B A B 5

3.8K 266 14
                                    

"Shafiq." Panggil Shazrin Ammar dengan lembut adik bongsunya.

Dia mengukir senyuman kecil lalu melabuhkan punggung bersebelahan si adik yang jelas wajahnya sangat ketat. Kebiasaan Shafiq Ammar akan berada di sungai berdekatan dengan rumah mereka. Di sini, ada sebuah pondok kecil yang di buat khas oleh Shafiq sendiri.

Pondok ini di reka oleh adiknya ketika dia sedang merajuk dengan dirinya semasa zaman kanak-kanaknya. Jika di ingat semula, rindunya zaman itu kan?

"Shafiq, abang tahu Fiq marah dekat abang." Kata Shazrin lagi.

Shafiq Ammar pula mengeluh kecil. Wajah si abang di pandang lama. Dia sangat sayangkan Shazrin Ammar. Jika di suruh memilih. Dia akan pilih abang. Dia tidak marah. Cuma, dia terkilan. Mengapa abangnya terlalu baik untuk bernikah dengan  perempuan seperti Bunga Anggerik Nathalia?

Wanita itu, langsung tidak layak untuk abang. Dia hanya ingin melihat abang bahagia. Bukan penderitaan.

"Abang, Fiq bukan marah. Tapi, Fiq terkilan. Kenapa abang sanggup jadi pak sanggup untuk perempuan seperti Anggerik?" Soal Shafiq Ammar ingin tahu.

Shazrin Ammar mengukir senyum. Wajah adik bongsunya di pandang penuh kasih sayang.

"Sebab budi Tuan Fakhrul dekat kita. Fiq, sebagai manusia. Kita perlu selalu kenang budi orang. Terlalu banyak budi Tuan Fakhrul taburkan dekat kita adik-beradik. Tak terbalas rasanya jasa mereka. Jadi, ini saja satu-satunya cara untuk abang balas jasa dia dengan mengahwini anaknya." Kata Shazrin Ammar pula dengan tenang.

Shafiq Ammar mengeluh kecil. Dia tidak bisa menafikan kata-kata abang. Semua yang di katakan oleh Shazrin Ammar adalah benar belaka. Berkat Tuan Fakhrul Adlan jugalah dia boleh menyambung pelajarannya sebagai bakal seorang doktor pakar kanak-kanak kelak.

"Fiq nak tengok abang bahagia. Bukan derita. Abang dapat bagi Fiq jaminan ke bahawa perkahwinan abang ini akan bahagia?" Kata Shafiq serius.

"Abang, balas budi pun. Bukan ini caranya. Fiq, tak nafikan apa yang abang kata itu. Tapi, bukan dengan gadaikan kebahagiaan abang sendiri." Ucapnya lagi.

Cukuplah selama ini Shazrin Ammar berkorban untuk mereka tiga beradik. Sudah tiba waktunya abangnya ini merasai secebis kebahagiaan pula.

"Inshaallah abang akan bahagia nanti. Fiq doakanlah supaya abang bahagia. Fiq, kita hidup atas muka bumi ini adalah untuk di uji sejauh mana kemampuan kita untuk menahan dan menerima ujian yang di berikan oleh Allah dekat kita. Abang terina ujian yang Allah berikan untuk abang. Andai ini adalah salah satu  syarat untuk bahagia." Kata shazrin Ammar dengan panjang lebar.

Senyuman ia lemparkan pada si adik.

"Dari kecil abang tak pernah bahagia. Abang selalu ketepikan diri abang. Abang selalu dulukan kami tiga beradik. Fiq sakit hati tengok abang perlu bekerja untuk kami. Fiq kecewa bila abang terpaksa putus sekolah hanya kerana kami bertiga." Kata Shafiq Ammar lagi bersama linangan air mata.

Shazrin Ammar menyapu air mata yang jatuh di pipi si adik. Dia senyum manis.

"Fiq, kebahagiaan abang adalah melihat korang berjaya. Buktikan dekat abang bahawa pengorbanan abang ini tidak sia-sia. Abang sayang korang lebih dari nyawa abang. Korang adalah harta yang paling bernilai untuk abang yang arwah ayah dan ibu tinggalkan." Kata Shazrin Ammar dengan lembut.

Shafiq Ammar menatap lama si abang. Dia tidak dapat meramal perkara yang bakal berlaku ke depannya. Namun, dia berdoa agar abangnya akan merasakan kebahagiaan yang sebenar kelak.

"Dah, tak naklah sedih-sedih. Jom kita balik, nanti abang masak makanan kegemaran Fiq." Pujuk Shazrin Ammar pula bersama senyuman manis.

Shafiq Ammar menarik sebuah senyuman kecil.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now