PROLOG

519 34 0
                                    

"NUR HARA BINTI IBRAHIM."

"Tahniah! Tak sia-sia cikgu selalu sebut nama awak dalam kelas. Dapat jugak B+ Matematik," ucap guru Matematik Hara.

"Yang penting Quran Sunnah dapat A-." suaranya bersilih ganti dengan guru kelasnya bersama satu senyuman.

Hara membalas senyuman mereka dengan senyuman tipis. Disampingnya turut bersama rakan-rakan sekelas yang lain.

"Nanti nak sambung mana?"

"Balik nanti check UPU ya semua!"

"Seronok tengok orang lain naik pentas. Kalau dapat lagi dua A, mesti Hara dapat naik pentas."

"Matematik Hara dapat berapa?" soal Puan Faridah, ibu kepada Hara.

"B+ ma," ucap Hara sambil tersenyum menjawab pertanyaan ibunya.

"Abang Mirul dulu dapat A rasanya Matematik," sambung Puan Faridah lagi kemudian menyarungkan topi keledar ke kepala.

"Kak Nurul dulu pun dapat A+ Addmaths."

Senyuman yang tadi mekar di bibir Hara perlahan memudar. Kenapa pada hari gembira dia, Puan Faridah perlu bandingkan dia dengan adik beradik yang lain.

"Naik." Hara akur dan naik membonceng motor yang dibawa Puan Faridah.





Ringkas sahaja.

🍒 Notes: For those that craves for academic validation, that's okay. We made it. You made it. Pat yourself. You did great to get those results. Be proud of yourself. And if you don't get good grades, don't worry. It wont ruin your future. You still can do better in your next exam.

Dont let other's word sadden you. Reward yourself. You deserved that, tho.

Send you a virtual hug!

Life That We Never Wished Where stories live. Discover now