B A B 9

2.3K 191 16
                                    

"Lakukanlah, semahumu.
Sampai kau lelah menyakitiku."

"Bunga Anggerik Nathalia!" jeritan marah daripada Muhammad Asfan Najmi membuatkan si gadis berpaling bersama senyuman sinis.

Kedua matanya memandang sang suami dengan muka bangga. Dia bangun dari tempat tidurnya bersama Ikram Naufal. Di paut mesra lengan lelaki itu dengan pakaian yang kurang sopan. Baju tali satu dengan seluar pendek sahaja. Duduk berdua-duaan di rumah milik Shazrin Ammar.

"Apa kau buat ni, Anggerik?!" tengking Asfan.

Dia tahu di sebalik wajah tenang seorang Shazrin Ammar. Ada sejuta satu rasa yang ia sembunyikan di sebalik muka tenang itu.

"Buat maksiatlah. Takkan tengah masak pula. Kan sayang?" selamba Anggerik menjawab bersama senyuman sinis.

Ikram Naufal pula mengangguk bersama muka bangga.

"Kau sedar tak, yang kau tu sebenarnya isteri orang? dan kau Naufal, dalam ramai-ramai perempuan dekat kampung ni. Kenapa, Anggerik juga yang kau nak ha? dah pupus sangat ke anak dara dalam kampung ni, sampai kau rembat isteri orang?!" kata Asfan dengan muka yang memerah menahan marah.

Jika di ikutkan hatinya. Sudah lama Ikram Naufal makan penumbuk sulungnya. Namun, melihat ketenangan daripada Shazrin Ammar dia membatalkan niatnya itu.

Tujuan asal ia datang ke rumah ini adalah untuk membantu sahabatnya memasang penghawa dingin. Katanya, Anggerik tidak tahan panas di dalam bilik. Walhal, dia tahu itu adalah alasan untuk dia kenakan Shazrin Ammar.

Kebetulan pula, adik-adik Shazrin sudah pulang ke kampus masing-masing kerana ada urusan penting yang mendadak. Mungkin sebab itu, Bunga Anggerik Nathalia berani membawa lelaki asing di dalam rumah ini.

"Kenapa kau diam? sakit hati? alah, setakat dia pegang aku. Tak luaklah Shaz." Kata Anggerik sinis.

Shazrin Ammar hanya melempar senyum. Sungguh sifat tenang itu membuatkan Bunga Anggerik Nathalia bertambah marah. Dia seakan merasa tercabar dengan muka tenang suaminya. Tiadakah sedikit perasaan kecewa di hati seorang Shazrin Ammar?

"Saya nak pasang penghawa dingin." Kata Shazrin Ammar lembut.

Bunga Anggerik Nathalia merengus.

"Kau memang dayus!" kata Anggerik geram.

Shazrin Ammar senyum.

"Habistu, awak nak saya menangis? awak sendiri bangga dengan dosa yang awak buat Anggerik." Kata Shazrin lagi.

Bunga Anggerik Nathalia melepaskan pelukan mesra dari Ikram Naufal lalu mendekati suaminya dengan pandangan tajam.

"Aku nak bercerai. Susah sangat ke kau nak ceraikan aku?" kata Bunga Anggerik Nathalia lagi.

"Ada lagi enam bulan. Lepas awak bersalin saya akan ceraikan awak. Asfan sebagai saksi  bahawa janji saya bukan sekadar kata." Tenang Shazrin Ammar membalas.

Anggerik merengus geram. Si suami ia tolak dengan sengaja.

"Suami sial. Bodoh. Tak guna! aku doakan kau mampus cepat biar aku cepat jadi janda!" Kata Anggerik dengan selamba menyumpah si suami tanpa menjaga walaupun sedikit air muka suaminya.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now