"Dah sampai. Jom keluar." tutur Tengku Ahnaf seraya mengambil Nayla disebelah lalu melangkah keluar dari kereta.

Zahra pula sudah melihat sekeliling. Lah, tahu-tahu dah sampai. Dia membuka pintu kereta lalu tutup perlahan.

Dia hanya mengikut saja langkah Tengku Ahnaf yang sudah melepaskan Nayla untuk bermain di pasir.

"Sinilah." panggil Tengku Ahnaf ketika melihat wanita itu berdiri jauh darinya.

Zahra duduk melabuhkan duduk di bawah pokok besar itu. Dia cuba mengawal rentak hatinya yang sudah rancak di dalam tubuhnya ketika lelaki itu melabuhkan duduk di hadapannya.

"Nayla, jangan main jauh sangat ya." Tengku Ahnaf menjerit kecil. Risau jika anak saudaranya itu pergi jauh dari mereka.

Dia menoleh memandang Zahra yang sedang menikmati angin pantai itu.

"Macam mana duduk dekat kampung? Okay? Selesa ke?" tanya Tengku Ahnaf. Dia mulakan perbualan antara mereka dengan pertanyaan kosong dahulu.

Zahra mengangguk perlahan.

"Selesa. Terima kasih sudi tumpangkan saya." jawab Zahra sopan.

Walau baru sehari, jiwanya sudah merasa damai duduk di sini. Dia macam hendak duduk saja di kawasan kampung itu.

"Alhamdulillah." balas Tengku Ahnaf perlahan.

Bibirnya diketap perlahan. Dia berkira-kira mahu menyatakan hasratnya kepada Zahra.

"Bedal sajalah. Yang penting niat kau tu nap." getusnya dalam hati.

"Zahra, saya bawa awak ke sini sebab saya ada benda nak cakap. Saya nak lamar awak jadi isteri saya." kata Tengku Ahnaf senada tanpa putus-putus.

Zahra tersentak. Lama dia memandang wajah lelaki itu sebelum dia tergelak kecil.

"Awak sedar tak awak cakap apa ni? Saya rasa awak salah orang ni." jawab Zahra walaupun hati dia sebenarnya agak berdebar mendengar ungkapan kahwin dari Tengku Ahnaf.

"Oh, macam ini kah rasanya dilamar macam yang aku baca dalam novel tu?" tanya Zahra pada dirinya sendiri dalam hati.

"Tak. Saya tak salah orang. Saya tahu keputusan saya agak terburu-buru dan saya tahu tempoh perkenalan kita juga agak singkat tapi itu bukan halangan untuk saya ajak awak berkahwin."

Zahra hanya menatap wajah lelaki itu yang kelihatan bersungguh menyatakan hasratnya. Dia akui dia memang sukakan lelaki itu. Aneh tapi itulah kenyataannya.

Dia juga ada keinginanan yang sama iaitu ingin memiliki lelaki itu tapi mereka berdua hidup di dunia yang berbeza. Lelaki itu terlalu baik baginya.

Zahra menggeleng perlahan.

"Kita tak layak bersama. Awak terlalu baik Ahnaf. Umur kita pun saya rasa agak jauh. Awak muda empat tahun dari saya. Saya dua puluh sembilan tahun. Agak tua dari awak."

Tengku Ahnaf tersenyum senget mendengar alasan Zahra. Dia sedang ditolak kah ini?

"Awak tolak saya sebab saya terlalu baik dan muda untuk awak? Don't test me. Saya boleh jadi bad boy juga kalau awak nak. Umur? Itu semua tak ada masalah untuk saya. Taste saya memang yang tua daripada saya." Tengku Ahnaf membidas kata-kata Zahra dengan bersahaja.

"Saya tak bertudung macam perempuan lain."
ujar Zahra.

"Tak apa, itu kita akan ubah perlahan-lahan." balas Tengku Ahnaf.

"Saya tak pandai bercinta macam mana kita nak hidup bersama." ujar Zahra lagi. Dia cuba memberi alasan untuk menolak Tengku Ahnaf.

"Saya pun tak pernah bercinta. Tak apa, lepas kahwin kita belajar bercinta sama-sama. Small matter." bidas Tengku Ahnaf lagi.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now