Matanya memandang dua lelaki upahan Emelda itu dengan api yang membara di dalam hatinya.

Dia berlari mendekati Zahra lalu memeluk erat tubuh anak saudaranya itu. Gugur jantungnya sewaktu berada di pejabat tadi ketika mendapat khabar kalau anak saudaranya itu melarikan diri.

"Itu yang sepatutnya dia terima sebab berani melarikan diri dari rumah." sampuk Danny yang berada di tangga itu.

"Berani kau larikan diri dari rumah ya Nancy? Siapa bagi kebenaran? Mulai hari ini, kau akan duduk di gudang bawah tanah selama seminggu. Biar kau tahu akibat daripada perbuatan kau sendiri." kata Emelda dengan nada dingin.

Zahra terus memandang Emelda yang sedang berpeluk tubuh itu. Tubuh Teresa ditolak sedikit lalu dia mengensot mendekati Emelda.

"Inek, please. Zahra janji Zahra takkan buat perangai lagi. Zahra tak nak duduk situ inek. Tolonglah." rayu Zahra dengan sepenuh hati. Kaki wanita tua itu dipeluk kuat.

Emelda menolak kuat tubuh Zahra dengan kaki sehingga cucunya itu terlentang ke belakang.

"Itu tempat kau. Selayaknya untuk kau. Pergi bawa dia ke gudang." arah Emelda kepada dua orang lelaki tersebut.

"Inek! Tolong! Tak nak! Inek!!" Zahra meronta kuat ketika tubuhnya diseret oleh dua orang lelaki tadi. Air matanya berjuraian ke pipi.

Sempat matanya melihat Danny yang menghantar senyuman sinis kepadanya. Dia yakin ini semua gara-gara Danny! Pasti sepupunya itu membuat cerita bukan-bukan sehingga dia diperlakukan sebegini.

"Mummy! Mummy tak boleh buat Zahra macam tu. Tak adil untuk dia!"

Teresa melenting kuat. Dia cuba untuk membantu Zahra tetapi dihalang oleh Emelda. Dia tahu walau macam mana sekalipun dia cuba membantu Zahra, Emelda tetap berkuasa di dalam rumah itu.

Jika A, maka A lah kata Emelda. Tiada siapa boleh melawan.

Teresa mengerling sekilas ke arah Danny yang masih tersenyum sinis di tangga itu kemudian naik ke atas.

Dia yakin ada sesuatu yang berlaku. Dia tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh anak saudaranya yang satu itu.

Mereka telah mendapat panggilan dari Danny yang berada di rumah kerana katanya tidak sihat. Danny menyampaikan khabar melalui panggilan telefon kalau Zahra cuba melarikan diri dan memukulnya dengan pasu bunga apabila Danny cuba menahan Zahra dari melarikan diri.

Dia tahu Zahra tidak akan bertindak seperti itu jika tiada yang mengugat wanita itu untuk berbuat sedemikian.

"Mummy, perlu ke mummy bertindak macam itu sekali? Dia manusia mummy. Dia bukan anak kucing. Zahra dah 29 tahun. Sampai bila dia nak hidup terkurung macam itu mummy?" luah Teresa dengan nada tidak puas hati.

Gara-gara tindakan Emelda yang terlalu kejam baginya kerana menyekat kebebasan Zahra, anak saudaranya itu telah ketinggalan banyak perkara berbanding wanita seusia anak saudaranya.

Disebabkan itu, dia selalu membelikan Zahra buku dari kecil supaya anak saudaranya itu pandai membaca dan dapat menuntut sedikit ilmu tentang kehidupan.

Emelda memberi tatapan tajam kepada Teresa yang mempersoalkan tindakannya itu.

"Jangan pertikaikan apa yang aku buat. Tempat dia selayaknya seperti di dalam penjara." balas Emelda tanpa perasaan.

Emelda terus pusing tubuh dan melangkah keluar dari rumah. Dia mahu ke pejabat semula. Mati seleranya untuk makan tengah hari gara-gara Zahra.

Teresa mengurut perlahan pelipisnya. Dia juga tidak tahu sampai bila dia akan ada di sini untuk melindungi anak saudaranya itu.

HER SAVIOR [Slow Update]Where stories live. Discover now