ANEKDOT 15

32 8 1
                                    

SATU PELUANG
Kita mula semula tak boleh ke?

"Mak su, mak su nak Ae'in tolong apa lagi?" Ae'in membetulkan khimar di kepalanya. Khimar berwarna hitam ini diberikan oleh Puan Fauqiyya kepada Ae'in malam tadi katanya sebagai sagu hati kerana sudi bermalam di teratak miliknya. Sebaik sahaja khimar tersebut bertukar tangan, terus Puan Fauqiyya membahasakan dirinya sebagai . Katanya wanita itu hendak menganggap Ae'in sebagai anak saudaranya sendiri, setaraf dengan Nahlan memandangkan kedua-dua anak muda itu berkongsi umur yang sama.

Puan Fauqiyya berpusing. Wanita itu yang tadinya sedang mencuci sotong dan udang di singki berpusing. Dia menuding ke arah sebaku beberapa bahan kering. "Ae'in reti kan masak bihun goreng sambal macam mana?"

Ae'in mengangguk sekali. "Nak buat chili paste dia ke, mak su?"
"Tepat sekali. Cili boh dah habis, biasanya mak su buat sendiri cili boh. Jadi nak minta tolong Ae'in gunting-guntingkan cili kering tu lepastu Ae'in tolong rebus dan blender. Blender ada dalam almari sana, rak nombor dua. Nanti nak blender tu—"

"Tos dulu. Betul tak mak su?" Ae'in menebak. Dia sudah bangkit mendekati almari yang menjadi tudingan Puan Fauqiyya. Dibuka dengan sebelah tangan sementara sebelah lagi tangannya mengeluarkan pengisar dari rak nombor dua.

"Betul. Mesti Ae'in terror masak ni." Puan Fauqiyya tersenyum. Dia mengangguk beberapa kali mengiyakan tebakan Ae'in sebentar tadi.

"Tak adalah terror sangat tapi dari dulu mama selalu ajar, kalau tak nak sakit perut sampai kena masuk hospital, biasakan tos cili kering sebelum jadikan paste. Nak asingkan dengan biji sebab biji yang buat appendicitis katanya." Ae'in kembali ke kitchen island. Cili kering dia ambil segenggam dan digunting tengah pada sisi panjang cili. Sambil-sambil itu, dikeluarkan biji-biji cili kering dari dalam cili yang sudah terpotong.

Suasana sepi seketika. Puan Fauqiyya meletakkan sebekas sotong dan udang yang sudah dicuci kembali di atas kitchen island. Seterusnya, dia beralih ke arah bawang putih dan cili padi. Selepas itu, wanita separuh baya itu melabuhkan duduk di kerusi tinggi.

"Mak su... saya tak nampak Nahlan pun, pagi macam ni, dia dekat mana?" Ae'in bertanya tiba-tiba.

"Pagi macam ni biasanya Nahlan dah masuk pejabat. Pukul 7.30 dia dah masuk pejabat dah." Mendengar jawapan Puan Fauqiyya, Ae;in mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Boleh ke kalau Ae'in nak tanya sikit fasal Nahlan?" soalnya teragak-agak. Mencuba nasib.

Puan Fauqiyya menjedakan perilakunya. Fokusnya teralih ke Ae'in yang kini sedang menghidupkan api untuk merebus cili kering. "Tanya apa? Tanyalah. Tapi mak su cuma boleh beritahu apa yang mak su boleh bagitahu je."

"Pasal keluarga Nahlan... tak apa ke kalau Ae'in tanya sikit?"

Puan Fauqiyya mengangguk dalam senyum. Memberi izin kepada Ae'in untuk meneruskan hasratnya.

"Sebenarnya, kenapa dengan keluarga Nahlan sebelum ni? Maksud saya... Nahlan ada cakap yang keluarga dia dah meninggal tapi..." Ae'in menggigit bibir bawahnya sekali. Tiba-tiba rasa menyesal pula mengikutkan rasa ingin tahu yang membuak-buak di dalam dada. Sedangkan, pasti salah seorang ibu atau bapa Nahlan yang terlibat adalah adik beradik kandung Puan Fauqiyya sendiri.

"Tapi? Jangan risau, tanya je sampai habis." Puan Fauqiyya meletakkan pisau di tangannya. Bersedia hendak mendengar sekali gus menjawab soalan yang bakal diutarakan oleh anak gadis di hadapannya ini.

SATU PELUANG Where stories live. Discover now