B A B 8

2.1K 194 10
                                    

"Jika dengan bermimpi,
aku boleh bertemu denganmu,
maka jangan kejutkan aku dari
lena itu..."

"Anggerik." Panggil Shazrin Ammar dengan lembut.

Bunga Anggerik Nathalia yang sedang mengacau kuah untuk spageti carbonaranya itu berpaling sekilas ke arah sang suami bersama muka datar. Setelah itu, dia kembali melihat kuah yang baru sahaja hendak siap.

"Selamat hari lahir Bunga Anggerik Nathalia. Semoga di usia 24 tahun ini, Allah selalu lindungi awak dan berkati setiap langkah awak." Ucap Shazrin Ammar bersama senyuman kecil.

Ya, 23 Februari 2000 merupakan hari di mana isterinya di lahirkan. Begitu juga dengan dia. Fakta menarik tentang mereka berdua adalah, hari lahir mereka sama.

"kau tahu hari ini, hari lahir aku? siapa bagitahu kau? macam mana kau tahu?" bertubi-tubi soalan yang di ajukan oleh isterinya.

Dia tertawa kecil. Kepala si isteri dia usap lembut.

"Anggerik, awak isteri saya. Setiap perkara tentang awak saya tahu termasuklah hari lahir awak. Saya minta maaf sebab tak dapat beri awak apa-apa. Tapi, saya dah sipkan kek, saya tak beli tapi buat sendiri. Saya suruh Afan bacakan bahan-bahan. Kalau awak tak nak makan pun takpe." jawab Shazrin Ammar panjang lebar.

Si isteri terdiam. Memandang suaminya tanpa kedip. Kerana orang yang paling dia benci dan hina sanggup mempersiapkan sesuatu. Walaupun ia kecil dan tidak seberapa. Selama 24 tahun dia hidup, ini kali pertama dia rasa di hargai.

"Anggerik, kuah tu dah siap ke?" Soal Shazrin Ammar mematikan lamunan si isteri.

Anggerik berdehem sebelum kembali memandang semula kuah spageti yang sudah siap untuk di hidangkan.

"Saya ada soalan. Tapi, sebelum itu saya minta maaf kalau kata-kata saya ni mengguriskan hati awak. Anak dalam rahim awak, dah berapa bulan?" Kata Shazrin Ammar dengan berhemah sekali.

Dia ingin tahu. Kerana, dia melihat perut isterinya sedikit membukit. Selama dua minggu mereka menjadi sepasang suami isteri. Dia tidak bisa melihat si isteri dengan jarak dekat. Ada sahaja perkara yang akan mereka berdua gaduhkan. Ini kali pertama keduanya akur antara satu sama lain.

"Esok, dah masuk tiga bulan." Jawab Anggerik selamba.

Shazrin Ammar mengangguk faham. Dia hanya memerhatikan sahaja setiap gerak geri isterinya dari dia memasak sehingga dia selesai menghidangkan makanan barat itu.

"Duduklah, teman aku makan." Kata Anggerik pula mempelawa si sang suami.

Tidak banyak bicara. Shazrin Ammar melabuhkan punggungnya di depan sang isteri bersama senyuman nipis.

"Kau pernah makan tak spageti macam ni? mestilah tak pernah kan? di sebabkan malam ini aku baik hati, kita bahagia dua spageti ni. Aku pun bukannya habis kalau makan sorang-sorang." Kata Anggerik lagi.

Shazrin Ammar hanya menuruti sahaja kata-kata sang isteri. Dia tidak ingin menimbulkan sebarang pergaduhan. Maka ia turutkan sahaja perintah si isteri.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now