.
" Kejap Pak Cik Mat.Far nak warm - up dulu. " Balasku ringkas.
" Manalah Ibu kamu tu tak panggil kamu tu anak dara. " Ujar Pak Cik Mat.Dia tergelak kecil.
Sambil meregangkan badan ku untuk senaman nanti,mata ku masih tak lepas dari memandang Pak Cik Mat.Aku juga turut tergelak kecil kerana aku sedar dengan itu.' Membesar dengan adik - beradik perempuan,beginilah outcome - nya. ' fikirku.
YOU ARE READING
Mr. Introvert
Humor" Kau tak bolehlah sesuka hati je paksa aku keluar rumah ! " Aku menarik muka. Air kopi di atas meja bulat ku teguk perlahan.Lagipun,air tu masih panas.Nak mati ke minum air panas laju - laju ? Dari ekor mata,aku memerhati gerak - geri lelaki di...
