B A B 6

2.3K 204 17
                                    

"Kakak ipar paling bangsat, jatuh kepada Bunga Anggerik Nathalia. Hei perempuan, kau patut sedar diri. Kalau bukan sebab abang aku yang sanggup berkahwin dengan kau dan tutup aib kau. Kau rasa sekarang, dekat mana tempat kau?" Kata Shafiq Ammar sinis.

Dia ingin Bunga Anggerik sedar bahawa. Kerana Shazrin Ammar, keluarganya masih di hormati. Jika tidak, sudah pasti satu kampung mengeji keluarga besar Tuan Fakhrul Adlan kerana anaknya sedang hamil di luar nikah!

"Ceh, aku tak suruh pun dia kahwin dengan aku dan tutup aib akulah! Abang kau tu je bodoh sebab rasa terhutang budi. Dengar cerita orang kampung, abang kau pembawa sial, betul ke?" Selamba Bunga Anggerik Nathalia menjawab.

Pang! Usai sahaja dia berkata. Satu tamparan singgah di pipi. Dia tergamam untuk seketika. Wajah adik iparnya di pandang penuh amarah. Namun, hanya muka tenang yang di pamerkan oleh Shafiq Ammar.

"Ops, sorry sengaja. Kau dengar sini betina. Aku terima kau sebab abang. Orang yang paling kau hina paling bodoh dan pembawa sial itu dah selamatkan maruah keluarga kau. Sekali lagi, kau hina abang aku. Aku akan pastikan kedua belah pipi kau makan penampar aku lagi." Kata Shafiq Ammar sambil menunding jari telunjuknya tepat di muka kakak iparnya.

Bunga Anggerik Nathalia mengetap bibir menahan marah. Dalam ramai-ramai adik iparnya, hanya Shafiq Ammar sahaja yang berani menampar dirinya dan menggelarkan dirinya bangsat!

"Kau memang sial!" Tempik Anggerik marah.

Shafiq Ammar tertawa sinis.

"Bunga Anggerik Nathalia,You need to know who your brother-in-law really is. I can kill you without leaving any proof." Kata Shafiq Ammar lagi.

Orang yang paling diam. Paling tenang. Sebenarnya orang yang paling berbahaya. Dia paling pantang orang menghina abangnya. Kerana bagi dia, Shazrin Ammar adalah segala-galanya. Dia akan  lindungi abangnya walau dengan cara apa sekalipun.

"Really? I'm not scared at all." Jawab Anggerik pula bersama senyum sinis.

"Aku tak suka layan betina murah seperti kau. Kau tu sisa orang. Belajarlah bersyukur sebab masih ada orang nak dekat kau. Kau tahu tak Anggerik. Kau ibarat seekor ikan yang busuk yang orang ambil sebab kesian. Kalau di jual belum tentu laku. Betina murah." Kata Shafiq lalu keluar dari dapur itu.

Malas dia hendak berlama-lama di dapur dengan kakak iparnya. Manakala, Anggerik mengempal penumbuk. Dia terasa tercabar dengan kata-kata adik iparnya. Perempuan murah?

"Betina murah? Okay, aku akan pastikan abang kau malu ada isteri aku. Betina murahkan? Kau tak kenal lagi siapa betina murah ni lah!" Jerit Anggerik penuh dendam.

Dia akan pastikan Shazrin Ammar malu dan menjadi seorang lelaki dayus malam ini. Semua ini tak akan terjadi, kalau dia tak mengandungkan anak kekasihnya!

"I hate you, Alexander!" Jeritnya lagi melepas amarah.

Malamnya, di hotel Seri Rafflessia. Dia mengukir senyuman sinis ketika melihat suaminya datang bersama abangnya, Asfan. Tidak sia-sia dia mengupah Ikram Naufal iaitu samseng kampung untuk menjayakan misi balas dendamnya ini.

Shazrin Ammar menarik nafas. Tombol pintu itu digenggam kemas. Untuk seketika dia memejamkan kedua matanya agar dirinya tenang. Dia mengeluh kecil. Suami mana yang tidak kecewa ketika melihat isterinya bersama lelaki lain di satu kamar dalan keadaan yang mengaibkan. Dia bukan malaikat yang tiada perasaan. Dia hanya seorang manusia biasa yang masih ada hati dan perasaan.

Namun, dia tahu marah bukanlah jalan penyelesaian. Dia membuka semula matanya dan memandang isterinya bersama senyuman manis.

"Saya tunggu awak dekat luar. Bersiap-siaplah." Kata Shazrin Ammar dengan suara yang lembut.

Dia memusingkan badannya dan melangkah keluar bersama Asfan. Sengaja lengan sahabatnya itu di tarik agar keluar bersama-sama. Kerana dia tidak ingin Asfan bertindak di luar kawalan. Bagi Shazrin Ammar, kekerasan bukanlah jalan untuk menyelesaikan masalah.

"Shaz, kau terlalu baik." Kata Asfan tidak berpuas hati.

Bagaimana sahabatnya ini bisa setenang ini setelah melihat isterinya tidur bersama lelaki lain. Jika dia berada di tempat Shazrin Ammar sudah pasti lelaki itu lunyai ia kerjakan.

Dah pupus sangat ke anak dara di Kampung Durian Hilang sehingga tertarik dengan isteri orang pula?

"Habistu, kau nak aku bunuh Ikram?" Kata Shazrin Ammar pula.

Asfan yang mendengarkan kata-kata sahabatnya itu mengeluh kecil.

"Shaz, kau sekarang dah jadi adik ipar aku. Malunya muka aku ni Shaz. Adik aku dah luka kan hati sahabat aku sendiri. Shaz, kau manusia biasa bukan malaikat yang tiada perasaan. Tak ada ke walaupun sedikit, rasa sakit hati itu?" Kata Asfan sambil merenung ke dalam mata Shazrin.

Namun, cepat-cepat adik iparnya itu memalingkan muka ke arah lain. Dia bisa melihat topeng palsu sebuah senyuman di wajah itu.

"Jangan tipu aku Shaz, aku tahu kau kecewa." Kata Asfan lagi.

Shazrin Ammar pula mengukir senyuman manis.

"Fan, beritahu aku suami mana yang tak kecewa ketika melihat isterinya bersama lelaki lain? Fan, aku tanya kau. Aku berhak dan layak ke untuk rasa kecewa? Aku berhak ke untuk rasa sakit hati sedangkan perkahwinan kami ini hanya sekadar untuk menutupi aibnya sahaja?" Kata Shazrin Ammar pula.

Asfan menepuk lembut bahu sahabatnya. Senyuman ia ukir walaupun payah.

"Shaz, kau suami. Kau layak dan berhak ke atas isteri kau sendiri. Tak kisahlah perkahwinan itu terjadi atas sebab apa. Anggerik isteri kau dan kau layak untuk rasa marah dan kecewa itu." Kata Asfan lagi.

Shazrin Ammar pula tersenyum tawar.

"Bunga Anggerik Nathalia. Orang yang paling aku cinta. Fan, aku sedar diri. Aku tak pernah beritahu sesiapa pun tentang isi hati aku termasuk adik-adik aku. Tapi, hari ini aku nak buat satu pengakuan. Aku cintakan Anggerik. Aku cintakan dia sejak lama. Tapi, aku tahu aku tak layak untuk dia. Setiap hari Fan, setiap hari selepas solat. Aku akan berdoa dekat Allah supaya jodohkan aku dengan dia walaupun aku tahu, perkara itu mustahil." Kata Shazrin Ammar dengan panjang lebar.

Dia mengukir senyuman pada Asfan yang setia mendengar luahan hatinya.

"Tapi Fan, Allah itu Maha Mendengar. Dia makbulkan doa aku. Walaupun aku tahu, Anggerik terpaksa terima aku. Tapi tak apa, selagi dia perlukan aku. Aku akan jaga dia." Katanya lagi.

"Boleh aku tahu, doa kau untuk adik aku?" Soal Asfan lembut.

Shazrin Ammar mengangguk.

"Doa aku untuk dia. Ya Allah, Tuhan Semesta Alam. Penguasa Langit Dan Bumi. Yang Menciptakan Siang Dan Malam. Jaga dan peliharalah setiap langkah tulang rusuk kiriku walaupun ke mana sahaja dia berada. Ya Allah, berikan dia sejuta kebahagiaan yang tidak terjangka. Dan, jauhkanlah sejuta kedukaan untuknya. Andai syarat bahagia milik dia adalah penderitaanku. Kau gantikanlah dan pulangkanlah derita itu padaku agar Bunga Anggerik Nathalia selalu bahagia." Senyuman di ukir.

Asfan terdiam. Dia kagum dengan Shazrin Ammar. Mencintai dalam diam. Hanya selitan doa menjadi perantaraan kedua insan itu.

Hello! okay tak?
typo? abaikan!

Jangan lupa vote&komen
banyak² tau! kalau tak, saya
malas updated werk!

Apa pun, happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu