" Cantiknyaaa" kata Fahrin selepas melihat satu gaun kanak-kanak berwarna pink.

" Beli la Encik, mesti anak Encik nampak cantik pakai tu" kata salah seorang pekerja perempuan disitu.

" A a anak? " Soal Fahrin.

" Ye anak Encik " jawab pekerja itu.

" Dyna... ! " Fahrin berlari sambil memanggil nama Dyna. Dia juga mencebikkan mulutnya.

" Kau kenapa? " Soal Dyna tidak mengerti dengan apa yang terjadi kepada Fahrin.

" Tadi aku ada tengok satu dress tu, lepastu akak tu kata beli la untuk anak aku.. tapi aku takda anak.. dah la single.. muka aku nampak macam bapak orang ke? " Fahrin mengadu kepada Dyna. Dyna terus ketawa selepas mendengar penjelasan Fahrin.

" Hahaha.. dia tersilap tu..selalunya orang yang datang sini mungkin dalam kalangan yang sudah berkeluarga.. muka kau muda lagi la.. hensem lagi.." kata Dyna. Dia cuba untuk menenangkan Fahrin.

" Hmm.. kalau aku nampak tua kau jujur aje laa" kata Fahrin nadanya seperti mahu menangis.

" Tak.. muda lagi... Hensem, kacak dan bergaya lagi. Serious tak tipu." Kata Dyna, lembut.

" Ye eh? Jum laa teman aku pergi tengok baju tu.. cantikk" kata Fahrin sambil menarik lengan Dyna. Dyna tidak mampu membantah, dia mengikuti sahaja langkah Fahrin.

" Macam mana Encik? Nak beli ke? " Soal pekerja itu lagi selepas melihat kelibat Dyna dan Fahrin datang menghampiri baju itu.

" Tengok tu Dyna... Aku nampak tua ke??" Sekali lagi Fahrin mengadu kepada Dyna.

" Errr sorry eh akak.. dia tak berkahwin lagi... Kitorang cari baju untuk anak boss kitorang. Dalam umur 5 tahun macam tu" lembut Dyna menerangkan kepada pekerja itu.

" Ouhh maafkan saya... baju ni memang sesuai untuk budak umur 5 hingga 6 tahun. Kalau kurang memuaskan saya boleh tunjuk lagi baju yang lain" kata pekerja itu.

" Kau nak baju ni ke?" Soal Dyna kepada Fahrin. Fahrin hanya menganggukkan kepalanya.

" Haa saya nak ambil baju ni laa.. lepastu mainan apa yang sesuai untuk budak 5 tahun eh? " Soal Dyna lagi.

" Saya boleh cadangkan mainan play doh. Dia ada banyak jenis, ada yang kitchen ada yang ice cream maker. Bolehla budak-budak reka apa yang dia nak. Orang dewasa pun boleh main sekali. " Ujar pekerja itu dengan lembutnya.

" Baiklah, saya nak play doh yang ice cream maker juga" kata Dyna.

" Baik.. " kata pekerja itu sebelum dia berlalu pergi sambil membawa gaun dan mainan yang dipilih Dyna.

" Wehhh ! " Jerit Rezza sambil berlari ke arah Dyna dan Fahrin.

" Apa? " Soal Fahrin.

" Cantik kan? " Soal Rezza sambil menunjukkan satu mainan memancing ikan.

" Kau ni takde taste laa" kata Fahrin, jujur.

" Kenapa? " Soal Rezza tidak faham.

" Kita cari barang untuk budak perempuan. Kau nak beli pancing ikan dengan ikan mainan ni? " Soal Dyna.

" Comell la ikan ni.." kata Rezza.

" Yee memang comel tapi budak tu baru 5 tahun. Selalunya budak macam tu imaginasi dia tinggi. Cari la barang yang kena dengan budak macam tu. Ini bukan salah satunya. Ini kau beli untuk diri kau boleh la.." terang Dyna.

" Ouhh lepastu aku nak beli apa? " Soal Rezza bagi meminta pendapat Dyna.

" Beli la baju ke beg ke.." jawab Dyna.

" Kalau mainan boleh? " Soal Rezza lagi.

" Boleh.. tapi mainan yang ada sifat keperempuanan." Kata Dyna.

" Mainan makeup boleh? "

" Boleh.." balas Dyna.

" Okeyy.. aku pergi ambil, korang pergi la tunggu dekat kaunter dulu kejap lagi aku pergi" kata Rezza dia terus berlalu untuk mencari mainan tersebut.

Selepas mendapatkan barang yang diinginkan, Rezza terus pergi ke kaunter untuk membayar. Dia membawa mainan makeup dan mainan memancing di tangannya.

" Kau beli juga pancing tu? " Soal Dyna.

" Yee.. aku nak main" jawab Rezza, jujur.

" Jangan lupa ajak aku tauu" bisik Fahrin kepada Rezza. Rezza mengangguk.

Mereka pun membayar barang-barang yang sudah dipilih.












                       Pada malam dihari yang sama, ejen-ejen dari SPAJR pergi ke rumah Tuan Suhaimi untuk menyambut hari lahir anak bongsunya. Dyna juga pergi ke sana. Dia sebenarnya tidak mahu datang, tetapi Rezza dan Fahrin telah memujuknya untuk turut serta sekali.

Pelbagai makanan telah disediakan.Mereka semua berseronok di malam itu kecuali Dyna. Dia hanya mampu menayangkan senyuman yang palsu. Jika diingatkan balik, rumah itu merupakan rumah pembunuh tunangnya. Tetapi, dia tetap menyambut majlis itu seperti biasa. Dia hanya mempunyai dendam dengan Tuan Suhaimi bukan keluarganya.

" Darwish, Ayie, aku nak cakap dengan korang sikit boleh? " Soal Dyna kepada Darwish dan Ayie yang sedang tidak melakukan apa-apa.

" Boleh " kata Darwish dan Ayie. Mereka pun terus mengikuti langkah Dyna.

" Kenapa tu? " Soal Ayie, lembut.

" Errr susah nak cakap" kata Dyna.

" Susah ? Cakap aje laa" kata Darwish juga dengan nada yang lembut.

" Macam ni.. aku cuma nak minta tolong.." kata Dyna. Darwish dan Ayie masih menunggu Dyna menyambung ayatnya.

" Walau apa pun yang terjadi, tolong aku tamatkan misi boleh kan? Korang aje aku boleh harapkan. Lepastu tolong jaga teammates kita yang lain. Pastikan misi ni berjaya walau apa pun yang terjadi. Boleh? " Soal Dyna, lembut.

" Kenapa tetiba aje? " Soal Ayie, dia pelik.

" Korang dua aje yang normal. Yang lain semua tak serious. Ada aje hal pelik yang diorang buat." Jawab Dyna. Kata-kata dia benar, didalam team Dyna, hanya Dyna,Darwish dan Ayie sahaja yang selalu serious dalam melakukan kerja.

" Faham.. don't worry la.. kita akan tamatkan misi ni sama-sama. Aku akan pastikan kita berjaya. Macam yang kau kata, selagi kita bekerjasama mesti kita akan berjaya. " Kata Darwish sambil tersenyum.

" Betul ! Kau jangan risau.. kita akan bantu satu sama lain. " Kata Ayie pula.

Dyna terus menayangkan senyuman. Dia berharap misi mereka kalini dapat dijayakan dengan selamat dan jayanya.








Happy-happy dulu, sedih-sedih kemudian
🙊🙊

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now