BAB 1

18 2 0
                                    

[Sekolah Tinggi Khas Seni Mantera Kota Raya Tokyo]

Pohon Sakura kelihatan indah dan ditambahi dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa yang menerbangkan kelopak-kelopak bunga Sakura. Situasi ini tidak asing lagi apabila musim bunga tiba pada bulan Mac hingga Mei.

"Sekolah di dalam hutan?" soalnya ketika melihat bangunan Sekolah Tinggi Khas Seni Mantera Kota Raya Tokyo di hadapannya.

Leher seragam sekolah ditarik sedikit. "Panas. Siapalah yang design baju ni?" Dia mengeluh. Mahu sahaja dia buka butang baju seragam tersebut tetapi dia perlu menjaga penampilannya di tempat baru.

Kemudian, dia melihat jam tangan pada pergelangan tangan kirinya. "Lagi 20 minit. Aku kena jumpa pengetua dulu sebelum..."

"Satoru! Depan kau!" jerit seorang pelajar lelaki dari belakangnya kepada seseorang yang berlari ke arahnya.

BUK!

Dia terjatuh ke atas tanah apabila dilanggar oleh seorang pelajar lelaki dari belakangnya. Mahu sahaja dia marah pelajar tersebut tetapi dirinya pula yang dimarahi terlebih dahulu.

"Hoi! Kenapa kau berdiri di situ, ha? Tak ada tempat lain ke nak berdiri? Nasib baik aku tak jatuh."

Dia mengambil nafas untuk tenangkan dirinya lalu kembali berdiri dengan stabil. Matanya segera melihat ke arah manusia berambut putih seperti orang tua beruban itu.

"Hm? Salah aku? Ada mata, letak dekat tapak kaki ke? Buta?" soal si mangsa keadaan dengan tenang tanpa meninggikan suaranya.

"Kau! Berani kau!" Dia naik angin.

Rakannya menepuk bahu kanannya. "Satoru. Sudahlah. Memang salah kau sebab berlari macam kena kejar syaitan."

Pantas dia berpaling ke arah rakannya. "Kau pun sama, Suguru?"

Rakannya melihat ke arah lain untuk mengelak daripada bertentangan mata dengannya. "Fakta."

Kemudian, dia melihat kembali ke arah manusia yang dilanggarnya tadi. "Aku tak pernah jumpa kau sebelum ni. Pelajar baru ke?" Dia menatap tajam ke arah manusia di hadapannya.

"Ya."

Suasana sepi seketika lalu dia tersengih. "Aku, Gojo Satoru. Ni kawan aku, Geto Suguru. Kau?"

"Mizushi Reishi."

Tiba-tiba, Gojo ketawa. "Macam mana orang yang tak ada tenaga sumpahan boleh masuk sekolah ni? Cikgu mana yang terima kau ni? Lebih baik kau baliklah."

Manakala, Geto pula memerhati Reishi untuk memastikannya sendiri. Sememangnya Reishi tidak memiliki kemampuan yang dikatakan Gojo tadi.

"Kekuatan tenaga sumpahan bukan segala-galanya. Sekurang-kurangnya boleh lihat makhluk hodoh tu. Tapi lagi hodoh sikap manusia yang berlagak kuat," ujar Reishi dari lubuk hatinya. Tenang tetapi pedih menusuk hati manusia yang dimaksudkannya.

"Apa kau cakap?" Gojo menggenggam buku lima. Geto pula cuba menahan Gojo daripada bertumbuk dengan pelajar baru tersebut.

"Satoru. Lebih baik kita jangan buang masa di sini. Nanti Cikgu Yaga bising sebab kita lambat masuk kelas," nasihat Geto sebagai rakan baiknya.

Reishi melihat jam tangannya. "5 minit lagi."

"Ini semua salah kau," kata Gojo sambil memberi jelingan kepada Reishi sebelum berlalu pergi dari situ bersama-sama Geto.

Reishi mengeluh. Kenapalah aku boleh terjumpa manusia sombong ni? Klan Gojo pula tu. Datuk kata, klan si uban ni kuat sangat. Termasuklah kuat berlagak.

***

Reishi mengekori Cikgu Yaga masuk ke dalam kelas tahun 1. Di dalam kelas itu sudah terdapat tiga orang pelajar sedang duduk di tempat duduk masing-masing.

"Kau? Cikgu Yaga. Kenapa dia ni ada di sini? Jangan kata, cikgu terima dia masuk sekolah ni walaupun dia tak ada tenaga sumpahan," pantas Gojo berbicara sebelum Cikgu Yaga membuka mulut.

Cikgu Yaga memberi perhatian kepada Gojo. "Ada masalah ke?"

Gojo terkebil-kebil apabila dia melihat tatapan tajam dengan suara garau yang menyoalnya itu. "Tak... Tak ada."

"Tak ada tenaga sumpahan? Menarik," kata Shoko perlahan lalu tersenyum.

Geto pula seperti sedang memikirkan sesuatu tatkala menatap Reishi sejak awal tadi. Tiada sesiapa tahu perkara yang fikirkannya.

"Mulai hari ini, Mizushi Reishi akan bergabung dalam kelas ini. Dia tak boleh guna tenaga sumpahan tapi dia mahir menggunakan semua jenis senjata. Dan..."

Cikgu Yaga melihat sekilas ke arah Reishi sebelum menyambung ayatnya. "Ada beberapa pantang larang. Pertama, Reishi ada masalah personaliti Maksud saya, personaliti dia akan berubah tak tentu masa. Kedua, jangan cabar dia berlawan kalau bukan waktu latihan dan terakhir jangan biarkan dia cedera parah masa jalankan misi."

Gojo ketawa. "Lemah. Takut sakit ke? Nak kena jaga macam putera raja ke?" Manakala, Shoko dan Geto angguk kepala sebagai tanda setuju dengan Gojo.

Cikgu Yaga mengeluh. "Itu yang dipesan oleh datuk dia. Ada sebab kalian perlu patuh dengan pantang larang tu."

"Tapi apa maksud personaliti yang berubah tak tentu masa?" Akhirnya,Geto bersuara.

Masing-masing melihat ke arah Reishi untuk mendapatkan penjelasan. Reishi tiada pilihan lain selain daripada menjelaskan segalanya sebelum menyusahkan orang lain.

"Saya, Mizushi Reishi. Pemilik asal jasad ni. Dalam badan saya ada empat identiti lain yang bertentangan dengan sifat saya. Mereka ada nama, kemampuan dan tugas masing-masing."

"Macam dirasuk?" soal Shoko.

"Lebih kurang tetapi bukan. Doktor kata, serpihan identiti atau diri saya."

"Jadi, apa benda empat identiti tu?" tanya Geto pula.

"Mizuo. Dia akan muncul sesuka hati dia. Tugasnya, melindungi keluarga dan semua orang yang saya kenal. Kurayami. Dia akan muncul bila saya hampir mati dan dia akan mengamuk. Natsu. Umur 5 tahun. Hyper aktif. Akhir sekali, Ryuujin. Pemerhati dan ulat buku," jelas Reishi kepada mereka.

Gojo merungut. "Menyusahkan."

"Menarik," kata Shoko.

"Apa akan berlaku kalau Natsu muncul?" tanya Geto. Suasana sepi seketika.

"Kenapa kau tanya soalan tu?" soal Gojo kepada Geto.

"Ya la. Sebab kita mesti kena jaga budak tu nanti. Kan, Cikgu Yaga?"

"Ya," kata Cikgu Yaga.

"Serius la? Aduh!" Gojo garu kepala.

"Mesti comel kalau Reishi jadi budak-budak, kan?" Mata Shoko bersinar.

Reishi mula rasa segan. "Tak. Tak comel. Kalau Natsu muncul... Sila cari atas pokok."

"Monyet ke?" Soalan bernas daripada Gojo kepada Reishi.

"Monyet? Kau tak pernah panjat pokok masa kecil-kecil ke? Oh lupa. Kau hanya panjat mall," bidas Reishi.

"Nak gaduh ke?" Gojo mula mencabar Reishi.

"Satoru!" Namanya dipanggil dengan tegas oleh Cikgu Yaga.

Gojo terdiam. Geto hanya geleng kepala. Shoko pula ketawa kecil. Reishi rasa lega kerana dia tidak perlu bergaduh dengan manusia beruban itu.

"Reishi. Saya harap kamu boleh selesakan diri di sini. Terutama... Satoru. Kamu jangan buli Reishi sesuka hati kamu. Jaga sikit tingkah laku tu," pesan Cikgu Yaga kepada mereka.

"Ya," sahut Gojo sambil melihat ke arah luar tingkap.

JEJAK YANG HILANGWhere stories live. Discover now