" Hmm ye laa " kata Rafeeq. Dyna terus berlalu pergi masuk kebiliknya untuk berehat.






" Hmm mana kau ni... Kenapa lambat sangat kau duduk dalam kedai tu? Buat part time ke beli barang? " Soalnya sendiri.

Khai sedang menunggu seseorang keluar dari kedai runcit sambil memerhati.

" Haa keluar pun" katanya lagi.

Dia terus keluar dari keretanya lalu menghampiri orang yang dipantaunya tadi.

" Hai bro, miss me?" Tegur Khai kepada lelaki itu.

" Err kha Khai.. kenapa yee? " Soal lelaki itu tergagap-gagap.

" Kenapa kau pucat macam nampak hantu? Jom la ikut aku, ada benda nak dibincangkan" kata Khai. Sambil menarik lelaki itu.

Lelaki itu tidak mampu melakukan apa-apa. Dia hanya patuh dengan arahan Khai.

" Ada apa ya? " Soal lelaki itu.

" Kau nak mengaku ke? Nak tunggu aku bagitau?" Soal Khai mendatar.

" Err sa saya.." belum sempat dia menjawab, Khai sudah terlebih dahulu menumbuk pipinya sehingga membuatkan dia jatuh terteleng.

" Ejen Hakimi, kawan kau dari Kuala Lumpur ada jumpa kau and tanya pasal Black Haisumi tak?" Soal Khai mendatar.

" Ta takde" jawabnya gagap.

" Sekali lagi aku tanya, ada ke tak?! " Suara Khai naik satu oktah.

" Aa ada ada" balas Hakimi.

Hakimi merupakan kawan kepada Ayie, dia bekerja di SPAJR di Puchong.

" Haa boleh pulak kau jujur.. apa yang kau bagitau dia hah?!!" Tengking Khai.

" Saya cuma bagitau dia, orang yang khianati kitorang dulu tu dah meninggal" jawab Hakimi takut.

" Maksud kau?" Soal Khai mendatar.

" Eiman yang khianati kitorang. Sebabkan dia lah kitorang tak berjaya tangkap Black Haisumi dulu." Kata Hakimi. Khai terus melempang muka Hakimi lalu menyepaknya.

" Bodoh. Kau ingat tak perjanjian kita ?! Yang kau pergi bagitau dia pasal Eiman kenapa hah?!!! " Tengking Khai.

" Saya tak bagitau nama. Saya cuma bagitau pasal tu ja, betull. Lepastu saya kata saya tak ingat dah apa-apa pasal dulu. Sumpah" kata Hakimi tangannya diangkat.

" Haha lantaklah. Kau tau kan akibat langgar perjanjian? " Soal Khai sambil tersenyum sinis.

" Sa saya minta maaf.. tapi saya terpaksa" kata Hakimi cemas.

" Kenapa terpaksa? " Soal Khai.

" Ketua kitorang yang dulu suruh"

"Siapa? Suhaimi beruban tu?" Soal Khai lagi.

" Iyaa, sekarang dia mengarah untuk team dekat KL. Dia yang buka balik Kes Black Haisumi ni." Jawab Hakimi.

" Ohh haha, faham.. baiklah thanks for your time. Sorry yerr terbawa emosi. Kau boleh pergi, tapi ingat jangan bagitau sapa-sapa pasal ni. And always remember perjanjian dulu. Kalau kau mungkiri janji lagi, aku akan pastikan kau bangun tidur di alam lain." Kata Khai sambil tersenyum.

" Ba baikk.. saya janji. Terima kasih" Hakimi pun berlalu pergi meninggalkan Khai.

Khai mengeluarkan Telefonnya. Dia terus menghantar mesej kepada Sam dan Rafeeq.

Group Khai Hensem macam
Harry Potter


' guyss'


' apa?' - Sam

' yow bro. Macam mana? Jumpa? ' - Raf

' Aku dah jumpa budak Hakimi tu. Dia kata,
dia ada bagitau maklumat pasal pengkhianat
dalam team diorang dah meninggal '

' hah? Sapa? ' - Sam

' Eiman '

' eh bodoh, dia nak mati ke? ' - Sam

' tapi dia tak mention nama Eiman '

' kenapa dia bocorkan? ' - Raf

' terpaksa katanya. And dia ada kata
Suhaimi beruban tu yang akan mengarah team
Dyna, dia pun ada kata Suhaimi beruban tu
yang buka balik Kes ni'


' ohh faham..' - Raf

' kau buat apa dengan budak Hakimi tu?' - Sam

' aku lepaskan dia. Tapi aku sempat
ugut dia'

' ok nice' - Raf

' dah la, kau boleh balik ' - Sam

' esok aku balik, aku nak jalan-jalan
dekat sini dulu. Bukan selalu dapat
cuti. Hehe '

' 🙄🙄 ' - Raf

' kukmung ' - Sam

Telefon disimpan. Dia terus berlalu pergi.



Telefon Dyna berbunyi. Dia mengangkat panggilan yang diterimanya.

" Hello Dyna " kedengaran suara Rezza.

" Haa "

" Kau dah discharge ke? " Soal Rezza

" Ye dah " balas Dyna mendatar.

" Bila kau masuk kerja? "

" Esok " kata Dyna.

" Ohh okay. Perut kau dah ok? " Soal Rezza prihatin.

" Hmm ok la sikit " balas Dyna

" Ohh baikk. Rehatlah, sorry ganggu. Aku call sebab rindu ajerr hehe. Jumpa esok. Take care byee " kata Rezza.

" Haa.. tak tanya pun" Dia terus meletak panggilan.

Tiba-tiba mesej ditelefonnya masuk.

' haii Dyna. Perut dah ok? Nanti kita jumpa ya. Sorry sebab tikam kau, haha'

Wajah Dyna terus bertukar. Senyuman sinis terukir. Dia terus membalas mesej yang diterima.

' haha hai Zackry. Tak sabar nak jumpa kau. Pastikan jangan bawa pisau yerr bila jumpa nanti, nampak macam pondan aje bila lawan perempuan guna pisau ' balas Dyna.

Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now