Bab 3

226 11 1
                                    

Kening tebal milik Amelia berkerut apabila sinaran mentari terpancar masuk ke dalam biliknya melalui jendela.

"Bangun Tengku Amelia!" Datin Maryam yang tadi membuka luas langsir jendela itu berlalu ke tepi katil milik anak daranya.

"Alah ma, awal lagi ni. 10 minit lagi adik bangun lah." Amelia menarik selimut tebalnya sehingga menutupi seluruh badannya. Sudah menjadi kebiasaan bagi seorang Tengku Amelia untuk menyambung tidur selepas menunaikan solat subuh.

"Takde, takde! Bangun sekarang. Anak dara jenis apa lah bangun lewat, haih" Datin Maryam mengeluh panjang. Ingatkan anak daranya sudah berubah menjadi gadis yang lebih matang malah sama aje macam dulu.

Amelia hanya mendiamkan diri dan menyambung tidurnya. Datin Maryam yang sudah naik geram, menutup suis kipas serta suis pendingin hawa biliknya.

Ini lah emak-emak Malaysia, kalau bukan kena baling dengan selipar Jepun, mesti kipas dan pendingin hawa ditutup.

Apabila terasa suhu biliknya bertukar semakin panas, Amelia bingkas bangun dari baringnya. Jelas riak wajah Amelia kini menyangkan muka tidak puas hati. Amelia menggosok kedua-dua belah matanya bagi meghilangkan rasa mengantuk. Memandang Datin Maryam yang sudah berdiri bercekak pinggang, membuatkan dia sudah bersedia menadah telinga untuk mendengar bebelan mama.

"Apa nak jadi lah dengan kamu ni Amelia oi." jari-jemari runcing Amelia sudah naik menggaru kepala yang tidak gatal. Boleh gila dia kalau asyik kena bebel dengan mama. Sudah 5 minit Datin Maryam membebel tanpa henti.

"Dah. Cepat siap. Lepastu turun bawah makan."

"Hurm." Amelia hanya akur. Kang kalau singa dalam diri mama keluar, naya dia jadi mangsa.

Datin Maryam berlalu pergi meninggalkan anak daranya di dalam bilik. Amelia yang masih mengantuk itu terus bangun untuk membersihkan diri.

"Nak tidur lama sikit pon tak boleh." gumam Amelia.

Amelia turun dari tingkat atas dengan berhati-hati. Rumah besar itu sedikit riuh dengan suara garau papa dan abang-abangya. Amelia mengecilkan mata apabila melihat dua orang jejaka yang segak bergaya dengan baju turtle neck dan seluar slack. Dua-dua pulak tu. Serupa kembar.

"Fuyyoh! Kekanda sekalian. Cantik bergaya, nak pergi mana?" Amelia yang kini sudah duduk bertentangan dengan Tengku Fahim di meja makan sudah memandang abang-abangnya atas bawah. Fuh segak juga abang-abangnya.

Nasib baik mahram kalau tak, dah lama try minta nombor.

"Oh, wahai adinda. Kekanda sekalian mahu berjumpa dengan jejaka idaman adinda yang disebutkan oleh ayahanda semalam." Tengku Fahim pula turut menggunakan gaya bahasa yang sama seperti adiknya.

"Raja Efzan ke?" Dengan laju Amelia menanyakan hal itu. Teruja benar nampaknya.

"Iya lah adikku sayang, dah cepat makan, nanti ikut abang sekali." lantas, Tengku Fahim menyuapkan nasi goreng kampung buatan mamanya ke dalam mulut. Yang lain sudah mahu habis makan, dua orang tu lah yang lambat.

"Yeay!" Amelia juga turut menyuapkan nasi goreng kampung itu ke dalam mulut. Dalam hati sudah bersorak riang. Wahai hamba Allah yang bernama Raja Efzan, kau tunggu aku datang!

Selepas mereka sekeluarga sudah siap menjamu selera, Dato Muzaffar hanya duduk di ruang tamu sambil membaca akhbar. Tengku Faris dan Tengku Fahim pula sudah pun menunggu adiknya di luar rumah.

"Nanti bincangkan hal tu juga ya. Memandu tu jangan laju sangat, jangan rush." pelbagai nasihat yang dituturkan oleh Datin Maryam. Ya lah kan, bak kata pepatah, biar lambat asal selamat, mungkin kecuali ada kecemasan!

THE LOVE : RAJA EFZAN || OG {ON HOLD}Where stories live. Discover now