Bab 5

173 11 1
                                    


"VIP ROOM.." Amelia membaca tulisan yang tertulis cantik disebelah pintu besar. Pintu yang menayangkan imej kemewahan itu dipandang lama dengan muka tidak berperasaan.

"Masuk. Tercegak buat apa dekat luar" Raja Efzan yang dari tadi memerhati gerak geri gadis polos itu akhirnya bersuara. Badan kecil Amelia dipandang atas bawah. Muncul satu senyuman senget di bibir Raja Efzan.

Tanpa sempat mendengar balasan dari Amelia, terus sahaja Efzan berlalu masuk ke dalam bilik VIP itu. Sengaja Efzan menempuh bahu Amelia untuk menyakitkan hati gadis itu. Terpusing badan Amelia gara-gara tempuhan tadi.

Amelia pantas memusingkan kembali badannya dan mencerlung belakang badan Efzan yang sudah memasuki ruangan VIP itu.

'Kenapa badan aku tiba-tiba rasa seram sejuk pula ni?' Seram sejuk pula apabila dia merasakan bagai ada orang yang memerhatinya. Efzan menoleh ke belakang lalu memandang ke arah Amelia.

Tadi mukanya yang bengis ibarat ingin menerkam mangsa kini berubah manis bagaikan gadis Melayu terakhir.

Amelia tersenyum manis ke arah Efzan dengan anggukan kecil. Takut Efzan dibuatnya apabila gadis itu tersenyum semanis-manisnya. Sebaik sahaja Efzan memandang ke arah lain, habis mati senyuman dek puteri salju itu.

"Ish!.. aku hempuk kang! Suka hati dia jer langgar orang" perlahan Amelia mengatakan hal itu, tetapi cukup dapat didengari oleh Efzan.

Efzan yang mendengarkan hal itu tersenyum senget. Smirk. Tetapi saja dia buat bodoh.

"Did you say something, Amelia?"

"T-takde Tuan..." gagap sendiri Amelia apabila soalan itu dituju kepadanya.

'Dia dengar ke apa aku cakap tadi? Tak kut'

"Then, get inside. Buat apa tercegak kat situ macam tunggul kayu. Nak suruh aku tolong dukungkan ke?" Kening tebal milik Efzan diangkat sambil menyengetkan kepalanya sedikit.

"Tak nak kena dukung..." Amelia menggeleng-gelengkan kepala yang dilitupi shawl satin berwarna biru itu.

'Ya Allah.. kenapa lah slow sangat budak ni' Efzan mengeluh kecil sambil menepuk dahinya sendiri. "Baik kau masuk sekarang sebelum aku dukung kau betul-betul!" Geram pula Efzan apabila Amelia tiba-tiba jadi bendul.

Laju-laju Amelia mengangguk dan terus masuk ke dalam VIP room itu. Amelia menuju ke arah meja yang diduduki Efzan. Terus gadis itu mendapatkan tempat bertentangan dengan Efzan.

"Jadi.. ada apa Tuan Efzan nak jumpa saya?"

Efzan hanya merenung wajah cantik milik Amelia sambil menongkat dagu.

"Err.. Tuan Efzan..?"

Diam..

"Tuan?"

Diam lagi..

"Tuan Raja Efzan!" Amelia menguatkan suaranya.

Mati lamunan Efzan apabila Amelia menjerkah dengan tiba-tiba. Efzan kembali menegakkan badan dan duduk dalam posisi yang lebih elok. Dia berdehem beberapa kali sebelum memulakan percakapan.

"Oh yeah.. Aku panggil kau sebenarnya nak inform kau tentang pertandingan untuk Commis Chef" Wajah Efzan bertukar serius.

"Tapi.. kenapa tuan perlu beritahu hal ni dekat saya? Kenapa tak cakap masa semua pekerja yang lain ada sekali?" Amelia agak keliru kenapa Efzan perlu memaklumkan kepadanya sahaja, walhal bukan dia sahaja commis chef yang bekerja di sini.

"Well, anggap aje lah aku beritahu kau awal daripada dorang sebab kau tu adik kawan baik aku" Efzan menyilangkan tangan ke dada. Amelia tahan senyum.

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {SLOW UPDATE}Where stories live. Discover now