BAB 1

19 3 0
                                    

Lapar. Itu terlintas dalam fikiran Laira Sameera. Dia mengeluh berat. Berapa lama dia perlu terkurung dalam sangkar penjara yang dibuat oleh lelaki itu. Dia juga ingin menangis kerana esok perkahwinannya dengan Khair akan berlangsung. Dia sepatut berada di rumah ayahanda dan bonda tetapi nasib malangnya menimpa ke dirinya sehingga sekarang. Diperkosa. Dikurung. Laira memeluk kakinya ke dadanya. Perutnya makin berbunyi menandakan dia betul -betul lapar.

Klak! Bunyi seseorang membuka pintu dari luar membuatkan Laira berpaling memandang seorang pelayan melangkah masuk dengan membawa makanan tengah hari untuknya. Laira terdiam. Tidak dia sangka bahwa Abraham Elhasiq ada perikemanusiaan. Kalau tidak, lelaki sejenis iblis itu mencekiknya. Dia memandang pelayan itu melangkah pergi meninggalkannya dengan makanan yang berada di atas meja sebelah katil.

Dia melangkah ke arah makanan tersebut. Egonya diturunkan. Dia tidak mahu mati kelaparan dalam bilik yang sudah dilihat seperti penjara. Sia -sia saja dia mati seorang diri. Roti digigit lalu dikunyah perlahan. Dia memasukkan secebis roti ke dalam sup cendawan lalu roti yang dicicah itu dimasukkan dalam mulutnya. Dia meneruskan makan sehingga makanan itu habis. Kemudian, dia mencapai gelas yang diisi air kosong. Dia meminum air itu sehingga habis.

Dari jauh, Abraham melihat gerak -geri gadis itu menghabiskan makanan yang dihantar oleh pelayan peribadinya. Tanpa sedar, bibirnya melukis senyuman nipis. Dia menutup skrin ipad dan meletakkan ipad di atas meja yang berada di hadapannya. Kopi dicapai lalu disisip perlahan. Abraham mula teringat esok adalah hari perkahwinan Khair dan Laira. Dia tersenyum sinis. Tch, kesian si Khair. Sudah tahu Laira ada di tangannya tetapi Khair tidak dapat mencari tempat di mana Abraham menyorok gadis yang bakal menjadi isteri lelaki itu. Di manakah kebijaksanaan Khair? Adakah sudah hilang begitu sahaja? Tetapi macam mana riak Khair kalau dia dapat tahu yang Abraham sudah sentuh Laira terlebih dahulu dari lelaki itu. Kecewa? Abraham tertawa kecil. Dia suka melihat Khair menderita.

Khair  memiliki semua benda yang berada di sekelilingnya. Sebagai contoh, keluarga yang harmoni dan selalu melindungi antara satu sama lain. Kemudian, Khair mendapat perhatian dan kasih sayang daripada orang ramai yang berada di sekelilingnya itu. Khair  disanjung oleh orang ramai disebabkan kebijaksanaan. Jelaslah yang Abraham Elhasiq cemburu dengan apa yang Khair ada termasuk Laira. Khair mempunyai Laira tetapi Abraham menculik Laira sebagai bentuk dendam Abraham kepada Ghani.

Dari kecil, Abraham sudah berada di rumah anak yatim piatu. Dia selalu diejek, dimaki dan dibuli membuatkan mental dan fizikal Abraham lelah. Kemudian, ia ditambahkan dengan satu lelaki berkot hitam datang untuk mengambilnya. Abraham  pada mulanya dapat bebas daripada rumah anak yatim piatu. Dia bebas dibuli dan diejek. Namun, dia sudah melangkah masuk ke dalam rumah besar bak istana dan melihat ada sosok lelaki tua sedang berdiri di balkoni memandangnya dari bawah.

“Aku nak kau ajar budak ni jadi ketua.” Tiada berbicara lebih lama, lelaki tua itu pergi meninggalkannya dengan seorang pengawal. Sejak dari itu, Abraham selalu berada di dalam pusat latihan untuk dididik menjadi orang kuat dari segi fizikal dan mental dan dia diajar untuk menjadi ketua. Dia juga keluar untuk pergi sekolah. Disitu, dia mengenal Khair.

Khair popular dengan kebijaksanaan dan kekacakan yang luar biasa membuatkan Abraham cemburu kerana dia tidak dipandang oleh orang ramai yang berada di sekelilingnya. Abraham berlawan dengan Khair  menggunakan pelajaran. Abraham mendapat tempat pertama sementara Khair mendapat tempat kedua namun tetap juga Khair mendapat perhatian. Dari situlah, Abraham membenci Khair.

Tok! Tok!! Ketukan pintu dari luar menghancurkan lamunan Abraham serta-merta. Abraham mengangkat wajah melihat Daim berdiri di hadapannya dengan memegang ipad ditangannya untuk memeriksa jadual yang sudah diatur oleh lelaki itu sendiri.

“Hari ini tuan tiada temu janji dengan sesiapa,” beritahu Daim tenang. Abraham hanya diam dan menyuruh pembantu peribadinya keluar. Daim mengangguk patuh.

Khair melempar semua benda yang ada di atas meja kerjanya dengan perasaan amarah. Laira. Di manakah Laira sebenarnya. Semua tempat sudah dia cari tetapi tidak dapat dijumpai. Kalaulah hari itu dia tahu Laira kena culik, dia takkan biarkan Laira balik ke rumah seorang diri. Rambut lebatnya dicengkam kuat, hal ini bermakna dia tengah berada dalam keadaan serabut. Esok adalah hari di mana akad nikah antara dia dan Laira. Jika tiada Laira, siapa yang ganti sosok Laira. Dia tidak mahu keluarganya juga mendapat malu.

Khair menarik nafas untuk menenangkan dirinya yang masih dilanda kemarahan besar. Dengan sikap tenang, Khair menelefon seseorang dari luar talian. Perbincangan Khair dengan seseorang sangat serius. Kemudian dia menutup telefon dan melempar ke sofa. Tanpa berkata sepatah apa pun, Khair mengambil tuala lalu dibawa masuk ke dalam bilik air. Dia ingin mandi untuk tenangkan fikiran.

“Macam mana dengan Khair? Ada apa- apa berita pasal dia?” Perbualan itu dimulakan dengan soalan berkaitan musuhnya itu. Abraham bermain -main dengan gelas yang diisi air anggur. Dia ingin tahu rancangan Khair. Sampai macam itu sekali Abraham tahu tentang Khair untuk memusnahkan lelaki itu.

“Saya dengar dia nak cari pengganti cik Laira, tuan.” Mendengar hal itu, Abraham tawa sinis. Dia menyisip perlahan air anggur lalu meletakkan gelas berkaki satu itu di hadapannya.

“Teruskan kerja kau macam biasa.” Panggilan itu ditutup oleh Abraham terlebih dahulu. Dia melangkah ke arah balkoni dan merenung malam yang ditemani bintang dan bulan. Selepas beberapa minit Abraham berada di luar balkoni, lelaki itu melangkah masuk ke dalam biliknya.

Laira melangkah keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya yang basah itu. Langkahnya yang ingin menuju ke arah almari, terhenti. Gadis itu terkejut dengan kemunculan lelaki itu secara tiba-tiba. Tetapi tidak berselang lama wajahnya yang terkejut digantikan dengan wajah diingin. Sosok tubuh lelaki itu dihiraukan. Dia menilik baju satu persatu dan mengambil salah satu baju tidur yang menutupi tubuhnya. Lingerie yang dibeli oleh Abraham tidak dia gunakan. Dia bukan perempuan pelacur yang suka naik ranjang seseorang. Dia takkan biarkan dirinya menjadi pelacur untuk lelaki itu.

Abraham mengusik hujung rambut basah Laira dengan senyuman sinis yang tidak luntur di bibirnya. Laira malas ingin melayan usikan lelaki itu. Dia berjalan ke arah bilik air dan memakai baju tidur itu di dalam bilik air. Selesai sahaja dia memakai baju tidur, dia ingin menutup matanya. Tidur.

“Khair sudah cari penganti kau. Secepat itu dia lupakan kau, Laira. Aku ingatkan dia setia dengan kau. Rupanya dia cari penganti untuk gantikan kau dan dia tidak mahu menanggung rasa malunya di pernikahan esok hari,” kata Abraham  dengan tenang. Dia cuba memanipulasi gadis itu. Dia cuba membuat gadis itu mempercayainya. Setelah itu, dia akan buat gadis itu sangat cintakan dia. Baru dia akan buang gadis itu di tepi jalan macam pengemis.

Laira yang menutup mata, hanya diam. Walaupun dia menutup mata tetapi dia dengar apa yang dikatakan oleh Abraham tersebut. Dia tidak dapat menghalang Abraham lebih dalam lagi. Dia sudah mengalah dari awal. Jujur dia katakan, dia menjadi tawanan penjara Abraham. Laira tetap diam dan menutup mata, dia tidak merespon segala apa yang dikatakan oleh Abraham. Dia reda jika Khair mencari penggantinya.

PENJARA CINTA Where stories live. Discover now