01 : Balik Kampung

11.4K 70 1
                                    



"Bang, jangan lupa cuti sekolah nanti kita balik kampung ye, mak abah buat kenduri sikit" aku ingatkan suamiku tentang perancangan kami minggu lepas.


"Ye yang, abang ingat, memang kita balik sana pun" jawab suamiku sengih. "Adik-adik awak balik semua ke?"


"A'aa, semua pakat balik, lagi pun cuti sekolah, kan ke kita semua cuti"


"OK la macam tu, nanti ajak la diorang stay lama sikit kat kampung tu, cuti sekolah kan ke seminggu"


"Plan nya macam tu la bang, dah lama kami tak berkumpul adik beradik" balasku gembira membayangkan adik-adikku semua balik bersama pasangan dan keluarga masing-masing.


Sebagai anak sulung, aku berjaya memujuk semua adikku agar pulang ke kampung cuti sekolah yang akan bermula minggu depan, 14 Mac hingga 21 Mac. Kenduri dirancang akan dibuat pada 15 Mac, hari Ahad. Jadi kami semua akan bergerak balik pada Sabtu 14 Mac itu. Sebagai guru, aku dan suami tidak sukar merancang perjalanan kerana cuti sama. Begitu juga adik aku nombor dua, seorang guru Kolej Tingkatan Enam manakala isterinya guru sekolah menengah, juga berkongsi tarikh cuti yang sama. Adik ketiga ku juga seorang pendidik, yang mengajar Tadika Kemas, dan suaminya seorang guru sekolah menengah. Adik bongsuku pula baru sahaja melangsungkan perkahwinannya pada Disember tahun lepas juga seorang guru sekolah rendah, namun dia tidak berjodoh dengan guru, sebaliknya dengan Pegawai Polis berpangkat Inspektor di Kuala Lumpur.


Kali terakhir kami adik beradik dapat bersama adalah ketika raya puasa dua tahun lepas, jadi kerinduan kami adik beradik amat tebal. Pasti banyak benda yang nak diperbualkan nanti. Aku menghitung hari dek kerana tidak sabarnya untuk bersama mereka dan bertemu mak ayahku yang tidak putus-putus bertanyakan khabar cucu sulung mereka ini. Aku faham, faktor jarak dan masa menjadi kekangan untuk kami bersama semuanya. Walaupun anak menantu emak semuanya dalam bidang pendidikan, namun kesibukan urusan luar membataskan kami untuk balik selalu. Aku dan suami tinggal di Ipoh, Amirul Afif adik kedua ku pula di Shah Alam, Nabila pun bertugas di Pontian, dia mengikut suaminya yang bertugas di situ. Hanya adik bongsuku, Zalia sahaja yang duduk bersama mak ayahku di kampung kerana dia dapat posting berhampiran yang membolehkan dia berulang alik. Kami adik beradik bersyukur kerana dia dapat bersama mak ayah, sekurang-kurangnya ada juga peneman, namun apa yang mendukacitakan, suaminya masih bertugas di Kuala Lumpur. Urusan pertukaran suaminya dibekukan buat sementara waktu kerana isu Corona Virus yang melanda dunia sejak awal Disember tahun lepas.


Kami empat beradik memang rapat sejak kecil hinggalah kini. Sebagai anak sulung, dan kakak kepada mereka, aku disayangi dan menjadi tempat mengadu. Adikku Amirul begitu mesra denganku, dan kadang-kala kemesraan yang ditunjukkan itu lebih daripada adik dan kakak. Mungkin kerana umur kami rapat, hanya beza setahun. Setahun selepas aku dilahirkan, ibuku melahirkan pun Amirul. Nabila pun dilahirkan setahun selepas Amirul, cuma Zalia sahaja yang agak jauh beza umur dengan Nabila, maka disebabkan itu dia agak manja dan mengada-ngada. Tapi kami semua saling sayang antara satu sama lain walaupun kami semua sudah berumahtangga dan memiliki keluarga sendiri.


************ticersham@gmail.com*************


"Assalamualaikum......mak......ayah......" jeritku memberi salam apabila sampai ke halaman rumah. Kami selamat tiba Asar itu, dan masih tidak kelihatan kereta adik-adikku yang lain. Nampaknya aku orang pertama yang sampai.

PKPWhere stories live. Discover now