" Musuh? " Soal Darwish.

" Tak pasti.. boleh jadi ya.. sebab diorang nak hapuskan bukti. Tapi takkan la sampai korbankan boss dan pekerja diorang." Jawab Faiz.

" Eh eh boss? Zackry tak berjaya keluar?" Soal Ayie.

" Yaa.. aku dah cek CCTV memang takda orang keluar dari mana-mana pintu atau lorong kecuali pintu depan korang masuk tu." Jawab Kyle. Rezza yang mendengar terus mengakat wajahnya.

" Tak pelik ke? " Soal Rezza.

" Pelik kenapa?" Soal Ayie.

Belum sempat Rezza menjawab, Tuan Suhaimi terus datang menghampiri mereka.

" Err sorry ganggu kamu semua, ada siapa-siapa lagi yang tercedera? " Soal Tuan Suhaimi. Mereka semua mengeleng.

" Kalau macam tu.. pihak atasan minta kamu semua balik untuk berehat. Esok pastikan datang kerja sebab diorang nak soal siasat kamu semua sikit. Saya rasa bersimpati atas kehilangan Dyna.. maafkan saya sebab tak dapat jadi ketua yang bagus.. " kata Tuan Suhaimi.

Bullshit!  (Sorry terbawa emosi)

" Takpa Tuan, maafkan kitorang sebab tak berjaya jayakan misi" kata Darwish.

" Tak mengapa, kita boleh cuba lagi.. kamu boleh balik, berehat secukupnya.. saya tahu kamu masih terasa dengan apa yang terjadi.." kata Tuan Suhaimi. Mereka mengangguk. Tuan Suhaimi terus pergi meninggalkan mereka.

Semua orang berlalu pergi satu persatu. Hanya tinggal Rezza dan Fahrin disitu.

" Kau tak pelik ke Fahrin? " Soal Rezza. Fahrin tidak menjawab.

" Kau percaya ke Dyna pergi tinggalkan kita? Kau percaya ke dia sanggup buat macam tu? " Soal Rezza lagi. Sekali lagi, Fahrin tidak menjawab. Dia terus bangun untuk berlalu pergi.

" Fahrin.. " panggil Rezza.

" Cukup Rezza. Balikla.. sambung esok apa yang kau nak bagitau.. aku penat nak fikir." Kata Fahrin sambil air matanya bertakung. Dia cuba untuk menahan dari mengalirkan air mata lagi. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Rezza.







                     Fahrin mengeluarkan Telefonnya. Dia menelefon seseorang.

" Hello bang.." kata Fahrin, sayu sahaja suaranya.

" Dyna macam mana? " Soal Rafeeq. Itu soalan yang pertama keluar dari mulutnya. Sejujurnya dia sudah tahu apa yang terjadi dengan misi mereka kerana dia sudah berada berhampiran lokasi itu.

" Hmm... Dyna terperangkap dalam tu.. dia tak sempat keluar.. diorang kata peluang untuk dia selamat memang kosong sebab teruk sangat keadaan dalam tu" kata Fahrin.

Rafeeq tidak mampu berkata apa-apa. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

" Kenapa Raf? Dyna ok tak? " Soal Khai kepada Rafeeq. Mereka berdua berada disana kecuali Sam. Rafeeq hanya mengeleng. Wajah Khai terus bertukar.

" Fahrin minta maaf bang.. Fahrin tak jaga Dyna.." kata Fahrin dengan air matanya mengalir sekali lagi. Dia tidak dapat menahan diri.

" Hmm... bukan salah Fahrin la.. sekarang Fahrin dekat mana?" Rafeeq cuba untuk memujuk Fahrin. Dia tahu, kehilangan Dyna akan memberikan kesan yang dalam kepada Fahrin.

" Fahrin nak balik.. diorang suruh balik berehat.." kata Fahrin.

" Yaa.. baliklaa dulu.. rehat.. jangan sedih-sedih.. nanti datang rumah abang " kata Rafeeq, lembut. Fahrin mematikan panggilan. Dia terus bergerak untuk pulang.

" Hiks hiks " kedengaran suara Khai menangis. Rafeeq terus menghampiri Khai.

" Jangan nangis.. kalau Dyna tahu ni mesti dia gelakkan kau" pujuk Rafeeq.

" Aku abang yang jahat.. aku dah mungkiri janji papa dulu.. dia suruh kita jaga Dyna.. tapi tengok la apa yang jadi.." kata Khai. Air matanya terus mengalir.

Rafeeq tidak mampu berkata apa-apa. Dirinya juga terkesan dengan kejadian ini, tetapi dia cuba untuk beriak tenang. Didalam hatinya, terasa luka yang berat. Kehilangan seorang adik, orang yang sepatutnya dia lindungi. Dia berasa dirinya gagal menjadi seorang abang yang baik. ' maafkan Raf, Dyna ' kata Rafeeq didalam hati.

30 minit yang lalu...

Rafeeq dan Sam sedang memerhatikan pergerakkan Tuan Suhaimi dari bangunan lain yang sedikit jauh dari kawasan Dyna melakukan misinya.

" Orang tua tu relek aje duduk jauh dari situ." Kata Khai, tidak berpuas hati.

" Ye laa nama pun ketua.. memang usya dari jauh laa" kata Rafeeq pula.

" Dasar.. eh, mana Sam? " Soal Khai.

" Dia ada hal katanya tadi.." jawab Rafeeq.

" Hal apa pula? Padahal ni plan dia.." soal Khai lagi.

" Entah.." jawab Rafeeq, malas.

Tiba-tiba Telefon bimbit milik Rafeeq berbunyi. Kelihatan nama Sam tertera disitu.

" Ha? " Soal Rafeeq.

" Bagitau Dyna dengan Fahrin suruh keluar cepat! Bangunan tu ada bom dekat dalam! Itu bukan lokasi Black Haisumi beroperasi. Itu geng lain! Bangunan tu sebenarnya perangkap!" Kata Sam, cemas.

" What the fish " kata Khai. Khai yang mendengar terus cuba untuk menghubungi Fahrin tetapi tidak dapat.

" Tak dapat " kata Khai.

" Ish! Jum la kita pergi sana " kata Rafeeq. Mereka terus berlari masuk ke dalam kereta mereka.

" Sempat ke? " Soal Khai.

" Tak tahuuu" kata Rafeeq sambil memecut laju keretanya.

" Kau dekat mana Sam? " Soal Rafeeq, panggilan yang dibuat tadi masih tidak dimatikan.

" Aku on the way ke sana juga.. lagipun Zackry ada dekat dalam sana dengan Dyna. Eh " kata-kata Sam terhenti.

" Apa eh? Hah? " Soal Khai.

" Bom sepatutnya meletup dalam masa 10 minit kenapa tiba-tiba jadi 5 minit? " Soal Sam sendiri.

" What????!!!!" Jerit Rafeeq, terkejut dengan apa yang didengarinya.

" Kita nak pergi sana pun 5 minit, macam mana nak sempat sampai?! " Soal Khai. Sam mematikan panggilan.

" Dia end call?! " Soal Khai lagi. Rafeeq memekakkan telinganya. Dia hanya fokus untuk sampai tepat pada waktunya.

Mereka tiba berhampiran dengan bangunan itu. Kereta diparkir sedikit jauh agar mereka tidak dilihat. Tetapi, mereka sedikit terlambat.

Baru sahaja mereka ingin melangkah keluar dari kereta, kedengaran bunyi bom itu meletup. Khai dan Rafeeq tergamam.



                Sedang Rafeeq menenangkan Khai, tiba-tiba Telefonnya berbunyi.

" Bro" kedengaran suara Sam disebalik Telefon.

" Kau pergi mana? Kau tau tak apa yang jadi dekat Dyna?! " Soal Rafeeq dalam keadaan marah.

" Datang hospital tempat Fairuz bekerja sekarang." Kata Sam.
Rafeeq dan Khai terus pergi ke sana. Mereka berharap setibanya mereka disana, mereka akan melihat apa yang ingin dilihat mereka.




Akan bersambung lagi....












Lepasni, no more Dyna. 🙂
Sebab.....

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now