BAB 2

16 2 2
                                    

Telefon pintar dilihat ketika tiada guru di dalam kelas. Nama seseorang pada telefon pintar ditenung. Kali terakhir mesej diterima daripada manusia itu ialah sebulan yang lalu. Hanya satu ayat daripada manusia tersebut untuknya, "Selamat Hari Lahir, Reishi."

"Tunggu kekasih mesej ke?" tegur Gojo dari belakangnya.

Dia segera memadamkan telefon miliknya tatkala mendengar suara yang menjengkelkan itu. "Tak ada kaitan dengan kau."

Gojo berdecit. Pandangan dialihkan ke arah Geto. Geto ketawa kecil apabila melihat Gojo sedemikian. 

"Membosankan. Aku nasihatkan kau untuk ubah sikap membosankan tu. Atau kau akan kehilangan kekasih kau tu. Siapa je yang bertahan hidup dengan manusia membosankan macam kau?" kritik Gojo yang tidak berpuas hati.

Reishi bangun dari kerusi. "Tak ada gunanya bercakap tentang orang yang dah lama meninggal dunia."

Langkah dihayun meninggalkan Gojo dan Geto yang tercengang di dalam kelas tersebut. Mereka tidak menyangka jawapan itu diberi oleh Reishi dengan santai seperti dia tidak peduli tentang hal tersebut.

"Seriuslah dia ni?" kata Gojo sambil melihat Reishi berlalu pergi.

Geto menghampiri Gojo lalu menepuk bahu kanan rakannya. Dia menggelengkan kepala. "Aku rasa, kau patut minta maaf."

Gojo mengeluh. "Manalah aku tahu."

***

"Hey, Reishi!" panggil seseorang dari arah belakang ketika Reishi sedang menuju ke luar pintu utama sekolah tersebut.

Reishi melihat ke arah seorang lelaki kacak bercermin mata hitam. Lelaki itu membawa sebuah kotak yang diikat kemas dengan tali berwarna merah.

"Mito Jin? Kenapa kau ada di sini?" tanya Reishi yang kelihatan terkejut apabila melihat abang sepupunya.

Jin merangkul leher Reishi sambil tersengih. "Aku tak sangka datuk hantar kau masuk sekolah ni. Macam mana? Okay?" Dia angkat kening kepada Reishi.

Reishi mengeluh. "Kalau ikutkan hati, aku tak nak datang sini. Tapi..."

"Jinka? Kau masih nak balas dendam untuk Jinka?" Wajah Jin berubah serius tatkala berbicara tentang adiknya yang meninggal dalam satu misi pada bulan lepas.

"Manusia boleh pergunakan makhluk tu sebagai alasan untuk perbodohkan manusia lain. Tapi bukan dengan aku. Jinka tak akan kalah dengan mudah kalau tak ada yang 'melemahkan' dia."

Jin menghembus nafas keluhan berat. "Jadi, apa sebenarnya kau nak buat di sini untuk balas dendam tu?"

"Kenali manusia dalam dunia mereka," jawabnya.

Jin ketawa. "Cara kau cakap ni macam kau bukan manusia. Tak pernah berubah."

Reishi menjeling ke arah Jin. Jin hanya tersenyum kerana mereka saling mengenali antara satu sama lain setelah sekian lama walaupun Reishi dibesarkan oleh datuknya di kawasan pedalaman.

"Manusia atau pun bukan. Kau tetap sepupu aku. Tak kiralah sekuat apa pun musuh kita. Aku tahu, tak ada yang boleh kalahkan kau selagi kau masih seorang 'manusia'," kata Jin sambil menepuk bahu Reishi.

Reishi melihat tapak tangan kanannya. "Andai sahaja aku sentiasa ada disamping dia..."

"Reishi. Kau tak boleh terus berada dalam kekesalan. Kekesalan bukan kekuatan tetapi kelemahan untuk seorang manusia," nasihat Jin kepada Reishi.

Pada masa yang sama, Gojo dan Geto sedang mengintai di sebalik dinding sambil mendengar perbualan mereka berdua di situ. Jelas Gojo dan Geto kelihatan terkejut melihat seseorang bergelar Kage sedang berbual dengan Reishi. Walhal, manusia itu tidak pernah munculkan diri selagi tiada orang atasan yang menyerunya ke sekolah ini. Hanya anggota pasukannya sahaja yang biasa dihantar ke sekolah ini apabila Cikgu Yaga memanggilnya.

"Itu... Kage? Ketua Pasukan Perisik Jujutsu. Kenapa dia ada di sini?" tanya Geto seolah-olah Gojo mampu memberi jawapan.

"Ka... Kage... Kage-san...," Gojo dalam dunia keterujaannya tatkala melihat manusia itu di situ.

Geto mengeluh. "Jangan cakap kau nak ajak dia lawan di sini pula, Satoru."

"Nice idea," Gojo angkat ibu jari tangan kanannya.

"Reishi," bisik Jin pada telinga kanan Reishi.

"Hm?"

"Kau patut berbaik-baik dengan Gojo dan Geto. Dengar cerita, dua pelajar tu bukan sebarangan manusia biasa. Mungkin mereka boleh jadi orang kuat dalam dunia jujutsu ni," bisiknya.

Reishi berfikir sejenak sebelum berkata, "Kalau Geto. Tak ada masalah tapi Gojo tu... Hah... Aku harap aku ada doktor mental peribadi dalam bilik aku."

Jin ketawa. "Doktor mental? Pffff... Annoying sangat ke mamat tu?"

"Lagi bagus aku hadap kanak-kanak di rumah anak yatim berbanding dia."

Jin cuba tahan ketawa tetapi dia hanya mampu ketawa besar mendengar kritikan daripada Reishi. Tambahan pula, Reishi seorang yang tenang dan sukar untuk rasa terganggu. Mungkin Gojo boleh jadi salah satu punca dinding ketenangan Reishi bakal runtuh tidak lama lagi.

"Kalau dia boleh hormat aku. Aku boleh hormat dia. Itu je aku nak cakap. Manusia macam dia, hanya satu cara je nak ajar dia. Abaikan dia."

Jin angguk kepala. "Aku harap kau masih mampu hadap dia selama kau ada di sini. Aku tak nak dapat laporan sekolah hancur sebab kau mengamuk."

"Mengamuk? Hmm... Mungkin."

"Oi! Masalah besar nanti."

Reishi ketawa kecil buat pertama kalinya untuk Geto dan Gojo lihat dari jauh. Ternyata manusia berwajah serius ini juga mampu tersenyum dan ketawa.

"Jangan risau. Aku akan pastikan tak ada bukti atau kehancuran kalau aku betul-betul nak bunuh dia," kata Reishi sambil ketawa dengan senyuman manis.

Geto dan Gojo tercengang mendengarnya. "Seram."

Gojo geleng kepala dan senyum bangga. "Mustahil manusia tanpa tenaga sumpahan macam dia boleh bunuh aku."

"Hm? Kau yakin lepas kau berlawan dengan Toji sebelum ni dan hampir mati?" Geto persoalkan hal itu.

Gojo terdiam seketika. "Kebetulan."

Geto tepuk dahi. "Tak serik lagi dia ni."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SEMBUNYIWhere stories live. Discover now