Mr. Introvert ; Part 1

39 0 0
                                        

Kuru Kuru  ! ~

   Bunyi penggera telefon itu mengejutkan si dia dari tidur.Dia halakan skrin telefon ke arah mukanya untuk melihat jam.Namun,dia terlupa bahawa  tahap brightness  telefon pada waktu pagi berbeza dengan waktu siang.Maka terkejutlah rohnya yang belum habis masuk dalam badan.

   " Argh ! Why the fish is it with this brightness '.Urghh ! Sakit mata aku." Matanya digosok perlahan.

   Dia merendahkan brightness telefonnya kemudian dia melihat waktu yang terpapar di skrin tersebut dalam keadaan meniarap.
 
   ' Awal lagi , baru 6.50 . ' Desis hatinya.Wajahnya ditenggelamkan pada bantal empuk itu.Seketika,sel - sel mindanya bersambung.

   ' Hm ? 6.50 ? ' Dia berfikir sejenak sambil wajahnya masih terbenam pada bantal.Dia kembali melihat skrin telefon tersebut.

    Terus segar - bugar pandangan matanya.Dia segera bangun dari katil ' king ' miliknya dan memakai selipar berwarna kuning dan bercorak kartun sebelum bergegas keluar dari biliknya.Dia sempat memakai bathrobe yang sempat dia ambil di birai katil.Kakinya dibawa melangkah menuju ke bilik mandi.Baru dia tersedar yang dia sudah lambat untuk ke sekolah dan yang paling teruknya,dia hampir terlepas solat subuh ! Walaupun dia bukanlah seorang yang alim tetapi kewajipan tetaplah suatu kewajipan walaupun seseorang itu lumpuh sepenuhnya.Selesai mandi,dia bergegas mencari baju sekolah miliknya namun tiada.Dia menyelongkar semua almari didalam biliknya itu.Kemudian dia memerhati keadaan sekeliling.

    ' Kenapa gelap semacam je ni? ' Desis hatinya.Tak lama setelah itu,dia menyedari bahawa dia terlupa membuka lampu sewaktu bergegas keluar dari biliknya tadi.Dia berlari anak menuju ke arah suis lampu dan menghidupkannya.Lantas keadaan kamarnya menjadi terang - benderang .Dia meneruskan misi pencarian baju sekolahnya semula.Namun,dia masih tidak menjumpai bajunya itu.Kehairanan mula menguasai diri.

   " Mana pergi baju sekolah aku ni ? " Dia bergumam sendirian.Matanya melirik ke arah jam dinding di atas palang pintunya.Waktu menunjukkan jam 6.57 am.Dia segera memakai baju biasa dahulu kemudian menunaikan solat fardhu yang tergendala tadi.

    Usai menunaikan solat subuh,dia duduk sebentar di atas sejadah.Jam menunjukkan waktu telah mencecah pukul 7.00 am.Mengingatkan waktu masuk pelajar sekolah adalah pada pukul 7.30 pagi,masa masih berada di pihak nya.Dia masih mempunyai baki masa sebanyak 30 minit untuk mencari di mana keberadaan baju sekolahnya itu.Dia menadah tangan untuk berdoa pada Yang Maha Esa supaya urusannya ini dipermudahkan.Tiba - tiba telefon miliknya berbunyi menandakan ada panggilan masuk untuknya.Dia bergegas bangun melipat sejadahnya kemudian bergegas untuk mengangkat panggilan tersebut.

   ' Eh ? Ibu ? Jarang betul ibu nak call pagi - pagi ni . Mesti ada something ni ..' Desis hati kecilnya.Dia pun menjawab panggilan telefon ibunya itu.Punggungnya dilabuhkan di atas katil.

   "Assalamualaikum ' anak dara ' Ibu , Apa khabar kamu harini ? Sihat ? " Ibu bertanya . Kedengaran suara gelak tawa seorang budak di hujung talian.

   " Ibuuu ! Janganlah panggil kita macam tu .. segan la.Kita kan lelaki , apalah Ibu ni. " Aku bergurau sedikit sambil tanganku sibuk menggosok bantal empuk yang entah bila berada di pangkuanku.Ibu hanya ketawa lembut di hujung talian.

   "Iyalah,' anak dara ' Ibu dah besar dah ye,kamu tak jawab lagi salam dengan soalan Ibu tadi. " Ibu masih lagi mengusik dengan panggilan ' anak dara ' yang digunakan padaku walaupun aku lelaki.Terdengar tawa halusnya di hujung talian.Sengaja Ibu tekankan perkataan ' anak dara ' itu untuk mengusikku.

    Muhammad Farisha Amshar bin Dato' Faraz,dengar macam nama orang kaya kan?Memang kaya pun actually.Dilahirkan di Hospital Besar,Kuala Lumpur.Walaupun dibesarkan dalam kalangan keluarga yang digelar orang sebagai ' keluarga berada ' ,keluarga aku masih lagi menititkberatkan perihal agama dan orang - orang susah.Aku sangat bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang sebegini.Aku tak ramai kawan bukan kerana aku sombong orangnya tapi aku lebih kepada Introvert atau bahasa mudahnya adalah lebih gemar berseorangan.Ibu bapa aku pun tidak terlalu risau kerana aku sudah besar.Aku ada lima orang adik - beradik kesemuanya.Kami terdiri daripada empat orang perempuan dan seorang lelaki iaitu aku.Haa,pretty sure you've got a gist of my personality? Aku ada sedikit sahaja masalah penglihatan jadi aku dibenarkan doktor untuk memakai kacamata yang berukuran nipis.Jadi,aku memilih bentuk bulat kerana sesuai dengan bentuk wajahku.

Mr. IntrovertTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon