26. Hukuman

31 3 3
                                    

"It's not the stab in the back that kills you, it's when you turn around and see who is holding the knife."

Elfira tersentak kecil. Dia memandang sekeliling sebelum mata mendarat pada Zayn. Malam ini ialah malam yang paling sunyi.

Mungkin kerana hati Elfira terasa berat akan sesuatu, fikirannya penuh dengan perasaan yang bercampur-baur.

"The saddest thing about betrayal is that it never comes from your enemies."

Elfira menghembus nafas lelah sebelum bertutur. "Biarlah semua itu berlalu. Aku reda."

"Tapi, Ayuni.."

"Biar aku yang selesaikan masalah aku dengan dia." Pintanya, seperti rayuan. "Tolong jangan seksa dia lagi. Ini hanya antara aku dan dia."

"Kenapa kau macam ni?" Zayn mara, menatapnya penuh geram. "Dia itu kawan kau, tapi end up dia yang khianat kau!"

Elfira menggeleng.

"Kau ego dengan diri sendiri, Ra!"

"Yes I am!" Elfira mengepal buku lima. "Setiap kali aku mempercayai dia, aku akhirnya dikhianati. Setiap kali aku sentiasa ada untuk dia at her lowest, I end up alone at my lowest! Setiap kali aku terlalu mengambil berat tentang dia.. dia tak pernah mengambil berat tentang aku. Adakah semua ini masih salah aku?"

Zayn terkedu.

Elfira menggigit bibir dalam. Lancar keluar apa yang ada di fikirannya. Dia meraup wajah kasar.

"Sudahlah, pergilah pulang." Gadis itu memohon. Dia ingin bersendirian. Dalam hati, berharap agar Fahrie datang secepat mungkin untuk menjemputnya.

Ikutkan hati, perasaan malas mula singgah untuk masuk tuisyen malam. Dia penat.

Zayn hanya kaku di situ. Mereka sama-sama bungkam.

"Sudahlah, aku penat." Rayu suara kecil itu. "Aku sungguh penat dengan semua ini. Kenapa kau datang sini, Zayn? Aku dah kalah dalam pertarungan kita, kita dah tak ada apa-apa.."

"Kata siapa?"

Elfira mencengkam baju sendiri untuk menghilangkan rasa takut dan gementar.

"Zayn.."

"Masih ada yang belum lunas. Keluarga kau."

"Aku give up."

Zayn ketawa, renyah. "Secepat itu?"

"Ra, apapun yang berlaku.. kau tak boleh semudah itu untuk give up."

Kali ini, Zayn yang menawarkan diri untuk menyemangati gadis itu. Entahlah, apa yang dilihatnya, sungguh rapuh.

"Apa lagi?!" Nada Elfira meninggi. "Bahkan mereka pun tak tahu keberadaan aku, tak tahu yang mereka ni buang anak mereka! Aku ini.. anak malang! Anak tak berguna! Kenapa lagi aku tawarkan diri untuk bebankan mereka, huh?"

Elfira menelan ludah. "Aku penat, sangat! Memang aku perlu terima yang aku ni dibuang! Kenapa lagi aku nak undurkan masa, cari mereka? End up, mereka pun tak nak terima aku!"

Zayn menatap sosok itu. Kini, Elfira terlihat sangat terbuka dan rapuh, seakan-akan segala sisi bahagianya hilang sekelip mata.

Tetapi Zayn hanya merasakan satu perkara, kemenangan kecil.

Pada akhirnya, dia menang kerana dapat mendengar luahan gadis itu. Itulah matlamat yang ingin dicapai. Tetapi, dia masih tidak puas hati.

Sepasang mata indah itu menyimpan seribu satu rahsia yang dia tidak dapat terokai. Malah, gadis itu masih tidak ingin menangis, meskipun air matanya mula bertakung di pelupuk.

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now