18. Tentang Aariz

36 2 2
                                    

"Di mana Syiraz?" Soal Elfira sesudah sampai ke kelas mereka yang kosong.

Zayn yang berada di sisinya hanya bungkam, memandang setiap penjuru kelas. Tidak ada orang.

"Ryan juga hilang."

Elfira mengeluh berat. "Boleh tak kalau tentang korang ni, jangan libatkan Ryan? Tengok! Dia pun hilang."

"Tapi sebab dia lah, kau perlu terlibat." Bisik Zayn.

"Maksud aku, bukan memang aku terlibat dari dulu lagi ke?"

Zayn tersenyum sebelum berujar lembut. "Kalau boleh aku pun taknak sesiapa terlibat dalam urusan kami,"

"..tapi Ryan yang libatkan diri sebab dia anggap Syiraz penting dalam hidup dia." Sambung Zayn. "Aku tak mampu untuk menghalang dia, apa lagi menghalang Syiraz yang terang-terang tak terkawal. Jadi kau perlu terlibat untuk tarik Ryan keluar."

"Tapi kau dengan Syiraz kan sudah kenal lama!"

"Iya, tapi tak bermaksud aku boleh tenangkan dia."

"Ish, aku tak faham betul tentang persahabatan korang ni-"

"Aku pun," Zayn memotong bicara gadis itu. "Aku pun tak faham."

Satu hal Elfira sedar tentang lelaki itu, nada Zayn lama-kelamaan semakin lembut dan perlahan berbanding saat pertama kali mereka bertemu.

Sekejap..

Inilah masa yang sesuai!

"Zayn! Apa kata kau cerita juga macam mana kau jumpa aku untuk kali pertama!" Sudut bibir Elfira terangkat. "Kau kata syarahan itu bukan kali pertama untuk kau, kan?"

Elfira dapat melihat halkum Zayn bergerak menelan sesuatu. "Er.."

"Boleh ek, boleh ek!"

"Tak b.."

"Yeay, boleh!" Elfira melompat teruja.

"Kau senang betul ya alih topik," Zayn memandang gadis itu. "Bukankah topik asal kita tentang Syiraz?"

"Bukankah topik asal kita tentang keluarga aku?" Elfira tersenyum manis.

Sekali lagi, Zayn menelan liur mendengar dan melihat senyuman gadis itu.

Jika dia menceritakan tentang asal pertemuan mereka berdua, automatik kebenaran akan terbongkar.

Jujur, dia masih belum bersedia.

"Syiraz dan Ryan tinggalkan sekolah ini pukul 1 tadi." Tiba-tiba suara Ayuni muncul. Mereka berdua menoleh.

"Menurut guru kelas kita, Cikgu Nurul kata Syiraz yang minta izin untuk keluar sebab ada urusan mendadak."

Elfira terkejut. Segera dia melirik Zayn.

Zayn menggertak gigi.

Bab 18: Tentang Aariz

Ryan selalu menikmati senja, entah di mana pun senja itu muncul. Tetapi jika dikupas secara terperinci, Ryan sebenarnya menyukai langit kerana senja itu milik langit.

Ryan mencintai langit dengan segala cuacanya. Entah itu senja, mendung, hujan, panas, kilat bahkan petir. Tetapi senja menjadi bahagian kegemarannya.

Senyuman gadis itu- maaf senja itu sangat indah untuk tidak dihayati.

Syiraz pula menyukai ciptaan Allah yang bernama pantai, laut, sungai, tasik atau apapun yang bersinonim dengan itu. Namun, bahagian kegemarannya ialah pantai.

Senja Terakhir [COMPLETE]Where stories live. Discover now