B A B 2

4.7K 328 14
                                    

Dia fakir miskin, dia pula Tuan Puteri.

"Assalammualaikum." Ucap Shazrin Ammar memberi salam sambil mengetuk pintu utama berkali-kali.

Tidak pula dia mendengar keriuhan di dalam rumah banglo yang agam ini. Bahkan, sudah beberapa kali dia memberi salam. Namun, tiada sahutan dari dalam rumah. Malah, sunyi sahaja rumahnya. Bukankah malam ini di adakan satu majlis gah untuk menyambut kepulangan anak perempuan Tuan Fakhrul Adlan dan Puan Bunga Dahlia Nathalia.

Dia menarik nafas dan sekali lagi dia memberi salam. Kali ini salamnya di jawab dari dalam rumah. Akhirnya, salam yang ia ucapkan berjawab juga.

"Wa'alaikummussalam!" Jawab Asfan dari dalam rumah sekaligus membukakan pintu untuk Shazrin Ammar.

Dia yakin sahabatnya itu sudah menunggu lama di luar. Asfan, melempar senyum kepada sahabatnya itu.

"Masuklah Shaz, sorry lah buat kau lama tunggu lama-lama dekat luar ni." Kata Asfan serba salah.

Andai sahaja Shazrin Ammar mengetahui bahawa malam ini merupakan satu tragedi buruk. Agaknya, seperti apa respon yang akan sahabatnya ini berikan?

"Eh, tak apa. Tapi Fan, sunyi aje rumah ni. Mana umi dengan baba? Anggerik pun aku tak nampak. Kau kata, malam ini ada majlis untuk dia kan?" Kata Shazrin pula pelik.

Sambil itu, kedua mata coklatnya melilau mencari kelibat ketiga-tiga insan itu. Namun, sayangnya tiada langsung susuk tubuh mereka bertiga. Takkan umi dan baba tak pulang dari Lapangan Terbang lagi kan?

"Shaz, Anggerik dah malukan keluarga. Sepatutnya, malam ini kami sambut dia dengan hati yang bahagia. Tapi, sebaliknya pula berlaku." Kata Asfan sambil melepas keluhan kecil.

Malu rasanya hendak menceritakan kejadian yang berlaku pada malam ini. Dia memandang Shazrin bersama senyum tawar. Nafas di tarik sebelum menyambut cerita.


"Kenapa ni Fan? cuba cerita dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong kau." Kata Shazrin Ammar pula dengan lembut.

Muhammad Asfan Najmi senyum tawar ketika mendengar kata-kata sahabatnya itu. Dia memandang Shazrin Ammar dengan mata yang berkaca-kaca. Hal itu membuatkan dia kaget. Kenapa Asfan menangis pula ni?

Besar sangatkah masalah yang mereka sekeluarga hadapi?

"Kita duduk dulu, Shaz." Kata Asfan lalu berjalan longlai ke ruang tamu.

Shazrin Ammar pula hanya membuntuti sahabatnya tanpa banyak bicara. Kerana rasa ingin tahunya sangat membuak-buak ketika ini. Besar sangatkah masalah itu sehingga Asfan terlihat seperti orang berputus asa?

"Duduklah Shaz." Pelawa Asfan.

Shazrin Ammar mengangguk. Dia duduk di depan sahabatnya. Dengan sabar dia menanti cerita yang selanjutnya yang akan di sampaikan oleh Muhammad Asfan Najmi.

"Anggerik mengandung." Kata Asfan sambil menundukkan kepala.

Shazrin Ammar tergamam. Dia tidak salah dengarkan?

"Ya, Anggerik mengandung." Sekali lagi Asfan bersuara.

"Siapa bapa dalam kandungan itu?" Soal Shazrin Ammar pula ingin tahu.

Asfan angkat bahu. Dia sendiri tidak mengetahui siapa bapa daripada anak yang di kandung oleh adik bongsunya itu.

"Anggerik dekat mana sekarang? Umi dengan baba pula mana diorang?" Tanya Shazrin Ammar bertubi-tubi.

Asfan mengeluh sebelum menjawab persoalan daripada sahabatnya.

"Umi dengan baba ada dekat ruang tamu atas. Anggerik pun sama." Kata Asfan lagi.

Shazrin Ammar mengangguk faham.

"Kau tahu tak Shaz, baba minta aku carikan seorang lelaki yang sanggup untuk berkahwin dengan adik aku hanya semata-mata hendak tutup aib keluarga. Masalahnya Shaz, lelaki mana yang sanggup mengorbankan diri untuk jadi seorang ayah yang bukan datang dari benihnya sendiri?" Kata Asfan bersama rengusan kasar.

Dia buntu. Sungguh, dia tidak tahu hendak mencari seorang lelaki yang sanggup berkahwin dengan adiknya hanya semata-mata untuk menutupi aib keluarga mereka. Tiada siapa pun yang perlu tahu akan perkara ini. Jika tidak, jatuhlah reputasi seorang bangsawan paling kaya di Kampung Durian Hilang ini. Tapi, siapa lelaki yang sanggup untuk mengorbankan dirinya? Masih wujudkah lelaki baik seperti itu di zaman moden ini?

"Fan." Panggil Shazrin Ammar lembut.

Asfan mendongak memandang sahabatnya itu dengan penuh tanda tanya. Jarang sekali dia hendak melihat muka itu serius seperti sekarang.

"Aku sanggup kahwin dengan adik kau." Kata Shazrin Ammar dengan muka yang serius.

Asfan terkejut ketika mendengar kata-kata yang meluncur keluar daripada mulut sahabatnya itu. Biar betul Shazrin Ammar ini? Dia tidak salah dengarkan?

"Shaz, jangan sebab kau rasa terhutang budi. Kau korbankan diri kau pula dengan pernikahan ini. Aku tak nak sahabat aku menderita." Kata Asfan pula.

Shazrin Ammar senyum manis ketika mendengar kata-kata sahabatnya itu.

"Fan aku hidup untuk adik-adik aku. Hidup aku dah lama menderita sejak ibu dan ayah meninggal. Warna hidup aku dah lama hilang." Kata Shazrin Ammar lagi.

Dia bertahan hidup sehingga hari ini. Kerana amanat yang di tinggalkan oleh arwah ibu dan  ayah. Lagipun, adik-adik masih memerlukan dirinya. Sebab itu, dia bertahan sehingga hari ini.

"Fan, aku kesian dekat baba dan umi. Aku buat semua ini, untuk keluarga kau juga. Fan, kita hidup ini dalam kawasan kampung. Cepat atau lambat orang kampung mesti akan tahu tentang kehamilan adik kau. Kau nak, baba dan umi di cemuh oleh orang kampung?" Shazrin Ammar berkata lagi.

Asfan mengeluh kecil. Entahlah, pening dia memikirkan perkara ini.

"Shaz, kami sekeluarga ikhlas tolong kau. Tolonglah Shaz, jangan ada rasa terhutang budi. Sebab, kau tak pernah ada hutang apa-apa dekat kami." Kata Asfan lagi.

Shazrin Ammar senyum manis lagi. Entahlah, sahabatnya ini sangat murah dengan senyuman. Tenang sahaja wajah itu menatapnya.

"Fan, aku pun ikhlas tolong kau. Aku sanggup Fan untuk tolong kau dan keluarga kau." Bersungguh-sungguh Shazrin Ammar berkata.

"Fan, aku bukan seorang lelaki yang punya segalanya. Tapi, percayalah dekat aku. Aku akan berusaha untuk penuhi setiap keperluan Anggerik kelak. Aku seorang fakir miskin dan dia pula seorang Tuan Puteri, Fan. Aku tak berharap lebih. Cukup untuk nikahinya dan tutup aib keluarga kau." Ujarnya lagi.

Asfan mengeluh lagi. Dia tidak ingin sahabatnya ini menderita kelak. Kerana dia sangat perangai Anggerik yang inginkan seorang lelaki yang punya pelajaran dan kaya. Dia yakin, Shazrin Ammar bukanlah citarasa adiknya.

Dia bukan menghina sahabatnya. Tetapi, dia tahu Bunga Anggerik Nathalia sangat memilih pasangan hidup.

"Shaz, kau dah fikir habis-habis? kau yakin nak jadi suami adik aku?" Kata Asfan inginkan kepastian.

Shazrin Ammar mengangguk bersama senyuman manis.

"Shaz, kalau adik aku tak mampu bahagiakan kau kelak. Tolong lepaskan dia ya? aku sayang kau. Aku juga sayang adik aku. Tapi, aku tak nak kau hidup menderita. Sebab kau juga layak untuk bahagia." Kata Asfan lagi serius.

"Inshallah aku akan bahagia." Kata Shazrin Ammar dengan yakin.

Sedangkan dia sendiri tidak tahu. Sama ada dia akan bahagia atau tidak bersama Bunga Anggerik Nathalia.

'Semoga keputusan ini tepat, Amin..." bisik Shazrin Ammar bersama senyuman.

Hello! okay tak?
typo? abaikan!

Jangan lupa vote&comment
banyak² tau! Kalau tak saya
tak nak updated!

See you soon, happyread❣️

SYARAT BAHAGIA | CWhere stories live. Discover now