"Saya baru balik meeting dengan client. Ada kereta follow saya all the way. Tadi dia berhenti sebelah saya suruh saya berhenti tepi. Sekarang, dia kejar saya dengan lampu tinggi." Ae'in menerangkan secara ringkas keadaannya.

  Nahlan di talian mengangguk mengerti. Dahinya berkerut seribu. "Possible tak untuk awak send live location dekat saya?"

Ae'in mengangguk. "Boleh tuan, sekejap." Ae'in mengerling ke arah cermin belakangnya sesaat sebelum membuka aplikasi Whatsapp. Tidak dia hiraukan panggilan yang masih bersambung.

  Nahlan menanti dengan penuh sabar. Saat ini, telefonnya masih terlelap di telinga sementara dia sudah berada di dalam kereta. Tidak sempat dia hendak mengkhabarkan kepada Puan Fauqiyya yang bertanya akan akan pemergiannya malam ini. Sesaat kemudian, perantinya bergetar menandakan ada mesej baru yang masuk.

  "Dah hantar, tuan."

  Nahlan mengangguk. "Kereta apa? Nampak plate?"

"Lancer. VKR 291" Ae'in menjawab lancar.

"Awak teruskan drive. Jangan laju sangat, keep a safe speed. Dekat dengan location saya ni, I will try to keep up with you. Jangan tutup panggilan, let me listen to you what ever it is."

  "Baik tuan."

  Nahlan terus menghidupkan enjin keretanya. Audio panggilan ditetapkan kepada pembesar suara lalu telefonnya dia letakkan di riba dalam keadaan jejak Ae'in dapat dia lihat dari paparan skrin. Tanpa berlengah, dia memacu kenderaannya dengan berlatar belakangkan hembusan nafas Ae'in. Beberapa ketika kemudian, dapat dia dengar bunyi hon kedengaran membuatkan gadis yang berada di hujung talian terjerit sedikit.

  "Ae'in, are you doing fine?" Nahlan bertanya risau. Dia menekan pedal minyak lebih kuat. Sesekali, dia memotong kereta yang berada di hadapan jalannya.

  Ae'in yang saat itu sedang menggigil, menelan liurnya perit. Dia berdehem. "Okey tuan... cuma terkejut sikit."

  "Stay calm, kawal your breathe. Jangan risau, saya dekat dah ni," bohong Nahlan. Meskipun dia sudah menekan pedal minyak semampunya, masih ada kurang lebih tiga kilometer lagi antaranya dengan lokasi kereta Ae'in sedang berada. Mendengarkan nafas Ae'in yang berhembus kuat, Nahlan meraup muka. Dia mencari akal untuk menenangkan gadis itu dari kejauhan.

  "Ae'in... tell me about your day."

  Ae'in terkesima mendengar soalan yang kedengaran tiba-tiba oleh jejaka di hujung talian saat ini. Dia terkebil-kebil sesaat. "Saya... tak salah dengar ke, tuan?"

  "Tell me about your day. Lupakan kejap tentang kereta yang tengah ikut awak tu. Relax yourself." Nahlan memberi arahan tenang. Sesekali dia melirik ke arah paparan skrin telefon di riba. Nampaknya, jarak di antara keretanya dengan kereta Ae'in semakin dekat.

  "Aaa... harini tak ada apa benda jadi sangat. Cumanya tadi siang..." Ae'in jeda seketika. Dia cuba mengingat perihal yang terjadi siang tadi.

  "Tadi siang?" Nahlan bertanya. Memberi isyarat bahawa dia mendengar bicara Ae'in dengan penuh minat.

  "Tadi siang ada budak perempuan ni tiba-tiba datang Florista bagi saya crochet yang dia buat sendiri. Saya kenal budak tu. Saya selalu hantar bunga dekat rumah dia. Budak tu comel sangat tapi dia sakit. Bunga yang saya hantar tu mak dia guna buat hias bilik budak tu." Ae'in terus bercerita. Dia tidak lagi menghiraukan kenderaan yang masih mengekorinya di belakang.

  "Awak rapat ke dengan budak tu? Dia sakit apa?" Nahlan mengambil belokan. Ada lagi kurang sekilometer.

  "Rapat sangat, dia rajin ajak saya bual masa saya hantar bunga dekat rumah dia. Macam-macam dia tanya pada saya pasal bunga. Dia ada sakit buah pinggang, genetik katanya. Kesian dia... bilik dia penuh dengan mesin."

SATU PELUANG Where stories live. Discover now