Asfan berdecit geram.

"Jangan terlalu membela isteri kau Shaz. Salah tetap salah. Dia dah malukan kau, dia dah pijak lumat maruah kau. Kenapa? kenapa kau masih bela dia mati-matian?" Asfan berkata dengan nada kecewa.

Shazrin Ammar mengukir senyum kecil.

"Kalau bukan suami dia yang bela. Siapa lagi yang akan bela dia?" jawab Shazrin Ammar lembut.

Anggerik pula memutarkan kedua bebola matanya. Menyampah pula rasa hati ini mendengar kata-kata suaminya sebentar tadi.

"Tak payah pura-pura baiklah jantan. Kau memang dah dayus pun. Kau dayus sebaik sahaja kau biarkan aku tidur dengan lelaki lain." Selamba Anggerik berkata tanpa rasa bersalah walaupun sedikit.

Pang! Terteleng ke tepi kepala Anggerik dek kerana sebuah tamparan keras daripada si abang.

"Fan..." Namun, kata-kata itu di potong oleh Asfan terlebih dulu.

"Cukup-cukuplah kau bela dia. Walaupun kau bela dia bermati-matian. Dia tak akan pernah sedarlah Shaz! sebab apa? sebab bagi Bunga Anggerik Nathalia. Dia lah seorang wanita yang paling sempurna!" sinis Asfan memberi paku buah keras.

Jari telunjuknya di tunjuk tepat muka si adik bongsu.

"Kau patut bersyukur sebab ada lelaki yang sudi nak jadi pak sanggup untuk kau! sanggup ketepikan kebahagiaan sendiri semata-mata untuk kau! kalau ikutkan hati aku malam ini, kau memang mampus dengan aku! tak cukup-cukup lagi ke kau malukan keluarga kita? tak cukup ke Anggerik?!" teriak Asfan geram.

Dia terasa gagal menjadi seorang abang kepada adik. Dia gagal untuk mendidik Bunga Anggerik Nathalia supaya menjadi seorang manusia yang rendah hati. Jaga maruah diri.

"Saya tak nak keruhkan keadaan. Saya minta izin untuk bawa isteri saya pulang ke rumah." Kata Shazrin Ammar lalu menarik tangan isterinya untuk keluar dari rumah agam itu.

Bunga Anggerik Nathalia hanya diam dan mengikuti sahaja langkah suaminya.

"Awak, tidurlah dulu." Kata Shazrin Ammar sebaik sahaja mereka berdua sampai di rumah.

Bunga Anggerik Nathalia hanya diam. Tidak menjawab sepatah pun kata-kata suami.

"Kenapa?" soal Shazrin Ammar bersama senyuman kecil.

Dia tahu, isterinya ini diam bersebab.

"Aku tertanya, di perbuat daripada apa hati kau sehingga kau boleh bertahan dengan aku. Aku juga ada soalan untu kau jawab. Mungkin kedengaran bodoh tetapi aku inginkan sebuah jawapan daripada mulut kau sendiri."  Kata Anggerik pula serius.

Shazrin Ammar pula mengukir sebuah senyuman manis sambil melabuhkan punggungnya menghadap sang isteri. Dia Menanti soalan yang ingin di tanya oleh Anggerik.

"Eh, kenapa kau tak ceraikan aku? talak dekat tangan kau Shazrin Ammar. Tak cukup dengan kau bodoh. Sekarang, ni kau tambah bebanan kau sendiri sebagai jantan dayus ha?! bini kau ni, dah tidur dengan jantan lain faham tak?!" Kata Bunga Anggerik Nathalia sambil menatap tepat ke dalam anak mata suaminya.

Ada luka yang sedang ia tutupi bersama senyuman yang sentiasa mekar menghiasi wajah lelaki itu.

"Sebab awak tengah mengandung. Awak sedang berbadan dua. Jadi, izinkan saya untuk jaga awak. Selepas awak bersalin dengan selamat, saya janji akan lepaskan awak. Dan, awak boleh hidup bebas semula." Tenang Shazrin Ammar menjawab.

Bunga Anggerik Nathalia mengluh ketika mendengar jawapan daripada sang suami. Tidak tahu, sama ada suaminya terlalu baik atau kurang cerdik? Shazrin Ammar sendiri melihat dia sedang bermesraan dengan lelaki lain di atas ranjang sebentar tadi di hotel. Namun, sekarang dia seakan melupakan sahaja peristiwa itu.

"Fine, aku izinkan kau untuk jaga aku. Pastikan kau, kotakan janji kau. Aku dah terlalu terseksa jadi isteri kau. Kenapa malang sangat nasib aku ni? dapat suami bodoh takde pelajaran. Lembab pula tu! Eyy, Allah memang tak adil dengan aku!" Kata Anggerik lagi lalu di tumbuk-tumbuk dada bidang milik Shazrin Ammar.

Sang suami pula, menahan kedua tangan itu daripada terus memukul. Dia mengukir senyuman manis kepada sang isteri.

"Tak baik berburuk sangka dengan Allah. Mungkin Allah sedang cuba untuk buka pintu hati semula agar kembali DIA, Anggerik. Dahlah, awak rehat yer. Ibu mengandung tak boleh tertekan. Saya keluar dulu." Kata Shazrin Ammar pula.

Dia tidak ingin terus berbalah. Dia penat.

"Tunggu dulu, aku lapar." Kata Anggerik lalu merentap kasar kedua tangannya daripada terus di pegang oleh sang suami.

Shazrin Ammar senyum.

"Awak nak makan apa? biar saya masak." Kata Shazrin Ammar lagi.

"Spageti?" jawab Anggerik spontan.

"Boleh." jawabnya lagi.

Bunga Anggerik Nathalia menguntum sebuah senyuman.

"Ada pen dengan kertas?" Soal Anggerik.

Shazrin mengangguk.

"Dalam laci meja." Kata Shazrin Ammar.

Anggerik bangun lalu bergerak ke arah laci meja yang di maksudkan oleh sang suami. Ia menarik satu kertas dan pen. Setelah itu dia menulis, resepi untuk membuat spageti dan ia berikan pada suaminya.

"Nah, nanti baca resepi ni." Kata Anggerik lalu menghulur kertas yang berisi tulisan tangannya.

Shazrin Ammar mengambil kertas itu. Di tatap lama. Tiada satu perkataan pun ia bisa baca. Dia kembali menatap sang isteri yang masih cemberut.

"Aku tahu kau bodoh sebab tak pernah sekolah. Tapi, takkanlah membaca pun kau tak tahu? benda basic kot!" Kata Anggerik lalu melabuhkan punggung di sebelah jejaka itu.

Shazrin Ammar mengukir senyum. Dia memang tidak pandai membaca. Itu hakikat yang perlu isterinya tahu.

"Saya minta maaf. Saya memang tak tahu membaca. Maaf sebab awak dapat suami yang bodoh macam saya." Katanya pula dengan suara yang mengendur.

Bunga Anggerik Nathalia mengeluh.

"Aku takde mood nak sambung bergaduh. Teman aku masak." Putus Anggerik lalu bangun dari tempat duduknya.

Shazrin Ammar pula laju mengangguk. Untuk kali pertama, dia dapat rasakan sisi lain isterinya.

Hello! okay tak?
typo abaikan!

Jangan lupa vote&komen
banyak²! kalau tak, saya
malas updated werk!

Janji double kan?
esoklah eh sambung.
sorry tau!

Apa pun, happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now