22. Bahagia yang sementara

Start from the beginning
                                    

Siap kau, adik laknat!

Bab 22: Bahagia yang sementara

Jarum jam tangannya dilirik, menunjukkan sudah pukul 7.15 pagi. Elfira baru saja menaruh pinggan mangkuk ke dalam singki. Tubuhnya terus dipusingkan dan...

Terkedu.

Matanya dipanah oleh sepasang mata koko milik Fahrie. Betul-betul berada di hadapannya.

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"

Fahrie ketawa kecil. "Kenapa kau tak izinkan aku pergi sekolah kau? Rasanya aku sudah cukup tampan."

"Abang lupa agaknya," Elfira menggeleng melihat tingkah laku abangnya yang semakin berubah. "Waktu kita sekolah dulu, tak ada orang pun tahu kita adik-beradik selain Ryan."

Wajah Fahrie tidak berkutik, hanya kakinya yang mendekat selangkah demi selangkah.

Fikirannya kosong saat kedua belah tangannya diletakkan di singki. Mengurung Elfira di dalam ruangan ciptaannya. Dia tunduk, merenung wajah Elfira sedalam mungkin.

Elfira kepal penumbuk di sisi tubuh. Mata Fahrie ditentang berani walaupun lutut terasa lemah ingin berdiri.

"So?"

Sebenarnya, Elfira ada beribu stok jawapan untuk itu. Tetapi semuanya seakan terbang jauh kerana jarak mereka berdua.

"Jangan dekat-dekat!" Elfira cuba menolak dada jejaka itu. Fahrie melirik ke bawah, alamak.. tangan kecil itu berusaha menolaknya. Dia tersenyum sebelum berundur tiga langkah. Puas hati dapat melihat wajah gadis itu ketakutan.

Ya.. walaupun sementara.

Elfira bernafas lega. Dia segera keluar daripada dapur dan mencapai beg sekolahnya di atas sofa.

"Papa, Mama, adik pergi dulu!" Jerit Elfira kecil sebelum segera membuka pintu rumah. Kasut sekolah dicapai, dan dipakai secepat mungkin.

"Jangan tergesa-gesa, adik."

Elfira menjeling. Dia pantas bangun selepas selesai saja memakai kasut sekolah. Dia menggeliat sedikit.

"Selamat tinggal, Fahrie."

Kemudian dia pergi, meninggalkan Fahrie yang terdiam.

"Damn, I love it when she calls me like that."

__________

"Macam mana?"

Dahlia memuncungkan bibir, dia menggeleng perlahan. Slip keputusan di genggamannya diremas sedikit.

"Ala, tak apa. Asalkan kau dah buat yang terbaik!" Elfira memeluk bahu sahabatnya dan mengusap pelan.

"Memang aku sudah buat yang terbaik, hehe! Kakak aku datang ambil, katanya.. dia puas hati dan ada peluang untuk aku target SPM nanti!" Dahlia menjerit kecil, hilang sudah lakonannya. "Aku dapat satu saja C weh, addmath!"

"Serius?!!" Senyuman Elfira melebar. "Ayuni, kawan kita bijak!"

Terasa bahunya didorong beberapa kali, Ayuni hanya bungkam dan memaksa senyum. Dia tidak boleh tidur nyenyak semenjak hari terakhir mereka menjawab kertas peperiksaan. Sehinggalah hari ini, hari yang ditakutkannya.

Di bawah matanya ada sedikit lingkaran hitam. Berat badannya turun mendadak. Dia seperti sengaja menyeksa diri sendiri.

Elfira hanya diam, dan mengucapkan tahniah kepada Dahlia. Bukannya dia tidak sedar akan perubahan kawannya itu.

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now