" Ohhh.. patut la Rezza masam muka aje tadi waktu buat kerja. Aku pergi tanya dia pun jawab nak taknak aje.. merajuk rupanya..." Kata Fahrin.

" Hah? Hahahahaha merajuk?" Alya ketawa selepas mendengar kata-kata Fahrin.

" Yee.. kalau tak aku nak ajak dia makan, lepastu dia taknak. Dia kata pergi la makan dengan Dyna.. agituu" luah Fahrin.

" Manja " kata Dyna, menyampah.

Selepas makan, mereka pun bergerak untuk pulang ke pejabat SPAJR.  

Sedang mereka berjalan untuk ke kereta, tiba-tiba Kyle ternampak seseorang yang seperti dikenalinya.

" Weii Zackry" kata Kyle sambil menepuk bahu Fahrin.

" Mana? " Soal Alya yang mendengar.

" Tu dekat cafe tu... " Jawab Kyle.

Mereka terus melihat ke arah satu cafe. Zackry sedang menikmati minumannya disana.

" Kita nak buat apa ni? " Soal Alya menanyakan pendapat rakan-rakannya.

" Apa lagi... Tangkap la ini la peluang kita " kata Kyle, dia pun terus berlari ke arah cafe itu. Alya terus berlari mengikuti Kyle.

Fahrin tergamam dengan tindakan Kyle dan Alya.

" Kita nak buat apa? " Soal Fahrin cemas.

" Err... kau pergi la join diorang tangkap. " Jawab Dyna selamba.

" Aikk? Taknak ikut plan kita sebelum ni ke? " Soal Fahrin,pelik.

" Takpa.. pergi ajee" kata Dyna.

Fahrin terus berlari mengikuti Kyle dan Alya.

Telefon Zackry berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

' Lari bro, kalau kau rasa
kau nak teruskan plan kita ' - Dyna

Zackry yang membaca mesej itu terus bangun meninggalkan cafe itu dalam keadaan tergesa-gesa. Langkahnya terhenti apabila ada orang menghalangnya.

Kyle dan Alya sudah terlebih dahulu menghalang langkah Zackry.

" Kau nak pergi mana? " Soal Kyle sinis.

" Err sorry sir, English please" kata Zackry, berpura-pura tidak mengerti.

" Huh? Dyna tak cakap pun dia tak boleh bahasa Melayu" bisik Alya kepada Kyle.

" Ye laa... Dia tak boleh bahasa Melayu ke? Tapi nama dia Zahrul, nama melayu tu" kata Kyle pula.

Zackry yang melihat Kyle dan Alya sedang berbisik, dia terus mengambil peluang ini untuk lari.

Dia menolak Kyle yang menghalangnya lalu berlari dari situ. Kyle dan Alya terus mengejar Zackry apabila Zackry lari.

Fahrin terus berpura-pura mengejar Zackry apabila ternampak Zackry.

Maka terjadilah sesi kejar mengejar antara Zackry, Fahrin, Kyle dan Alya.

Zackry berlari melalui satu lorong. Dipenghujung lorong itu, dia tersekat di jalan mati.

" Shit " katanya.

Dia berpaling, sosok tubuh Kyle, Alya dan Fahrin sudah menghalang dia dari lari lagi.

" Hehe nak pergi mana tuwww " kata Kyle, mengejek.

" Jangan nak lari-lari lagi... aku penat nak kejar kau " kata Alya sambil tersemput-semput.

" Aku tak suruh korang kejar pun. " Kata Zackry selamba.

" Ohhh kau boleh cakap bahasa melayu? Berani kau perbodohkan aku tadi ! " Marah Alya.

" Dah la aku nak balik. Tepi sikit " kata Zackry sambil menepis Kyle.

Alya menghalang Zackry dari pergi.

" Ehh kau ingat senang-senang ke hah?! " Marah Alya. Dia tidak mahu dirinya diperbodohkan untuk kali kedua.

" Haah " kata Zackry. Dia terus menolak Alya sehingga membuatkan Alya terjatuh.

Kyle terus menghantar tumbukan kepada Zackry, tetapi tidak kena kerana Zackry terlebih dahulu mengelak.

Maka Kyle dan Zackry pun berlawan antara satu sama lain. Alya juga menyertai mereka. Fahrin hanya mampu terdiam, dia tidak menyertai mereka. Dia menghabiskan masanya dengan bermain Mobile Legends.

Selepas 15 minit, mereka pun penat kerana berlawan tanpa berehat.

" Dah, dah berhenti dulu... Kita rehat kejap. Penat laa" kata Alya selamba.

" Haah, boleh juga.. nak aku pergi beli air tak? Aku belanja." Soal Zackry. Kyle dan Alya mengangguk tanda setuju.

Zackry terus berlalu pergi meninggalkan mereka. Fahrin yang melihat kelakuan Kyle dan Alya terus menepuk dahinya.

Zackry berlari ke arah keretanya dan memandu pergi meninggalkan mereka.

" Kenapalah Dyna ada member macam tu " kata Zackry sendiri.

Dia terus membuka Telefonnya lalu menghantar mesej kepada Dyna.

' thanks. Aku dah berjaya lari '

Dyna membacanya lalu tersenyum.

" No problem " kata Dyna.

Selepas 10 minit menunggu, Zackry tidak kembali. Itu telah menyedarkan Kyle dan Alya bahawa diri mereka telah diperbodohkan lagi.

" Jum la balik " kata Fahrin.

" Hmm, ye laa..." Balas Alya, hampa.

"Kalau Dyna tahu ni mesti kena marah" kata Alya lagi.

" Eh mana Dyna? " Soal Kyle setelah menyedari kelibat Dyna tiada disitu.

" Tu...Dia tunggu dalam kereta " jawab Fahrin. Sambil menunjuk ke arah kereta Dyna.

" Kenapa kau tak lawan sekali? " Soal Kyle kepada Fahrin.

" Buang masa. Aku tahu kita takkan dapat tangkap dia. Sebabtu juga la Dyna tak kejar dia " kata Fahrin.

" Haa.. betul buang masa. " Kata Dyna.

" Ouhh kenapa tak cakap awal-awal penat tau! " Kata Alya.

" Korang yang terus blah " balas Dyna selamba. Kyle dan Alya mencebik mulut mereka.

" Dah jum balik " kata Dyna.

Mereka pun pulang ke pejabat SPAJR semula.














Thank youuu kepada yang dah follow acc TikTok dan Wattpad author !!♥️♥️♥️

Jangan lupa vote supaya author lebih semangat nak update chapter lain 🍭🍭

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now