B A B 4

2.4K 210 14
                                    

"Kita tengok sejauh mana kata-kata awak itu boleh pergi." Balas Shazrin selamba.

Bunga Anggerik Nathalia mengukir sebuah senyuman sinis. Dia mendekati, lelaki yang baru sahaja sah menjadi suaminya. Kedua tangan di bawa ke dada dan mendongak untuk menatap wajah yang tenang itu.

Setenang air di lautan. Itulah gambaran yang boleh ia gambarkan ketika melihat muka suaminya.

"Nampaknya Shazrin Ammar, kau belum kenal siapa aku. Selamat datang ke neraka dunia buatan aku. Jangan ingat aku akan hormatkan kau sebagai seorang suami! Lelaki macam kau, tak layak untuk aku hormat." Kata Anggerik marah dan sinis.

Shazrin Ammar pula, hanya menatap isterinya bersama senyuman manis. Seakan-akan tidak terkesan dengan kata-kata yang di muntahkan oleh Bunga Anggerik Nathalia. Pendek kata, dia sebenarnya malas hendak berdebat dengan sang isteri.

Kerana sifat wanita suka marah dan ego tinggi. Semakin kita layan. Semakin dia merasa egonya tercabar. Dia pula tidak suka bergaduh. Lebih-lebih lagi dengan kaum hawa. Kerana, dia juga mempunyai dua adik perempuan. Jadi, dia perlu menghormati dan sayangi isterinya kelak seperti mana dia menyayangi kedua adiknya itu

"Kita balik rumah saya. Saya tunggu awak dekat ruang tamu. Kalau awak berkeras nak tidur dekat sini juga, jangan salahkan saya, kalau saya dukung awak hanya semata-mata untuk kita balik rumah." Kata Shazrin dengan suara yang cukup lembut.

Senyuman di bibir. Tidak pernah lekang dan pudar. Dia memang pemurah dengan senyuman.

"Kau ugut aku? Kau siapa nak ugut dan arahkan aku? Sedarlah diri kau, kau hanya seorang suami yang langsung aku tak anggap atau iktiraf!" Kata Anggerik pula geram.

Shazrin Ammar tertawa kecil. Nafas di tarik sebelum berbicara. Wajah isterinya di lihat dengan penuh kasih. Renungan itu khas ia berikan untuk Anggerik.

"Saya tak ugut awak. Saya cuma cakap berdasarkan fakta. Maaflah, kalau saya salah. Sebab saya ni bodoh dan tak habis sekolah." Kata Shazrin pula.

"Oh, untuk pengetahuan awak cik Anggerik. Setelah akad di lafazkan. Kita berdua dah sah menjadi suami isteri. Lagipun, tak salah pegang isteri sendiri. Benda halal eloklah kita sentuh. Betul tak?" Katanya lagi bersama senyuman tipis.

Bunga Anggerik Nathalia mengetap gigi menahan marah. Terasa diri ini di sindir.

"Aku benci kau, sial!" Jerit Anggerik dengan rasa marah.

Egonya tercabar kerana sifat tenang Shazrin Ammar.

Baru sahaja beberapa langkah dia menapak keluar dari bilik isterinya. Dia bisa mendengar jeritan nyaring daripada Anggerik yang membuatkan dia berhenti melangkah dan menoleh ke arah gadis itu.

"Cik Anggerik, awak itu perenpuan. Cuba jaga bahasa awak. Daripada awak dapat dosa kering sebab sumpah seranah suami awak. Lebih baik awak berzikir, ingat Allah sikit. Dapat juga pahala kan?" Kata Shazrin Ammar lalu beredar dari situ dengan hati yang puas.

Bunga Anggerik Nathalia yang mendengar balasan kata dari sang suami. Menghentak-hentak kuat kedua kakinya. Tanda geram.

Shazrin Ammar benar-benar sedang menguji dirinya!

Tak guna punya jantan!


Keesokkan harinya, Anggerik baru sahaja bangun dari lena yang panjang. Kedua matanya memandang sekeliling. Sambil itu, dia merenggangkan otot-ototnya yang terasa lenguh. Sebuah keluhan kecil keluar dari bibir mungil itu.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now