"Zahra." Tengku Ahnaf cuba sekali lagi memanggil isterinya namun sama seperti tadi. Tiada reaksi.

"Nur Zahra Delisha."

Zahra terus tersedar apabila terdengar nama penuhnya disebut oleh Tengku Ahnaf sehingga terlepas cakap perkara yang sedang dia fikirkan.

"Sayang!"

Zahra terus menekup kuat mulutnya. Leher Zahra bergerak menandakan dia sedang menelan air liur.

"Sayang?" Tengku Ahnaf mengulang kembali perkataan itu. Matanya mengecil ketika melihat raut wajah Zahra kemerahan sedikit.

Bibirnya mula menguntum senyuman. Dia seakan dapat tangkap apa yang bermain di dalam fikiran Zahra.

Zahra terus bermain dengan jari-jemarinya sendiri. Sedikitpun tidak memanggung kepala memandang Tengku Ahnaf. Dia cuba mencari helah dari bertembung mata dengan suaminya itu.

"Jari saya ada sepuluh. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10. Hah cukup," kata Zahra sambil membelek jarinya.

"Nak saya panggil sayang setiap hari pun boleh tapi risau isteri saya ni nanti asyik jadi patung je sebab terkejut."

Zahra mencuri-curi pandang Tengku Ahnaf yang sedang memerhatikan dia itu.

"Boleh ke? Hari tu saya tengok tv. Ada satu cerita ni, dia panggil isteri dia sayang. Rasa macam comel pula panggil macam tu." beritahu Zahra perlahan sambil jarinya bermain dengan sejadah.

Semenjak duduk dengan Tengku Ahnaf, barulah dia dapat peluang untuk menonton televisyen. Banyak juga drama yang dia tonton.

"Untuk awak semua boleh Zahra. Cakap saja awak nak apa, saya tunaikan. Nak saya panggil sayang? Sekarang juga saya tukar untuk awak," balas Tengku Ahnaf dengan bersahaja.

Zahra sudah tersenyum sendiri. Matanya terkebil-kebil memandang Tengku Ahnaf.

"Betul eh? Jangan cakap dengan orang saya yang minta tau," ujar Zahra dengan wajah yang polos.

"Ya lah. Jom bangun sayang, kita kena ambil wudhu lagi untuk solat Isyak."

Zahra menekup wajahnya dengan telekung ketika panggilan sayang keluar lagi dari mulut Tengku Ahnaf.

"Arghhhh!" Zahra terjerit kecil. Dia kembali memandang Tengku Ahnaf kemudian dia kembali menjerit kecil dengan wajah yang tampak seronok kerana dipanggil sayang.

"Comel comel, saya suka. Saya blushing hehehe," tutur Zahra dengan jujur.

Sedikitpun dia tidak menyembunyikan perasaan terujanya dari Tengku Ahnaf.

Tengku Ahnaf menggeleng kecil sambil tersenyum tipis. Kadang isterinya ini macam budak-budak.

"Eh tapi sebelum tu, pahala kedua apa?" Zahra menahan tangan Tengku Ahnaf yang mahu berdiri itu.

"Oh. Ingatkan dah lupa pasal tu," tutur Tengku Ahnaf seraya tersenyum senget. Dia kembali duduk betul-betul berhadapan dengan Zahra.

"Pahala yang kedua adalah kesungguhan untuk belajar Al-Quran. Kalau kita bersungguh-sungguh belajar walaupun tak lancar, Allah tetap bagi pahala. Senang kan?"

"Jadi, jangan pernah rasa malu untuk belajar walaupun baru nak kenal huruf. Teruskan usaha. Saya akan bantu awak sampai awak boleh baca Al-Quran sendiri sebab sebagai umat islam, wajib untuk kita belajar Al-Quran." terang Tengku Ahnaf dengan lembut.

Zahra mengangguk faham mendengar penerangan Tengku Ahnaf. Dia mula rasa semangat balik untuk belajar mengaji.

"Baik! Setiap malam tau kita belajar mengaji ya awak. Nanti saya boleh baca Al-Quran dengan lancar sama macam awak," tutur Zahra sambil menggoyangkan lengan suaminya.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now