Bab 31

33 3 2
                                    

Cristy tersedar dari tidur apabila alarm telefonnya berbunyi tepat di sebelah telinga. Tangan dipanjangkan seperti mencari sesuatu. Berkerut habis dahinya apabila tak ada susuk tubuh yang dicari. Telefon pintarnya dicapai,

"Dah pukul 4.45 petang? Dah asar!"

Sebelum ambil wudhu, Cristy turun ke bawah dulu mencari seseorang. Dengusan tidak puas hati keluar dari bibir apabila susuk tubuh lain yang menyapa deria anak matanya. Meski begitu, tetap Cristy turun duduk diatas sofa beberapa meter dari Adam.

"Dez mana?" Soal Cristy meronta-ronta ingin tahu.

Adam yang khusyuk bermain telefon kini pandang Cristy.

"Dez tak bagi aku bagitahu." Ucap Adam mendatar.

"Susah sangat ke nak bagitau?" Laju keluar ayat itu dari bibir Cristy.

"Dez tengah berperang dengan musuh."

Adam perasaan kerisauan Cristy yang terbias dari raut wajah itu. Senyum sinis terkutik di bibir Adam. Tak sayang tapi risau, macam mana tu?

"Kenapa? Tak boleh ke Dez nak berperang dengan orang? Lagipun best tau! Dapat main tembak-tembak, mana tahu Dez kena tembak kan? Kau bukannya suka Dez. Dez mati pun, kau takkan peduli." Ungkap Adam sinis.

Cristy menggempal penumbuk. Bukan setakat itu, bibirnya juga dah terketap-ketap menahan amarah. Memerah muka putih melepak itu menunjukkan betapa marah ia ketika ini.

"Dahlah! Saya nak naik!"

Terhentak-hentak kaki Cristy naik tangga. Adam mampu menggeleng aje. Itulah, cinta tak nak mengaku. Sekarang, mulalah nak risau cari Dez.

Masuk aje bilik, terus Cristy dail nombor Dez tapi sayang tak angkat-angkat.

"Ish! Angkatlah! Baik tak payah ada telefon lah kalau saya call pun tak angkat!" Murka Cristy mundar-mandir dalam bilik.

Untuk kali sepuluh Cristy call, barulah lelaki itu angkat. Tak sempat nak maki hamun pun, bunyi tembakan kedengaran dari sebelah sana.

Bang!

Bang!

"Hello?"

Bang!

Bang!

"Awak dekat mana ni?" Soal Cristy menahan diri dari keluar nada risau.

Awalnya talian diam seketika, dalam beberapa minit barulah Dez bercakap.

"I shall get in touch with you later."

"Jangan tutup! Awak berani tutup saya takkan benarkan awak balik untuk kali kedua." Ugut Cristy serius.

Dez di seberang sana tak mampu kata apa. Helaan nafas lelah aje kedengaran dari talian.

"Hold your horses, we aren't ready to leave yet." Dez memberi arahan di sebalik talian.

"Aight!" Serentak kedengaran suara banyak orang.

Cristy agak Dez sedang berbicara dengan anak-anak buahnya. Bicara mereka bukannya bahasa English tapi bahasa lain. Iaitu bahasa Itali.

"Uccidiamoli." (Let's kill them)

Dez memberi arahan tegas dan penuh aura hitamnya.

"D'accordo." (Agree)

Usai itu, terdengarlah tembakan berdas-das dari Dez dan anak-anak buahnya. Cristy berdiri mematung dengan bibir terkatup rapat. Walaupun Cristy dah kalis dengar bunyi itu dulu tapi tetap jantungnya berdebar. Risau jika Dez kena tembak dengan orang lain.

The Dez (COMPLETE) ✅Donde viven las historias. Descúbrelo ahora