29. Marviel Menunggu

Start from the beginning
                                    

"Yup, hormon kau terabur sejak Viel menghilang." Komen Sconne ringkas. Marvin tidak berhenti dengan resahnya. Sehingga tahap memecah masuk ke biliknya di asrama Redane semata-mata untuk menghaburkan teori-teori kehilangan Marviel dan Daniel.

"Pengetua tipu kita"

Sekali lagi...Yup, Marvin menolak bulat-bulat penyataan pengetua. Sconne mengeluh. Marvin Berjaya merencana seribu satu teori yang dibentang secara langsung dengannya.

"Justin!" panggil Sconne apabila ternampak kelibat Justin.

Justin menoleh seraya menyusun langkahnya ke arah mereka. Selalunya Justin tidak mengendahkan dia tetapi tidak kali itu.

"Baik..." Marvin terdiam dan merenung Justin yang kian hampir. "Semua pelik." Marvinmeramas rambutnya kusut.

"Daniel ada beritahu apa-apa?"

"Jangan risau. Tiada apa-apa yang berlaku." Ujar Justin.

"Huh?" Sconne dan Marvin memandang antara satu sama lain.

Justin menyeluk poket jubahnya. Dia mengeluarkan sekeping kertas dan dia mencoret sesuatu. kemudiannya dihulurkan kepada mereka berdua. "Hafal."

Sconne dan Marvin tanpa banyak soal membacanya.Yakin mereka telah menghafalnya Justin membakar kertas itu. Dia berlalu pergi meninggalkan kedua-duanya terpinga-pinga.

+_*

Justin menolak pintu terakhir dan melangkah masuk dengan diikuti Sconne dan Marvin.

"Kepala otak kau gila!" Sumpah Marvin sebaik sahaja bertemu dengan kembarnya. Dia memukul saudaranya dengan senyuman geram terukir diwajah. "Kau buat aku risau, sawan!"

"Aku rindu kau juga, Vin" balas Marviel tersengih-sengih.

Sconne menghampiri Daniel. Naluri penyembuh membuatkan dia melihat keadaan Daniel. Daniel membiarkan sahaja tindakan Sconne. "Tulang rusuk patah...kecederaan dalaman..." Sconne memeriksa lagi. "Siapa rawat kau Dan?"

"Pengetua" jawab Marviel bagi pihak Daniel.

"Pengetua?" Sconne mengangkat keningnya.

"Ya, saya."

"Pengetua!" Sconne dan si kembar seraya berdiri tegak terkejut dengan ketibaan Pengetua yang tidak disedari.

Profesor Steveness duduk di sofa berhampiran. Bilik itu kembali meriah setelah sekian lama menyepi. Justin dipandang seketika, pemegang kuasa Goldsilv yang bukan keturunan Goldsilv. Tidak hairanlah dia boleh membuka pintu-pintu rahsia Featherave sebaik sahaja Daniel, pewaris rasmi, mengizinkan.

"Boleh kita mulakan?"

+

Suasana sepi seketika seusai Daniel menceritakan kejadian sebenarnya.

"Angaran umur penyerang adalah sekitar umur kita? adalah lebih baik jika kita pastikan penyerang bukan dalam kalangan pelajar Featherave." Ujar Marviel termangu.

"Persoalannya, bagaimana mahu mengenal pasti penyerang?"Daniel mengangkat wajahnya.

"Sampel darah."

"Kamu ada darah penyerang?" soal pengetua yang akhirnya bersuara.

Daniel menggeleng. "Penyerang adalah orang yang mengetahui kewujudan Goldsilv, tahu bagaimana Goldsilv berfungsi." Masih jelas diingatannya apabila penyerang tidak terkejut dengan kuasanya bahkan dia umpama sudah mengetahuinya. "Tiada yang lebih tahu tentang keturunan istimewa melainkan ia sebahagian daripadanya"

"Selain Goldsilv..."

Daniel memandang ke arah pengetua mereka. Dia tahu, lelaki itu tahu apa yang dia tahu. Ayahnya pasti pernah berada ditempatnya suatu ketika dahulu.

"Declan mengesyaki keluarga Darkline, Miho dan Barack. Setiap keluarga ada motif yang tersendiri. Persamaannya ketiga-tiga keluarga diklasifikasi sebagai dongeng."

Declan Noblesse... Wajah Declan samar-samar diingatan Daniel. Pakciknya, abang kepada ibunya. Daniel memegang kepalanya. Sconne yang menyedari perubahan Daniel, pantas memeriksanya lagi.

"Kau demam ni."

"Saya rasa kita sambung perbualan ini di lain hari."

Daniel menggeleng. "Tak, tiada apa perlu dibincangkan lagi. Saya perlukan sampel darah setiap pelajar. Itu sahaja."

Profesor Steveness mengangkat keningnya. "tiada masalah. Beristirehat. Selamat malam."

Profesor Steveness meninggalkan bilik itu untuk kembali ke ruangnya. Tiada masalah untuk mendapatkan sampel darah, dewasa ini Featherave banyak berkerjasama dengan dunia tanpa sihir. Teknologi dunia itu sangat menarik untuk dibawa ke Featherave terutamanya dalam bidang perubatan.

Pewaris Goldsilv itu pula, dengan keberadaan Sconne, keadaan Daniel akan diuruskan. Dia perlu menghantar makan malam kepada mereka sahaja. Royalize mahupun Noblesse selagi bergelar keturunan Goldsilv, berahsia pasti kriteria wajib ada.

ROYALIZEWhere stories live. Discover now