B A B 1 1

1.8K 165 7
                                    

Shazrin Ammar merasa aneh dengan sikap sang isteri yang tiba-tiba sahaja berubah. Dia kenal sangat dengan sifat isterinya yang jenis moody memanjang. Namun, kali ini agak janggal. Kerana, dari riak wajahnya. Dia seakan sedang marah.

Dia menarik nafas sebelun berbicara dengan Bunga Anggerik Nathalia. Bahu sang isteri dia tepuk perlahan. Akibat perbuatan itu, bahu sang isteri terangkat sedikit kerana terkejut.

"Doktor, cakap apa tadi dekat awak? kandungan awak ada masalah tak? baby sihat?" soal Shazrin Ammar bertubi-tubi dengan lembut kepada isterinya yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya, mereka baru sahaja sampai di rumah. Dia perasan perubahan sikap Bunga Anggerik Nathalia setelah mereka pulang dari klinik. Ada sesuatu yang terjadi di luar pengetahuannya kah?

PAP! Buku merah jambu yang berada di tangan isterinya di campak begitu sahaja oleh Bunga Anggerik Nathalia mencium lantai. Setelah itu, barulah wanita itu duduk di atas sofa.

"Kesayangan saya, Anggerik. Kenapa dengan awak ni? awak ada mengidam apa-apa ke? nak saya carikan?" tanya Shazrin Ammar sekali lagi dengan suara yang penuh kelembutan.

Sementara itu, dia mengutip semula buku merah jambu yang di campak oleh sang isteri sebentar tadi. Lalu, ia letak di atas meja. Barulah dia mengambil tempat duduk bersebelahan isterinya yang sedang masam mencuka tidak seperti kebiasaannya.

"Isteri kesayangan saya?" lembut sahaja dia memanggil Bunga Anggerik Nathalia bersama senyuman manis.

Lama juga Bunga Anggerik Nathalia mengalih pandang sang suami. Setiap inci wajah suaminya ia tatap lama. Entah kenapa, terbit satu keluhan kecil daripada bibir sang isteri. Dia menyandarkan diri, mengambil posisi paling selesa. Kedua kaki ia letak di atas paha suaminya seraya memeluk tubuh.

"Tadi, masa aku nak keluar dari klinik. Aku tengok kau rancak berbual dengan perempuan. Siapa perempuan tu? mesra semacam aje." Kata Bunga Anggerik Nathalia serius.


Dia bukan cemburu. Cuma dia seorang wanita yang punya sifat ingin tahu. Jadi tak salah rasanya dia hendak tahu tentang wanita asing itu kan? Lagipun, dia ada hak sebagai isteri untuk bertanya kepada suami bukan?

"Oh, perempuan yang awak nampak itu. Nama dia, Laila. Dia kawan sekolah saya dulu, sebelum saya berhenti sekolah." jawab Shazrin Ammar bersama senyuman.

Dari gaya suaminya, bahagia sungguh ketika nama wanita asing itu meniti di bibir. Adakah suaminya cintakan wanita kampung yang bertutup litup itu?

"Oh, dari gaya kau. Kau macam cintakan dia." Kata Anggerik lagi dengan selamba.

Namun, ledakan tawa milik Shazrin Ammar memenuhi ruang tamu itu. Perkara itu membuatkan Bunga Anggerik Nathalia bertambah pelik. Kenapa, dia tersalah menuduh ke?

"Cahaya Laila, hanya kawan saya aje. Tak lebih atau kurang. Sedangkan awak, awak isteri saya. Anggerik, setelah kita kahwin, hanya awak lah yang saya jadikan sebagai sahabat, adik-beradik dan menumpang kasih sayang." Kata Shazrin Ammar lagi.

Dia mengukir senyum manis.

"Saya hanya cintakan awak, Anggerik. Dari dulu, saya suka awak. Tapi, saya sedar diri. Saya dan awak umpama langit dan bumi. Kenapa? sebab awak lahir di atas dulung emas. Sedangkan saya tidak. Saya bodoh dan tak berguna. Saya tak pandai membaca, tak habis sekolah dan orang miskin." Katanya lagi.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now