"Chef memang tak tidur ke buat kerja? Ni dah pukul dua pagi." Amelia memulakan perbualan. Mematikan suasana kekok antara mereka berdua.

"Ya, tak nak bagi tertunggak. Nanti kerja lain masuk, lagi banyak kerja. Even if I'm a workaholic man, I'm still a normal human." Senyum kecil terukir pada bibir, mata masih lagi tidak lepas dari memandang ke arah Amelia.

Amelia hanya mengangguk faham. Ya, dia faham apa yang dimaksudkan oleh Efzan. Bukan semua orang mampu menahan tekanan kerja. Semua orang memerlukan rehat.

Sesudah kopi dibancuh, cawan berisi kopi panas diletakkan di hadapan Efzan. Amelia menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan jejaka itu.

"Minumlah. Hati-hati, panas." Amelia menghirup sedikit kopinya. Matanya kemudian naik memandang wajah Efzan.

Efzan yang sedang menikmati hidangan air kopi itu tidak perasan akan tenungan Amelia. Wajah tampan lagi sempurna milik Efzan ditenung Amelia tanpa berkelip.

Rambut coklat keperangan dan mata hazel milik Efzan mencuri perhatian Amelia. Kali ini merupakan kali pertama dia melihat Efzan dengan rambut yang dibiarkan jatuh berjuntai ke bawah. Kebiasaannya disikat rapi ke atas.

"Amelia?" Efzan memanggilnya tetapi reaksinya masih sama. Termenung.

"Amelia..."

Masih sama.

"Tengku Amelia..!" Lamunan Amelia terus mati akibat suara Efzan yang agak tinggi.

"Hah? Chef cakap apa tadi?" Cepat-cepat dia mengalihkan matanya dan menunduk sedikit.

"Kenapa awak tenung saya macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka saya ni?" Tangannya naik menyentuh mukanya. Mana tahu ada nasi yang terlekat, ya dak?

"Muka saya ni handsome sangat ke sampai saya panggil pun awak tak dengar?" Sambung Efzan lagi dengan senyuman bangga.

Muka Amelia terasa berbahang apabila dirinya ditangkap merenung jejaka itu. Amelia cuba sedaya upaya membuat muka selamba.

"Eh, mana ada lah. Tak kuasa saya." Amelia menghirup sisa baki kopinya. Alangkah malangnya, dia terlupa bahawa kopi itu masih lagi panas.

"Panas..!" Lidahnya sudah terasa kebas. Gelas ditangannya segera dia letak di atas meja. Efzan yang melihatkan kejadian itu secara refleks bangun dan menuju ke arah Amelia.

"Eh Amelia, awak okay tak?" Amelia menganggukkan kepalanya. Dahi licinnya itu masih berkerut.

"Awak tunggu sini, saya ambil air kejap." Efzan terus bergegas mengambil air sejuk untuk Amelia.

Gelas yang berisi air sejuk itu dihulurkan kepada Amelia. Amelia menyambut huluran Efzan. Lafaz Bismillah dibaca lalu air itu diminum. Dia kemamkan air sejuk itu di dalam mulutnya buat beberapa saat sebelum meneguk air itu.

Pandangan Efzan masih tidak beralih daripada wajah Amelia. Jelas terpapar riak risau pada mukanya. Tidak dinafikan bahawa dia benar-benar risau akan Amelia.

"Chef  jangan risau lah. Saya okay, sikit aje ni." Gelas tadi diletakkan di atas meja.

Efzan kembali duduk di tempatnya. Jelas pada mukanya yang dia risau akan Amelia. Tetapi di buang rasa risau itu apabila Amelia Amelia mengatakan tiada apa-apa yang serius.

Pejam celik, pejam celik, sudah hampir satu jam mereka berbual. Banyak juga tajuk yang dibualkan.

"Gelas tu tinggal je. Saya basuhkan." Amelia mencapai gelas yang digunakan oleh Efzan. Sudah dua minit mereka berlawan mulut. Yang itu, cakap dia akan basuhkan. Yang ini pula tidak mengapa dia yang basuhkan kerana yang itu merupakan tetamu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 32 minutes ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now