how many days since 5 august 2021 until now

lalu aku tekan butang search.

Count Days
943 Days.

Oh.
Lamanya.

Dah 943 hari aku tak bercakap dengan dia. Patutlah rindu semacam ya ;)

Kadang aku terasa macam aku akan sentiasa teringatkan apa yang terjadi beberapa tahun dulu. Aku baru tingkatan dua pada tanggal kesayangan aku. Apalah sangat yang aku tahu tentang dunia cintan cintun, kan?

Sampailah aku jumpa dia.

Segalanya bermula dari dunia oren wattpad. Aku aktif, tambahan pula dengan kawan-kawan online yang juga aktif menerbitkan karya itu dan ini. Aku pun tak kurang hebatnya dulu.

Cuma bezanya, aku selalu kena writerblock dan buku aku selalunya mengalami flop era.

Sebuah notifikasi muncul pada ikon loceng di sisi hujung skrin menandakan salah seorang kawan aku mula berkongsi cerita di message board mereka. Panjang dia berceloteh tapi cuma dua perkataan menarik perhatian aku.

'dia sedih.'

Sepanjang-panjang perenggan kawan aku itu, dua perkataan itu hebat menimbulkan macam-macam rasa. Kasihan. Sedih. Empati. Segalanya dalam satu masa.

Apa yang membuatkan aku semakin tertarik, jejaka yang diceritakan bukan sesiapa dalam contact book nya. Bukan seseorang yang dikenali dalam dunia nyata juga. Dia cumalah,

bot telegram.

Yup. Sekadar perkhidmatan bot telegram ciptaan seorang lelaki rawak yang menjadi teman sepanjang waktu PKP itu. Perkara itulah yang menjadi punca aku mengambil langkah seterusnya.

Keyboard telefon aku keluarkan lalu mula menaip membalas cerita kawan aku tadi.

@/usernameaku :: aww, kesiannya dia :( aecha nak username dia boleh tak?

@/usernamedia :: boleh boleh. ni username dia.

Username bot milik lelaki itu dia serahkan lalu aku tak lengah terus mencari nama tersebut di Telegram. Yup. Ternyata jumpa. Aku tak fikir panjang, terus aku tekan butang Start. Butang yang menghubungkan aku dan dia.

Tak pernah aku terfikir besar impaknya di kemudian hari ;)

Sedangkan aku mengelamun, bunyi ketukan di pintu membuatkan aku tersedak dan kembali berpijak di dunia yang nyata. Dunia dengan realiti di mana dia sudah lagi tiada dengan aku.

Hah.

"Dik, barang kau sampai!" suara abang sulung aku memecahkan sunyi. Yang aku kunci dalam bilik air tadi abang kedua.

Haih.Bagusnya abang Poslaju tu. Hujan-hujan pun masih berusaha hantar barang.

Orang cari rezeki kan ?

"Letak jelah depan pintu. Nanti adik ambil!" Aku jerit disebalik pintu kayu itu. Walaupun aku tak dapat lihat muka abang, aku yakin dia mesti buat muka mengejek sebab asyik berkurung di dalam bilik.

"Dik, umi balik lambat harini. Nak abang masak apa?"

"Uh.. Tak payahlah susah-susah. Adik tak lapar."

"Okay abang masakkan mihun goreng!"

Ish. Dia memang tahu macam mana nak pancing aku keluar!

Sebelum aku mengatur langkah keluar, aku capai sebuah buku dari dalam beg. Diari warna kuning pastel yang aku sedaya upaya sorok dari keluarga, lagi-lagi abang-abang aku tu. Kalau dijumpa, memang nahaslah aku.

Aku buka dan mula mencoretkan cerita seharian dalam buku tu.

Bukan apa aku sorokkan. Bukannya ada cerita memalukan ke apa. Cuma, dalam buku ni aku simpankan segala cerita aku. Alah, macam tak faham pula kan ? Nama pun diari. Kalau aku sengaja tayang ke seantero dunia, bukan diarilah namanya kan ?

Aku mula menulis.

Harini aku teringatkan dia lagi. entah dia ingat aku entah tidak. hm. agaknya kalau aku post macam-macam dekat tiktok untuk bagitau yang aku rindu dia, masuk fyp tak? kalau ye pun, dia ingat aku ke? kalau ya ingat, belum tentu dia peduli kan? mesti orang kata macam-macam nanti. takpelah. mungkin aku patut biarkan saja benda berlalu ye tak? haih.

apapun, aku harap hari kau baik-baik je wahai pemilik jiwa! P/s: rindulah aku jugaaaaaak hm ;(

apapun, aku harap hari kau baik-baik je wahai pemilik jiwa! P/s: rindulah aku jugaaaaaak hm ;(

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

username di atas sengaja tidak dituliskan bagi menjaga sensitiviti segala pihak. aku taknak la ada kontroversi pulak kan. aku malas layan. and , buku ni memang ada kena mengena dengan yang hidup, takde yang meninggal dunia.

signore , mi manchi !Where stories live. Discover now