⌗ OOO ──── ⵓ three

14 3 2
                                    

Setibanya Lia masuk kedalam kedai tersebut, perkara pertama yang dia nampak ialah Nara

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Setibanya Lia masuk kedalam kedai tersebut, perkara pertama yang dia nampak ialah Nara. Sedang menongkat dagu sambil termenung jauh.

"Nara ? Kau okay  tak ni ?" Lia berdiri sambil menghadap Nara yang berada bertentangan dengannya.

"Tak," pendek sahaja jawapan Nara. Dahi Lia berkerut tatkala sedar akan perilaku Nara yang... Aneh ?

"Kenapa ni ? Cuba cerita dekat aku apa jadi... Mana tahu aku boleh tolong," Lia mengangkat kening seraya memberikan cadangan kepada Nara.

Segera Nara mengubah posisi dari menongkat dagu kepada menyandarkan badan ke kerusi.

"Cerita dia macam ni... "

••

"Benda apa yang penting sangat tu appa ?" Nara memerhati setiap gerak geri ayahnya. Air muka jangan cakaplah, serious betul.

"Kamu tahu tak.. Kakak kamu dah lari daripada rumah," terbeliak biji mata Nara apabila ayat tersebut masuk kedalam telinga Nara. Nara cuba hadam dan paham betul - betul apa yang ayahnya sampaikan.

"Tak mungkin lah appa, lagipun kakak kan dah nak bertunang," Nara tersengih, mungkin ayahnya nak ajak bergurau.

"Disebabkan dia nak bertunang lah dia lari daripada rumah, Jang Inara," Nara memasang muka pelik. Takkan lah ? Nara memandang muka ayahnya yang menunjukkan ekspresi yang tak dapat Nara simpulkan.

"Appa tak cuba nak telefon dia ke ?" Nara mengeluh. Mesti ayah mereka kecewa dengan tindakan Nari. Sudahlah anak pertama, belajar di peringkat yang tinggi. Dimanjakan kasih sayang oleh ayah mereka pula, itukah balasan yang setimpal kepada ayah mereka ?

"Sudah Nara.. Tapi, tiada dalam service," Nara segera mengambil telefonnya dan menelefon Nari, mana tahu kakaknya merajuk dengan ayah sahaja

"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan" Nara mengeluh sekali lagi. Nampaknya memang Nari taknak ahli keluarga dia tahu dimana keberadaan dia.

"Macam mana dia boleh lari ?" soal Nara, ingin mengorek maklumat kakaknya.

"Dia lari dengan seorang lelaki ni. Appa tak tahu muka lelaki tu macam mana tetapi appa tahu nama dia So Junghwan,"

" H-hah ?" terjatuh telefon Nara tatkala mendengar nama tersebut.

"Kenapa ? Kamu kenal ke dia ?" Nara tak sangka, pelanggan yang datang tempoh hari.. Tak mungkin ?!

"K-kenal.. D-dia pelanggan Nara yang datang tempoh hari," tergamam ayahnya.

"Dia ada cerita dekat Nara tentang seorang perempuan ni.. Dia siap bagitau lagi personaliti girlfriend dia persis kakak. Lepastu Nara pun bagilah kata - kata semangat untuk dia. Nara suruh dia.. Kejarkan perempuan tu. Nara taktau pulak perempuan yang dia kejarkan tu Inari,"

Nara membuka mulut. Dia menundukkan kepalanya malu dan rasa bersalah mula mengambil alih dalam diri. Kedenganran ayahnya mengeluh.

"Jadi ayah tiada pilihan lain selain jadikan kamu sebagai Inara," laju sahaja kepala Nara mengangkat.

"Tapi- tiada tapi - tapi Inara. Jangan risau, pertunangan Nari dan bakal tunang dia dah diputuskan jadi kamu tak perlu bertunang dengan lelaki tersebut. Kamu hanya perlu menjadi Nari. Faham ?" Ayah Nara mengenggam tangan Nara.

"Tolong appa ya Nara ? Kamu lah satu - satunya harapan appa. Kalau orang luar dapat tahu kakak kamu lari... Jatuh air muka keluarga kita. Jangan risau, appa akan rahsiakan identiti kamu yang sebenar... Boleh ya Nara ?"

Nara mengeluh buat kesekian kalinya. Dia memerhati raut wajah ayahnya yang berharap kepada Nara. Nara dengan terpaksa mengangguk perlahan.

"Demi appa, Nara sanggup... " laju sahaja ayahnya menarik Nara kedalam dakapannya

"Terima kasih Inara. Appa sayang kamu,"

 Appa sayang kamu,"

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.
✷ replace𝗱 メ̼ (𝗛𝗝𝗪)                حيث تعيش القصص. اكتشف الآن