B A B 3

2.6K 222 13
                                    

Shazrin Ammar menarik nafas dan menayangkan muka yang tenang. Dia bisa melihat dengan jelas bahawa  Tuan Fakhrul Adlan  sedang menahan marah pada anak bongsunya.

Bapa mana yang tidak terkilan ketika mengetahui perkara seperti ini berlaku? Bunga Anggerik Nathlia yang telah di berukan didikan agama yang cukup. Bisa melakukan maksiat dan bangganya dia memberitahu tentang bayi yang sedang ada di dalam rahimnya itu adalah anak haram.

"Baba, Shaz sanggup kahwin dengan Anggerik." Kata Shazrin Ammar serius

Tuan Fakhrul Adlan mengeluh kecil ketika mendengarkan kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut anak angkatnya itu. Dia tahu, Shazrin Ammar berasa hutang budi dengan dirinya kerana sudah banyak mebantu mereka adik-beradik. Tetapi, itu bukanlah suatu keputusan yang baik walaupun terasa hutang budi kan?

"Shaz yakin dengan keputusan ni? jangan buat keputusan yang terburu-buru. Baba tak hendak nanti kamu menderita." Kata Tuan Fakhrul Adlan pula.


Dia sudah menganggap Shazrin Ammar dan adik-adiknya itu seperti anak-anaknya sendiri.  Dia tidak ingin. Jejaka muda yang berada di depannya ini menerima anak perempuannya ini  hanya kerana terhutang budi. Sedangkan selama ini dia ikhlas dalam membantu lelaki muda itu.

Dia juga tidak ingin mempertaruhkan kebahagiaan Shazrin Ammar kerana bagi Tuan Fakhrul Adlan jejaka muda yang berada di depannya ini sudah cukup menderita semenjak kehilangan kedua ibu bapanya.

"Baba jangan risau. Shaz yakin dengan keputusan ini. Shaz sanggup berkahwin dengan Anggerik demi menutup aib keluarga ini." Kata Shazrin dengan tenang.

Tuan Fakhrul Adlan mengukir senyum hambar. Kedua mata tua itu, beralih memandang Puan Bunga Dahlia Nathalia yang sedang melempar senyum hambar sambil mengeleng.

Dia tidak rela Shazrin Ammar terjebak di dalam peemasalahan ini. Puan Bunga Dahlia Nathalia sangat sayangkan jejaka yang berada di depannya ini. 

"Baba dan umi minta maaf sebab libatkan Shaz dalam masalah ini." Ucap Tuan Fakhrul Adlan.

Shazrin senyum tipis.

"Tak apa. Shaz ikhlas." Jawab jejaka itu lagi.

Namun, ada suara yang menyampuk setelah dia selesai berbicara.

"Aku yang tak ikhlas hendak menjadi isteri kau." Dia memandang jelek jejaka yang berada di depannya itu.

Sedari tadi, dia hanya mendengar perbualan di antara si ayah dan jejaka itu. Dia tidak sudi untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki yang tiada sebarang pelajaran. Jangankan segulung Ijazah. Sijil SPM sahaja dia tidak punya.

"Anggerik tak sudi ada seorang suami yang bodoh macam dia. Nanti, apa pula kata kawan-kawan Anggerik. Anggerik ada Ijazah kot. Sedangkan dia hanya seorang pengemis yang suka menjaja cerita sedih semata hendak hidup senang!" Kata Anggerik lagi tanpa rasa bersalah melemparkan tuduhan.

Kenapa hendak rasa bersalah pula? dia sedang memuntahkan fakta tentang Shazrin Ammar yang hanya hidup menumpang atas ehsan baba dan umi selama ini. Dan sekarang tanpa segan silu dia sanggup menjadi "kambing hitam" semata untuk menutupi aibnya.

Jangan haraplah dia akan benarkan!

"Ada Ijazah pun tak guna Anggerik. Belajar tinggi-tinggi tapi buta agama pun tak guna juga. Sepatutnya kamu tahu halal dan haram. Yelah, belajar tinggi-tinggi sampai luar negara. Tapi, sudahnya anak luar nikah juga yang kamu kandungkan." Bidas Puan Bunga Dahlia Nathalia.

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now