"Gelojoh juga lelaki mata hijau ni." Adam memerli Evren.

"Kau tak ada isteri baik kau diam." Evren senyum mengejek.

"Siapa cakap aku tak ada isteri? Aku nak kahwin tak lama lagi dengan Rara aku." Adam Rafael pandang Rareesa. Rareesa tersipu malu. Bukan main eh.

"Wah, baguslah tu. Semua nak kahwin. Aku siapa yang nak?" Darwisy pula bersuara.

"Kau? Apa kata kau mengurat perempuan yang suka dekat kau waktu universiti dulu. Aku tahu kau masih stalk dia kan?" Adam memecahkan rahsia Darwisy itu. Mata Darwisy sudah membulat besar. Rahsianya sudah diketahui semua. Habislah.

"Abang Darwisy dah ada gegirl ke? Eshal tak tahu pun. Bagitahu mama."

"Semua salah kau Adam. Kau tak payah lah nak bagitahu yang aku usya dia dekat semua orang." Darwisy sudah pasrah.

"Raid?" Raid Nadhif mengangkat keningnya apabila namanya diseru oleh Adam Rafael.

"Tak minat nak kenal mana-mana wanita buat masa sekarang ni. Aku cuma nak menikmati saat-saat aku bujang."

Aku baru tahu yang Raid Nadhif merupakan seorang yang dingin juga. Jarang bercakap. Bercakap dengan orang tertentu saja. Kami sudah biasa dengan lelaki kacukan ini. Memang lelaki kacukan Turki spesis suami aku juga ke? Beku semacam kalau bergaul dengan orang lain tapi kalau orang terdekat okay je.

Elzin Hakim masih mendiamkan diri dari tadi. Bicara soal pasangan hidup mungkin dia agak sensitif kerana dia pernah ditipu wanita kaki kikis sebelum ini. Semua orang tahu. Jadi, mereka tidak berani untuk bertanya padanya.

"Eshal, Darwisy. Terima kasih juga, sebab jadi rumah aku. Ganti tempat abang Ayden untuk sementara tapi tak boleh kalahkan abang Ayden aku," perliku di hujung ayat.

"Tak apa, kita kena hormat orang yang dah nak jadi mak ni. Lepas ni, kau ada anak aku buli anak kau cukup-cukup." Darwisy menjelirkan lidahnya ke arahku. Rasa menyesal cakap terima kasih dengan lelaki ini tadi.

"Cadangan yang bagus. Eshal pun dah penat kena buli dengan dia ni." Eshal mengadu.

"Kalau kau nak buli anak dia kau ajak la aku sekali nanti Eshal. Tak syok kalau kau je yang buli anak dia nanti. Mak dia terlalu kejam dengan kita." Maeza pula berkata dengan sayu. Drama!

Evren dan aku hanya geleng kepala. Kesian anak aku nanti. Belum apa-apa dah ada orang nak buli dia. Maafkan mummy ya sayang. Mereka yang lain hanya senyum. Abang Ayden berdehem. Semua mata tertumpu ke arahnya.

"Dik, abang nak bagitahu sesuatu." Keadaan yang bising dengan gurauan mereka tadi mula senyap. Wajah abang Ayden aku tatap. Sebuah kunci diberikan kepadaku.

"Kunci apa ni abang?"

"Itu adalah jawapan untuk apa yang dalang cari."

"Maksud abang?"

"Papa," panggil abang Ayden. Papa berdehem sebelum membuka bicaranya.

"Segala rahsia Azka Empire ada pada kunci itu." Aku mula pening.

"Apa kaitan syarikat papa dengan dalang?"

"Dulu papa ada kawan rapat yang sama-sama jalankan perniagaan automotif. Papa pernah cipta satu helmet yang berteknologi canggih yang belum pernah orang cipta sebelum ini. Kawan papa berkeras untuk papa lancarkan produk papa yang satu itu tapi papa tolak. Dan papa tak tahu macam mana hal ini boleh tersebar menyebabkan orang-orang mula mencari papa untuk membeli helmet tersebut. Dan papa pelik apabila tiba-tiba datang seorang wanita menangis. Dia cakap yang dia perlukan orang untuk jadi ayah kepada anaknya. Dan papa yang tawarkan diri papa untuk jadi suami dan juga ayah kepada anak dalam kandungan wanita itu."

"Yang lagi parah adalah apabila papa tahu dalang sebalik semua ini adalah kawan papa sendiri. Ingatkan selepas dia meninggal kes ini akan selesai. Sangkaan papa meleset. Anak tiri dia cari papa untuk beli helmet itu. Papa tetap tolak. Dan papa tak sangka dia dah bagi luka dan trauma yang sangat dalam dekat anak papa. Papa pindah ke Indonesia sebab tak nak Arsya makin benci dekat papa. Papa cuma nak lindungi anak papa. Maruah bunda juga papa perlu jaga."

"The worst part is when he come again and again. Dia pukul anak papa. Untuk kali kedua dia lebih berhati-hati dan lebih licik dari sebelum ini. Papa tak dapat cari maklumat dia. Mujur ada Kimi. Dia yang banyak tolong papa. Dia cakap dekat papa yang dia akan jaga Sya. Sebab itu, papa tak nak masuk campur langsung hal abang Ayden lagi sebab papa tahu Kimi boleh jaga Sya. Dan untuk perkahwinan Sya dan Kimi memang papa yang ugut dia tapi papa tahu yang Kimi memang ada niat untuk halalkan Sya tapi papa desak Kimi supaya keselamatan Sya lebih terjamin. Dan papa ugut dia lagi dan lagi. Kalau dia tak nak terima tawaran papa, papa akan bagitahu yang dia pernah terlanggar Sya malam kejadian Sya keluar rumah."

Evren pernah ceritakan segalanya padaku selepas aku lari dari rumah malam itu. Aku faham. Situasi sebenar terlalu rumit. Segala teka-teki aku sudah tahu. Aku mengerti. Setiap hal yang dilihat buruk mahupun jahat sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang membawa kepada sejuta kebaikan. Terima kasih papa.

Aku meluru ke arah papa lalu aku peluk kemas dan erat. Sampai begitu sekali papa menjaga aku. Cinta dan sayangnya papa pada aku sangat besar. Benarlah apa yang orang kata yang cinta anak perempuan adalah ayahnya. Aku bertuah memiliki ayah seperti dia.

"Papa tak tahu macam mana dia boleh tahu yang anak papa terlibat dengan geng motor di Bandung. Dia menyamar di sebalik nama itu." Aku angguk mengerti. Tahu lah nanti nasib lelaki itu.

Semua mengangguk. Mereka semua tahu namun hanya aku yang tidak tahu satu pun rahsia di sebalik semua ini. Ada baiknya mereka membiarkan aku mencari sendiri kerana dulu aku tidak pernah mendengar penjelasan daripada mereka. Degil dan keras kepala bak kata
abang Ayden. Seharusnya aku bersyukur jalan buntu selama ini ada jalan keluarnya dan bahagian-bahagian dari puzzle sudah bercantum dari bahagian kecil yang aku cari dulu.

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now