𝔾𝔹 𝕝 𝟙𝟟

1.5K 53 1
                                    

"what?!tiga hari lagi?!tak macam awal sangat ke bro?persediaan semua dah buat ke?"bergema suara sahabat dan anak buah Tengku Ayaaz di dalam markas Black Diamond itu.Baru je kenal dah nak kahwin.Banyak lagi yng dia belum tahu tentang gadis itu.

Hampir luruh jantung mereka semua kerana terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Tuan Mudanya itu sebentar tadi.Boleh runtuh markas Black Diamond itu dengan suara mereka tadi.

"betul ke apa yang kau buat ni baby?"soal Zakuan,memang dari dulu dia memanggil Tengku Ayaaz dengan sebutan baby.

" mommy yang nak aku kahwin cepat" balas Tengku Ayaaz

"Tuan dah fikir masak-masak ke?perkahwinan ni bukan boleh bawa main" giliran Zarif pula berbicara.

"hm"

"siapa nama bakal isteri kau?" tanya Noah pula.

Semuanya masih terkejut, ini memang kerja gila baru je kenal terus kahwin, kenal pun tak lama.

"Naura Aqila" balas Tengku Ayaaz.

Lissa yang baru saja tiba di situ untuk berjumpa dengan Tengku Ayaaz terus berhenti apabila mendengar nama yang keluar dari mulut lelaki itu.

"N...Naura?"semua yang berada di situ menoleh kearah gadis itu.

" Kau kenal?"soal Tengku Ayaaz sambil memandang Lissa dengan kening sebelah yang terjungkit.

Tanpa berkata banyak gadis itu mengangguk perlahan-lahan kepalanya.

" bagitahu aku semua tentang dia sejak kau kenal dia, aku nak tahu semuanya" kata Tengku Ayaaz dengan dingin dan tegas.

Kereta Bugatti Divo milik Tengku Ayaaz tiba di mansion itu,Tengku Ayaaz pulang kerana mommynya menghubungi dirinya dan memberitahu ada hal penting yang perlu dia uruskan kerana itulah dia segera pulang.

"Nous sommes arrivés jeune maitre"(we have arrived young master)" kata anak buah Tengku Ayaaz yang memandu kereta miliknya itu.

Tengku Ayaaz keluar dari perut kereta itu lalu mengatur langkah ke arah pintu utama yang terbuka luas itu.

" perkara apa yang mommy nak Ayaaz uruskan tu?"soal Tengku Ayaaz setelah melihat soosk tubuh mommynya yang sedang menonton televisyen.

" duduklah dulu" Tengku Ayaaz segera melabuhkan dirinya di sebelah mommynya.

"mommy dah uruskan semuanya tapi mommy lupa satu perkara" kata puan fadhila

"apa?"

"wali belum ada lagi, kita perlu jumpa keluarga Naura dulu untuk minta izin bapa dia menjadi wali"  kata puan fadhila

"esok kamu teman Naura pergi berjumpa keluarga dia ye, mommy tak galakkan dia pergi seorang diri" sambungnya lagi.

"Kamu free je kan esok?" soal puan fadhila pula

"hm" itu sahaja yang dibalas Tengku Ayaaz

"Alang-alang tu, kamu berdua pergi beli baju bersanding dan akad nikah, tak sabarnya mommy" tersenyum lebar puan fadhila apabila bercakap tentang baju akad nikah.

"awak tunggu sini,biar saya masuk seorang je" kata Naura Aqila dengan lembut.

"aku ikut lagipun mommy suruh aku teman kau" segera Tengku Ayaaz keluar dari perut kereta miliknya sebelum sempat  Naura Aqila keluar.Dia tidak mahu gadis itu masuk sendirian, takutnya jadi apa-apa kat dalam tu macam mana.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now