𝔾𝔹 𝕝 𝟛𝟚

1.2K 43 2
                                    

Seminggu berlalu.....

Wajah Tengku Ayaaz yang sedang berbaring itu ditatap Naura dengan penuh kerisauan,masih belum bangun dari tidur.Suhu badan juga panas.Sudah dua hari lelaki itu demam.

Naura meletakkan besen berisikan air hangat bersama tuala diatas meja berdekatan katil.Dia bangkit dari duduknya.Mahu turun masak untuk suaminya.Tengku Ayaaz sekarang kurang makan,mungkin sebab tekaknya berasa tidak ada selera akibat muntah.

Baru sahaja dia mahu keluar dari bilik.Tengku Ayaaz laju menyelak selimut dan bangkit menuju ke bilik air.Terkejut Naura melihat suaminya bangun dengan keadaan mamai dan tidak perasan dengan kehadirannya.
Langkah dia halakan ke tandas mahu melihat keadaan inche suami.

Bwurkk!

"Abang!"

Naura mendapatkan suaminya yang muntah di sinki bilik air itu.Leher lelaki itu diusap,tak ada apa pun yang keluar, hanya air sahaja.Seperti beberapa hari lalu.

"nak muntah lagi?" Naura bantu suaminya mencuci mulut.

Kepala Tengku Ayaaz gelengkan.

Tengku Ayaaz tidak menjawab.Rasa lemah betul badannya,nak berjalan pun tak larat.Terpaksalah dia bangun juga dan pergi ke tandas.Dia tidak mahu menyusahkan Naura.Naura memapah suaminya berjalan kearah katil semula.

"Abang nak makan tak?Kalau nak makan Naura bawa naik atas" soal Naura sambil membantu Tengku Ayaaz berbaring.

Tengku Ayaaz geleng kepala.

"makanlah sikit...kalau tak makan macam mana nak sihat?"

"hm" itu sahaja balasan dari Tengku Ayaaz.

"Abang cakap je nak makan apa,Naura akan turut semua permintaan abang"
senyum lebar dari bibir delima Naura membuatkan Tengku Ayaaz merenung kearah bibir gadis itu lama.

Naura yang perasan akan renungan suaminya itu membuatkannya tersenyum nakal.

"Abang nak Naura kiss kan?" tanya Naura sambil tersengih.

Dia naik menindih tubuh suaminya.
Membuatkan lelaki itu tergamam.Naura
merapatkan wajah mereka sehingga dia dapat rasakan degupan jantung suaminya berdegup kencang.Wajah merah Tengku Ayaaz di renung lama berserta dengan senyuman nakalnya.

Gembira dia dapat mengusik pakcik ais batu dia tu.Mereka seperti tertukar, selalunya Tengku Ayaaz yang nakal serta suka mengusik tetapi kali ini Naura pula yang terlebih nakal.

Naura melabuhkan ciuman dibibir pucat Tengku Ayaaz lama.Merah padam telinga dan seluruh muka Tengku Ayaaz dibuatnya.

__________________

"flower"

"flower..."

"flowerrr...."

Puas memanggil,Tengku Ayaaz membuka mata dan menoleh di sebelahnya.Tiada Naura,kemana pula perginya isterinya itu.Jam telefon dilihat.
Masih pukul dua pagi.Tengku Ayaaz gagahkan juga untuk bangun mencari Naura walaupun tubuh terasa lemah.Dia
masih demam.Suhu pun masih sama dengan awalnya.Sudah hampir seminggu dia asyik terbaring sahaja diatas katil.Nak buat apa-apa pun tak boleh.Susah la macam ni.Orang lain yang mengandung orang lain yang kena hadap alahan.Nak makan tak lalu.Ulang ke bilik air saja sebab loya di tekak.Tapi bila nak di muntahkan tak keluar pun.

𝔾𝕒𝕕𝕚𝕤 𝔹𝕦𝕟𝕘𝕒 (ℂ)Where stories live. Discover now