Selepas beberapa minit, Dee pun keluar dari bilik persalinan.
Dirinya sangat menawan dan terserlah kecantikannya ketika memakai baju itu.

Dirinya sangat menawan dan terserlah kecantikannya ketika memakai baju itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" How do I look? " Soalnya.Dyna tersenyum sambil mengangkat thumbs up. Cantik.

Dee membalas senyuman Dyna.

" Perfect! " Kata auntie Rose.

Selepas menukar baju, mereka terus pergi ke butik lain pula untuk mencari baju waktu persandingan.



           Setibanya mereka disana, Dee terus memilih baju yang disukainya. Dyna juga menolong Dee untuk memilih baju.

Dyna duduk di sofa sementara menunggu Dee untuk mencuba baju.Tiba-tiba dia teringat kenangan dia bersama arwah tunangnya ketika memilih baju untuk perkahwinan mereka.

" Awak nak yang mana? Pilih laa.." kata Eiman lembut.

" Err saya taktau... awak cuba la tengok yang mana nampak cantik? " Ujar Dyna. Dia tidak tahu yang mana patut dipilihnya kerana baju-baju disitu semuanya cantik.

" Cuba ni " kata Sam sambil menunjuk satu baju dihiasi corak bunga. Dyna mencapai baju itu lalu pergi ke bilik persalinan untuk mencuba.

Selepas beberapa minit, Dyna pun keluar sambil memakai baju yang dipilih oleh Sam tadi.
Eiman dan Sam terpegun melihat kecantikan Dyna apabila dia memakai baju itu. Nampak sangat sesuai dengannya.

" Cantiknya cinta hati Eiman ni.." kata Eiman teruja selepas melihat Dyna.

" Nice girl. Pandai kan Sam pilih" kata Sam pula.

" Cantik ke? Hehe malu laa.. " kata Dyna, pipinya bertukar merah selepas dipuji.

" Baju tu simple aje, tapi bila awak pakai terus nampak cantik sangat. Macam bidadari saya! Awak pakai apa pun semua cantik, hehe" puji Eiman, lembut.

" Kita ambil ni la.. Dyna suka ! " Kata Dyna, teruja.

Eiman dan Sam mengangguk tanda setuju. Dyna masuk semula ke bilik persalinan untuk menukar baju. Eiman dan Sam pergi ke kaunter untuk membayar.

" Tak sabar nak tengok awak pakai baju tu nanti ! Eiiiii excited nyee... " Kata Eiman teruja. Dia tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Dyna juga tersenyum ceria.

" Don't be gelojoh man..." Kata Sam selamba.

" Biar la dia excited. Dyna suka hehe " kata Dyna.

" Iyee laa " kata Sam lembut. Pasrah dengan pasangan ini. Tahulah dia single.

" Eiman rasa, Eiman akan jadi orang yang paling bahagia waktu tu." Kata Eiman.

" Hah? " Soal Sam, tidak faham.

" Iyee laa... Cinta hati Eiman nampak cantik sangat tadi, itu baru cuba.. nanti mesti lagi cantik" balasnya.

" Adik aku memang cantik. " Kata Sam, ringkas.

" Bukan cantik aje, beautiful, gorgeous, charming banyak lah ! " Puji Eiman lagi.

" Hormat orang single bro.." kata Sam.

" Ouhh maaf-maaf hehe " kata Eiman pula.

Grr.. grrr
Kedengaran bunyi perut Dyna berbunyi.

" Cinta hati Eiman lapar ke? " Soal Eiman lembut selepas mendengar bunyi itu.

" Hehe, singgah kedai makan kejap boleh? Lapar laa" balas Dyna, malu.

" Untuk cinta hati Eiman semua boleh" kata Eiman lembut.

" Dyna sentiasa lapar, makan banyak tapi tak gemuk. " Kata Sam selamba.

" Biarlaa sebabtu function nya Dyna ada Sam hehe... " Kata Dyna juga selamba.

" Kita pergi makan dulu yee" kata Eiman yang memandu kereta.

Mereka sangat teruja waktu itu. Mereka juga tidak sabar untuk menantikan hari perkahwinan mereka tiba. Tetapi...

" Dyna " tegur Dee. Dyna terus tersedar dari lamunannya.

" Ye? "

" Kau ok ke? " Soal Dee selepas melihat air mata Dyna yang bertakung.

" Kenapa? " Soal Dyna, pelik.

" Kau macam nak nangis aje.. air mata kau bertakung " jawab Dee.

" Tak lah.. aku menguap tadi, mengantuk tunggu kau lama sangat " balas Dyna sambil mengelap matanya.

" Ohh, jum la balik " kata Dee.

" Aikk? Baju kau? Dah jumpa? " Soal Dyna pelik.

" Aku tak minat la baju dekat sini. Nanti la lain kali pula, aku pergi dengan Arsyad. "

" Haa ok ok " kata Dyna. Mereka pun berlalu pergi dari situ.

Mereka singgah makan dahulu sebelum Dyna menghantar Dee pulang kerumahnya semula.

Tanpa mereka sedari, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka sejak dari awal lagi.

Dia menayangkan senyuman sinis.

" Tak sangka boleh jumpa dekat sini. " Katanya.








Telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan. Dia mencapai Telefonnya sebelum menjawab panggilan.

" Hello? " Soal Dyna.

" Dyna ku...." Kedengaran suara Rezza disebalik Telefon.

" Otak kau. Nak apa? " Soal Dyna.

" Uish garangnyee... Aku gurau aje. Piyedd ke? " Soal Rezza selamba.

" Kau nak apa? Cakap cepat. Aku tengah drive ni." Kata Dyna mendatar.

" Ohh sorry-sorry. Esok, Tuan Suhaimi suruh pergi siasat kilang daging tu... Aku dah dapat waran. Itu aje.." Ujar Rezza.

" Ohh ok "

"Haa itu aje..jumpa esok yerr " kata Rezza.

" Hmm " balas Dyna, malas.

Dia terus matikan panggilan.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now