Bab 49

37 2 0
                                    

Selesai makan malam, kami berkumpul di satu bilik. Kami masih menginap di markas rahsia Hawk. Markas ini lengkap dengan segala keperluan seperti di villa papa. Papa turut berkumpul bersama dengan kami dalam bilik ini.

"Terima kasih Raid, Adam sebab dah jujur dan tolong aku selesaikan teka-teki ini," ucapku. Mereka senyum.

"Memang tugas kami dari awal Sya. Kalau kau nak tahu, semua ini rancangan suami kau. Cuma, dia tersilap langkah sikit." Adam membuka cerita.

"Yup, ni semua idea dia. Dia nak kau sendiri yang selesaikan hal ini dari awal. Dia nak kau lawan trauma kau dan dia nak kau sendiri yang hapuskan pengkhianat tu." Raid Nadhif pula bersuara.

"Alasan aku tak bagitahu kau dari awal sedangkan aku tahu segalanya sebab lelaki mata hijau ni. Perakam suara yang kau letakkan dalam bilik Ayden dulu dia yang ambil. Dia cakap, dia tak nak kau tahu terlalu awal siapa dalang di sebalik semua ini. Dia tunggu Ayden. Sebab dia tak nak kau terus serang dalang tanpa menyusun strategi terlebih dahulu. Dia lebih kenal wanita dia seperti apa, jadi kami hanya mengikuti setiap arahan daripada dia. Lagipun dia kan co-leader. Tiada siapa yang dapat bantah arahan dia," sambung Raid Nadhif lagi.

"Malam abang kena pukul dengan dalang, abang sempat mesej Ren tapi dia terlambat datang sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Abang letak nama dia co-leader dalam kenalan abang. Mesej yang abang dapat malam itu adalah 'kalau tak nak bagi takhta Hawk dekat aku adik kau akan musnah kali ini. Aku rindu nak belai adik kesayangan kau.'" Wajah abang Ayden sayu. Mengingati hal itu dia jadi sedih. Aku menghampiri dia.

"Abang, adik okay je kan. Dia tak dapat nak apa-apakan adik. Adik bukan gadis kecil enam tahun yang lepas. Macam yang suami adik cakap I am stronger than I know. Tengok, adik dah buktikan yang adik boleh. Adik dapat selamatkan semua orang abang. Adik dah suruh orang tangkap pengkhianat tu. Abang tak perlu risau lagi." Mata milik Evren terus-terusan memandang aku. Aku naik segan. Dia adalah semangat aku.

"Hakim, terima kasih tau sebab sudi jadi bayang-bayang aku selama along kau tak ada. Kau dah tunaikan tanggungjawab kau sebagai adik ipar yang baik."

"No hal lah kakak ipar." Hakim mengangkat ibu jarinya.

"Papa, Sya tahu. Papa pernah menentang sekeras-kerasnya anak perempuan papa ni untuk teruskan misi dalam hal ni. Sya dah buktikan yang anak papa yang seorang ni bukan anak kecil seperti dulu. Yang hanya tahu menangis dan lari daripada masalah. Papa dah buat yang terbaik untuk kita. Sya tahu papa risaukan Sya dulu. Sya janji Sya takkan lawan cakap papa macam dulu dah. Sya nak jadi anak yang baik." Janjiku pula pada papa. Papa angguk.

"Ez, Reesa. Terima kasih juga. Sebab tak pernah mengeluh dengar segala keluhan daripada mulut aku." Mereka berdua meluru ke arahku. Kami berpelukan untuk seketika.

Rareesa sudah semakin pulih. Hati dipagut pilu apabila Rareesa yang sanggup berkorban dengan aku. Selama ini dia tahu yang lelaki itu adalah pengkhianat. Dia juga ditegah oleh Evren kerana suami aku mahu aku sendiri yang menyelesaikan masalah ini sendiri.

Aku mengerti. Suami aku sangat mengenali aku kerana aku tidak suka orang lain melihat aku sebagai seorang yang lemah. Dia memberi ruang untuk aku merasa setiap hal yang terjadi bukan saja-saja tapi ada sebab. Aku selalu menyalahkan takdir aku dulu tapi sekarang aku tahu semua orang di sekeliling aku sangat menyayangi aku. Mereka melindungi aku dalam diam. Aku sangat bersyukur kerana memiliki mereka.

"Abang, terima kasih sebab buat semua ini untuk Sya. Sya tak tahu nak balas macam mana lagi sebab abang terlalu baik dengan Sya."

"Abang tak baik canim. Abang yang patut bersyukur sebab ada isteri yang kuat macam canim. Abang tak minta apa-apa balasan untuk semua ini. Cukup Sya mengandungkan anak-anak abang nanti dah buat abang happy." Ayatnya di hujung itu mengundang senyum nakal di bibir masing-masing. Aku memukul bahunya lembut. Sempat pula dia bercakap tentang ini di depan semua orang. Malu tahu tak!

EVE [COMPLETE]Where stories live. Discover now