Zayn masih tidak ingin berhenti meluahkan perasaannya. "Aku.."

"Kerana kau bukan Ryan Haikal."

Mata Zayn berubah layu bila ayatnya dipotong laju. Riaknya berubah.

"Itu kan.. pengakuan yang kau nak dengar?"

Elfira menyorokkan tangannya yang mula menggeletar. Dia mula menyoal adakah tindakan ini bijak atau tidak.

"Kau.. bukan dia. Dia.. tak akan pernah menjadi orang lain, dia tetap Ryan Haikal yang aku kenal selama 10 tahun. Apa pun perasaan aku kepada dia, kau.. bahkan dia tak perlu tahu tentang itu."

Elfira menjaga ketat hatinya yang entah milik siapa, membuatkan semua orang keliru.

Sebaiknya, biarlah hanya dia yang tahu.

"I wish I could be him, Ra! Sepatutnya aku, bukan dia! Kau tak boleh bersama dengan orang lain selain aku, aku boleh hancurkan dia!!"

Bbuk!

"Itu untuk adik aku."

Fahrie Fayyad bertutur dengan tenang, bersama tatapan yang mampu membunuh orang. Satu tumbukan mendarat di rahang Zayn.

"Dan ini untuk semua tipu helah kau."

"Fahrie!" Jannah menjerit tertahan saat lelaki itu menghantam perut Zayn.

Zayn terhuyung ke belakang, tangannya tadi memegang rahang, automatik berpindah ke perut.

"ZAYN!"

Elfira masih kaku saat Syiraz berlari melindungi Zayn.

"Apa yang terjadi?!"

Syiraz menjerit sederhana. Dia memandang mereka bertiga bergilir-gilir.

Fahrie mengepal penumbuk di sisi tubuh. Masih tidak puas melampiaskan segala kemarahan kepada Zayn.

"Tepi."

Arahan Fahrie membuat semua orang membeku.

"Aku kata tepi!"

Syiraz ditolak menjauh sebelum satu lagi penumbuk jatuh pada rahang Zayn. Bibir lelaki itu pecah sedikit.

"Sudah,"

Elfira dan Jannah memandang Syiraz. Lelaki itu memohon, dengan tangan penuh bergetar.

"Bonda Zayn.. perlukan dia.." bisik Syiraz saat pandangannya bertukar dengan Elfira. Gadis itu mengemam bibir.

Bab 28: Hancur

"Bonda! Bonda!" Zayn menerobos masuk ke bilik itu sesudah mendapati sang ibu sedar.

Bonda tersenyum. Manis.

"Bonda..." Zayn mendakap erat tubuh yang terlantar di atas katil itu. Segala penjelasan yang diberikan oleh doktor dicerna dengan baik sebelum masuk.

Zayn menghela nafas berat, syukur pelukannya masih boleh disambung oleh sang ibu.

"Apa yang Bonda lakukan ni?" Zayn melepaskan pelukan itu, mata mencerlung wajah lembut Syurganya. "Kenapa tak beritahu sepatah pun tentang penyakit Bonda kepada Ez?"

Bonda dilanda perasaan gementar. Dia menyentuh pergelangan tangan anak lelakinya. "Bonda takut kamu risau.."

"Malah Ez lebih risau jika Bonda tak beritahu sepatah perkataan pun," Zayn hembus nafas panjang. "Ez tahu Ez tak penting.."

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now