𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟡

1.1K 44 1
                                    

Perlahan-lahan Naura membuka kelopak mata setelah agak lama dia pengsan.
Matanya terbuntang apabila sistem penglihatannya melihat sosok tubuh Lissa yang diikat di sebelahnya.Dia memandang kearah sekeliling ruangan itu.Keliru.Langsung dia tidak kenal tempat ini dimana.Ini kali pertama dia sampai sini.Di kawasan rumah tinggal yang dipenuhi semak hutan.

"Lissa!Awak dah sedar?" Lissa membuka kelopak matanya perlahan lalu matanya meliar memandang sekeliling.

"kita dekat mana ni?" tanya Lissa,dia masih mamai akibat kesan ubat tadi.

"Saya tak tahu..." balas Naura,Lissa cuba meronta-ronta agar ikatan tangannya itu terlerai namun dia tidak berjaya.

Naura semakin cuak, perasaan takut mula menguasai diri.Dia tidak tahu apa nasibnya selepas ini.Adakah dia akan mati di sini?Kenapa dia diculik?

" Abang...Naura takut, Naura nak abang..."matanya di pejam, dia benar-
benar takut.

" HAHAHAHAHA! " Tiba-tiba ada suara perempuan misteri tertawa kuat dari belakang dinding.

Naura tersentak.Bebola matanya terbeliak terasa takut.Tidak tahu siapa yang sedang ketawa.

"Siapa?Lepaskan kami!" Lissa cuba meronta dengan tenaga yang semakin berkurangan.Dia dapat lihat dengan jelas wajah Naura yang sedang ketakutan.

Dua penyamun tadi keluar entah dari mana lalu menghampiri kearah Lissa lalu disentuh seluruh wajah gadis itu.

" Jangan sentuh aku!" marah Fara Melissa.Dia menggigit tangan menyamun itu.

"Argggh!Sakit!"penyamun itu mengaduh sakit.

" Perempuan tak guna!!!"Tangannya naik ingin menampar pipi Lissa namun....

" Berhenti! "ucap satu suara perempuan misteri tadi dari belakang dinding supaya penyamun itu tidar menampar mangsanya.

Naura dan Lissa yang menunduk kebawah itu cuba mendongak wajah memandang siapakah pemilik suara itu.
Tiba-tiba seorang wanita keluar dari sebalik simen itu sambil memeluk tubuh serta tersenyum sinis kearah Naura.

"Ibu?!" ucap Naura setelah tubuh wanita itu menghampiri kearahnya.

Tergamam Naura melihat ibu tirinya yang berdiri di hadapannya ketika ini. Sumpah otaknya blur ketika ini.Tak dapat mencerna apa yang sedang berlaku.Adakah dia bermimpi?Apakah benar ibu tirinya yang sedang berdiri di hadapannya ini?Kalau benar kenapa ibu tirinya lakukan semua ini?Kenapa ibu tirinya menculik dirinya dan Lissa?Apa tujuan ibu tirinya itu?Segala persoalan itu bermain di minda Naura serentak.

Rossa memandang Naura dengan pandangan sangat sinis, lalu berkata

"Jangan panggil aku ibu, aku jijik!" ucap Rossa dengan wajah sombong sambil memeluk tubuh.

Naura tertunduk kebawah.Masih bingung.Gagal untuk mencernakan apa yang sedang berlaku.

"Woi!Pandang aku!" jerkah Rossa seraya mengacukan pisau di leher Naura dengan wajah mula menggila.

"Kenapa sanggup buat Naura macam ni?!Apa salah Naura?!" jerkah Naura kembali tanpa rasa takut.Entah dari mana dia dapat keberanian itu.

"Hah!?Apa salah kau?Entah apa salah kau pun aku tak tahu.HAHAHAHAHA!"
balas Rossa sambil ketawa kuat macam orang gila.

"Jadi lepaskan Naura!Lepaskan Lissa!Lissa takde kena mengena dalam hal ni"
balas Naura dengan wajah menahan rasa marah.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now