B A B 1 0

2.5K 181 12
                                    

"Cintaku sampai menutup mata."

Bunga Anggerik Nathalia memijak-mijak kaki sang suami agar ia bangun dari tidur. Ia melihat pakaian yang di pakai oleh sang suami  sahaja dia sudah tahu bahawa jejaka muda ini baru sahaja pulang dari menoreh getah. Bau busuk susu getah memenuhi segenap ruang itu membuatkan dia mual dan loya. Busuk sangat dan ia tidak tahan langsung dengan bau itu.

Dia menutup hidungnya. Tidak tahan akan bau busuk dari susu getah yang melekat di badan suaminya.

"Wei, bangunlah!" jerit Bunga Anggerik Nathalia geram.

Barulah perlahan-lahan Shazrin Ammar membuka kedua kelopak matanya sekaligus menarik sebuah senyuman kecil kepada sang isteri yang terbias di ruang mata.

"Hantar aku pergi klinik. Hari ini dah cukup tiga bulan, budak dalam perut aku ni." Kata Anggerik selamba.

Shazrin Ammar mengukir senyum lalu mengangguk faham. Dia bangun dari pembaringan lalu menatap sang isteri dengan penuh kasih sayang.

"Anggerik kesayangan saya, awak tak penat ke asyik marah-marah? cuba cakap lembut sikit. Belajar hormatkan suami awak ni boleh? walaupun, saya tahu awak
takkan pernah hormatkan saya. Tapi, sekurang-kurangnya awak cuba untuk pupuk rasa hormat itu dekat saya." Kata Shazrin Ammar pula dengan nada yang lembut.

Bunga Anggerik Nathalia mencebik ketika mendengar kata-kata daripada suaminya.
Dia memeluk tubuh lalu membalas tatapan sang suami dengan penuh jijik.

"Kau buat lawak apa ni Shazrin? kau siapa nak tegur aku ha? oh, aku lupa lah, kau kan suami aku. Suami aku yang dayus! ops, terhina pula. Sorry, sengaja. Aku takkan pernah hormatkan kau sebagai seorang suami. Sebab dari awal, aku memang tak inginkan perkahwinan ni. Tapi, baba yang paksa aku. Yelah, aku dah mengandungkan budak sial dalam perut aku ni!" jawab Anggerik pula dengan selamba.

Semua yang berlaku dalam hidupnya adalah di sebabkan bayi yang berada dalam kandungannya ini. Dia benci hidupnya yang sekarang. Kerana kandungan ini, dia tidak bisa meneruskan cita-citanya!

"Kau ingat, aku kisah sangat ke tentang maruah keluarga aku? eh Shazrin Ammar, untuk pengetahuan kau. Aku langsung tak peduli lah! sebab budak tak guna ni, aku terpaksa kuburkan cita-cita aku! kalau ikutkan hati aku. Aku nak je gugurkan budak ni lah!" kata Bunga Anggerik Nathalia dengan suara yang meninggi.

Dia sedang menyatakan fakta. Semua ini kerana, Alexander Rayyan. Kekasih hatinya semasa dia berada di luar negara dulu. Dia terpedaya dengan janji manis seorang lelaki. Lelaki itu berjanji akan bertanggungjawab andai ia hamil. Namun, janji hanya janji dan dia hilang tanpa jejak.

Dia benci Alexander Rayyan. Dia bersumpah agar lelaki itu tidak akan pernah bahagia sampai bila-bila!

"Anggerik, cuba bawa mengucap. Awak tahu tak, sifat marah datangnya daripada syaitan. Saya tak nak awak terbawa-bawa hasutan iblis hingga sanggup keluarkan kata-kata seperti tadi. Anggerik, isteri saya yang paling saya sayang, anak dalam kandungan awak tu tak berdosa. Dia tak bersalah Anggerik. Saya tak pernah halang awak untuk capai cita-cita awak. Berbadan dua bukan alasan untuk awak terpuruk di sini kuburkan impian awak, isteri kesayangan saya." Kata Shazrin Ammar pula dengan penuh kelembutan.

Bunga Anggerik Nathalia mengukir senyuman sinis. Memanglah suaminya ini tidak pernah menghalang dia daripada berbuat apa sahaja yang ia suka serta minat. Namun, kerana berbadan dua. Dia tidak bisa menjadi supermodel seperti yang angankan sejak kecil lagi.

"Kau ni memang bodoh yang sukar untuk di ajar lah Shazrin. Eh, tak ada orang nak ambil aku sebagai model dengan badan aku yang macam ni lah! sebab tu lah aku cakap, budak dalam perut aku ni memang sial dan tak guna! sebab dia hidup aku merana tahu tak?!" kata Anggerik lagi dengan suara yang geram.

Shazrin Ammar tidak pula menjawab. Dia bangun dari tempat tidurnya di ruang tamu itu lalu memandang isterinya yang sedang melihat dirinya dengan penuh kebencian.

"Pergilah bersiap-siap. Saya tunggu awak dekat luar." Kata Shazrin Ammar dengan suara yang lembut.

Anggerik mendengus. Benci dan meluat dengan sifat tenang yang di tunjukkan oleh suaminya. Egonya semakin tercabar kerana sikap lembut yang di pamerkan oleh Shazrin Ammar.

"Kita nak pergi klinik naik apa?" Soal Anggerik ingin tahu.

Shazrin senyum.

"Motor saya kan ada, isteri kesayangan saya." jawab Shazrin Ammar pula.

Pantas sahaja kepalanya di gelengkan beberapa kali. Dia tidak akan pernah naik motor buruk milik Shazrin Ammar sampai bila-bila! Dia orang kaya. Tak akan motor cabuk pula yang harus ia naiki untuk keluar kan?

"Kirim salam aje lah. Aku tak nak, naik motor buruk kau. Aku nak naik kereta." Kata Anggerik pula dengan selamba.

Shazrin Ammar menarik senyum. Ia merapati sang isteri.

"Anggerik, saya tak ada kereta. Saya hanya ada motor. Kalau awak fikir, saya akan pergi rumah baba semata-mata untuk pinjam kereta. Awak lupakan saja angan-angan awak. Saya takkan ikut kehendak awak tu." Kata Shazrin Ammar dengan lembut.

Refleks, Bunga Anggerik Nathalia menolak sang suami dengan kasar sehingga tubuh itu jatuh. Dia mencerlung memandang Shazrin Ammar dengan muka yang marah.

"Kalau tak ada kereta. Kita tak payah pergi buka buku pink. Senangkan? lagipun, aku tak kisah kalau budak dalam perut aku ni mampus." Kata Anggerik sinis.

Shazrin Ammar mengeleng kecil ketika melihat telatah sang isteri.

"Motor saya masih mampu untuk bawa awak pergi klinik. Anggerik, motor saya mungkin dah lama. Tapi, dia sangat berjasa dengan saya. Sebab motor ini, saya mampu untuk hantar adik-adik saya belajar sampai masuk universiti." Kata Shazrin Ammar lagi.

Ya, motor cabuk itu adalah satu-satunya harta yang dia ada. Dia sangat sayangkan motor itu kerana sudah banyak jasa yang di taburkan olehnya. Kerana, motor cabuk itu juga. Ketiga-tiga adiknya mampu untuk belajar sampai masuk ke universiti pilihan masing-masing.

"Kau memang saja, cabar aku kan Shazrin?" kata Anggerik geram.

Shazrin Ammar pula, memberi sebuah senyuman kecil. Dia mengeleng, menafikan tentang kata-kata sang isteri.

"Tak, saya tak cabar awak isteri kesayangan saya. Saya cuma nak awak belajar bersyukur." Balas Shazrin Ammar pula.

Bunga Anggerik Nathalia menjeling. Geram dengan suaminya yang suka menjawab kata-katanya itu. Bertambah tercabarlah egonya. Kerana setiap kata-kata suaminya yang tampak lembut, mempunyai sejuta makna tersirat.

"Anggerik, isteri kesayangan saya. Dalan hidup ini, sekali-kali cuba bercakap memandang ke bawah. Bukan meletakkan sebuah keegoan di atas. Kita manusia biasa Anggerik, jangan rasa angkuh dengan setiap perkara yang awak ada. Bila-bila masa sahaja, Allah akan tarik semula jika dia inginkan." Kata Shazrin Ammar lagi.

Kata-kata itu, membuatkan Bunga Anggerik Nathalia terdiam. Benarlah, dunia ini hanya pinjaman. Mendongak ke langit pun suatu hari kita pasti akan tertunduk menyembah bumi.

Fuh, finally!
Updated pun.
Okay tak? typo abaikan!

Jangan lupa komen&vote
banyak²! kalau tak saya
malas updated werk!

Apa pun, happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CМесто, где живут истории. Откройте их для себя