Rezza yang melihat Dyna berlalu pergi terus mengikuti Dyna.

" Kau nak pergi mana? " Soal Rezza.

" Kau makan semut ke tadi? " Soal Dyna. Dia menyampah dan pelik dengan soalan Rezza.

" Ehh tak.. aku makan nasi lemak tadi. Takda semut pun dalam tu. Kenapa? " Soal Rezza dengan muka selambanya.

" Haihh, sekarang pukul 11 . Kau kata nak pergi siasat bekas kawasan Black Haisumi edar dadah dulu. Takkan dah lupa? Kau tu baru 24 tahun bukan 94 tahun. Goblok." kata Dyna. Dia geram dengan perangai tak serious Rezza.

" Hehe mana ada lupa.. kalau aku lupa, aku tak pergi dah pejabat kau tadi. On time pulak tu.." balas Rezza.

" Whatever. Harini naik kereta aku. Biar aku drive. Kau bawak slow, boleh tertidur kalau naik dengan kau. " Kata Dyna sambil kunci keretanya dikeluarkan.

" Biar lambat asalkan selamat " kata Rezza pula.

Mereka meneruskan pemanduan ke lokasi yang ditetapkan.

Selepas 45 minit perjalanan, mereka pun tiba disana.

Dyna memarkir keretanya agak jauh daripada bangunan yang ingin disiasat.

" Rezza" kata Dyna. Dia ingin mengejut Rezza yang sedang tertidur.

"Oii Rezza. Kau dah mati ke? " Kata Dyna lagi. Dia juga meletakkan dua jarinya di hadapan hidung Rezza untuk memastikan Rezza masih hidup atau mati.

Rezza masih hidup.

" Ish Rezza kau penat sangat ke? Nak kata kau yang bawa kereta unn tak. Ini kalau aku tinggal jadi apa-apa tak? " Soalnya sendiri.

" Hmm kalau dibiarkan pintu tak berkunci ni mampus aku, kereta aku hilang kang tak pasal-pasal balik jalan kaki. Haishh" gumamnya sendiri.

" Rezza " suaranya dikuatkan lagi sambil mengerak-gerak tangan Rezza. Rezza masih tidak bangun.

" Ish tidur mati pulak. Dah la, aku tinggal ja la. Kalau kereta aku kena curi, aku minta aje la dekat Raf suruh dia beli yang baru. Kalau si Rezza ni jadi apa-apa.. hmm..lantaklah, pandai-pandai kau lah. Kau kan ejen terbaik SPAJR" kata Dyna. Dia terus pergi meninggalkan Rezza yang tidur mati.

Dyna berjalan ditemani bangunan-bangunan lama. Destinasi dia ialah sebuah bangunan 5 tingkat ditengah-tengah kawasan itu.

Setibanya dia dihadapan bangunan itu, dia melihat rangka bangunan yang mungkin sudah lama diberhentikan kerja pembangunan. Tiada pintu dan tiada tingkap. Hanya berkongkrit tetapi bertingkat.

" Ini kalau aku masuk tak jumpa apa-apa macam mana?" Soal Dyna kepada dirinya sendiri.

" Hmm nasib baik tengahari, kalau malam memang aku kejut ja si Rezza tu" katanya lagi.

Dia terus melangkah masuk untuk melihat dalaman bangunan itu.

Tanpa dia sedari ada seseorang sedang memerhatikannya dari jauh.

" Aku tau kau akan datang juga ke sini " kata orang itu. Dia menghantar senyuman sinis apabila melihat Dyna masuk ke dalam bangunan itu.





Selepas 20 minit Dyna meninggalkan Rezza berseorangan tidur didalam kereta, akhirnya Rezza pun terjaga selepas merasakan dirinya kepanasan.

" Dah sampai ke? Aikk mana Dyna? Dia tinggal aku ke? Sampai hati dia.. " kata Rezza. Mulutnya dicebik.

" Ish kenapa dia tak kejut ja aku? Kalau jadi apa-apa dekat aku macam mana? Dah la pintu tak kunci, Aircon pulak tak buka " katanya lagi.

Dia terus keluar dari kereta untuk mencari Dyna yang pergi meninggalkan dia.




Endyna Daisha: HER REVENGE [C]Where stories live. Discover now